![]() |
Kekuasaan Allah Taala membuktikan kewujudanNya |
Pemuda: Apakah tuan sendriri pernah melihat Tuhan?
Abu Hanifah: Maha suci Tuhan saya. Dia tidak dapat dilihat dengan mata manusia.
Pemuda Pernahkah tuan menyentuh, mencium, mendengar ataupun merasai kehadirannya?
Abu Hanifah: Tuhan tidak sama dengan apa-apa pun, baik yang terfikir dan maupun terbayang oleh manusia.
Pemuda: Kalau tuan tidak pernah melihat, mendengar dan merasa kehadiran Tuhan, bagaimana dapat dibuktikan kewujudannya?
Abu Hanifah: Pernahkah saudara melihat aqal saudara sendiri?
Pemuda: Tidak pernah.
Abu Hanifah: Pernahkah saudara mendengar suara aqal saudara sendiri?
Pemuda: Tidak pernah.
Abu Hanifah: Pernahkah saudara menyentuh ataupun merasai kehadiran aqal saudara sendiri?
Pemuda: Tidak pernah.
Abu Hanifah: Adakah saudara waras?
Pemuda: Sudah tentu, saya waras.
Abu Hanifah: Jadi, saudara mempunyai aqal?
Pemuda: Sudah tentu.
Abu Hanifah: Begitulah juga kewujudan Tuhan. Dia wujud, walaupun kita tidak dapat merasai kehadirannya menggunakan pancaindera kita.
![]() |
Allahu Akbar |
Justeru itu keimanan / tauhid / aqidah kepada Allah Taala jangan ada sedikit pun keraguan. Jangan ada syirik kepada Allah Taala. Tetapkan iman, Sujud hanya pada Allah SWT. Bersihkan aqidah.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MELUANGKAN MASA.
No comments:
Post a Comment