Text bergerak

Untuk Pelawat Baru, Sila ke Facebook Ustazah Ani untuk membincang sekiranya tiada maklumbalas di ruangan Blog ini Terima Kasih.

Sunday 4 November 2012

GENERASI AL QURAN YANG UNIK

Gambar 1
Dakwah Islamiyah telah melahirkan satu generasi manusia, iaitu generasi sahabat Rasulullah s.a.w. Ridwanullahi alaihim, mereka generasi yang paling istimewa dalam sejarah Islam dan jugak sejarah kemanusian seluruhnya.
Generasi ini tidak pernah muncul dan tidak akan muncul lagi sesudah itu, walaupun terdapat jugak beberapa peribadi dan tokoh tertentu di sepanjang sejarah, tetapi tidak lah lahir satu golongan besar manusia, di satu tempat yang tertentu, seperti yang telah muncul di zaman Rasulullah s.a.w.
Ini adalah hakikat yang sememangnya berlaku dan di sebaliknya terkandung maksud-maksud yang tertentu yang perlu kita perhatikan dan renungkan dengan bersungguh-sungguh, agar dapat menyelami rahsianya.
Al Quran menjadi sumber dakwah ini masih berada bersama-sama kita. Hadis Rasulullah s.a.w. dan petunjuk-petunjuk daripada perjalanan hidup dan sirahnya yg mulia itu juga masih ada di samping kita, sperti yang telah ada di zaman generasi terdahulu iaitu generasi sahabat.  Tidak terjejas oleh perjalanan sejarah dan tidak lapuk oleh perkembangan zaman. Hanya diri peribadi Rasulullah s.a.w.  sahaja  yang tiada bersama kita. adakah ini rahsianya??
Kalaulah wujudnya peribadi Rasulullah s.a.w itu menjadi syarat mutlak untuk kejayaan dakwah ini, maka sudah tentu Allah swt tidak menjadikan dakwah ini meliputi seluruh umat manusia dan tidak dijadikannya ( Nabi Muhammad s.a.w)  sebagai utusanNya yang terakhir, serta tidak diserahkan hal menegakkan Islam utk diurus oleh manusia hingga ke akhir zaman. Tetapi Allah telah mewafatkan Rasulullah s.a.w setelah 23 tahun Baginda menjalankan tugas dakwah. Dan Allah memberi jaminan untuk memelihara al- Quran dan menegaskan akan memelihara agamaNya hingga ke qiamat. Ini adalah kerana Allah Taala mengetahui bahawa dakwah boleh ditegak selepas zaman Rasulullah saw. Dengan demikian itu , ketiadaan Rasulullah saw tiddk boleh dijadikan alasan umat Islam gagal dalam dakwah di zaman ini.
Maka, kita perlu menyelidiki sebab lain yang menjadi  punca kegagalan itu. Kemudian kita lihat pulak kepada  program dan jalan yang dilalui mereka, barangkali ada sesuatu yang berbeza. Ya, zaman Generasi Pertama  para sahabat tidak mendekatkan diri mereka dengan al- Quran dengan tujuan mencari pelajaran dan bahan bacaan, bukan jugak tujuan mencari hiburan dan penglipur lara. Tiada seorang pun daripada mereka yang belajar al-Quran dengan tujuan menambah bekal dan bahan ilmu semata-mata untuk ilmu dan bukan jugak dengan maksud menambah bahan ilmu dan akedamik untuk mengisi dada mereka sahaja. Tidak juga dipelajari Al QUran untuk mencari pengetahuan tambahan ataupun arahan tambahan dalm satu majlis pengajian atau suatu majlis taklimat. TETAPI DIPELAJARI AL QURAN ITU DENGAN MAKSUD HENDAK BELAJAR TENTANG ARAHAN DAN PERINTAH ALLAH DALAM URUSAN HIDUP PERIBADINYA DAN HIDUP MASYARAKAT MEREKA. DAN DIA BELAJAR UNTUK DILAKSANAKAN SERTA MERTA. Seperti seorang parajurit mematuhi arahan.
Gambar 2
Kesimpulannya: Jadikanlah al-Quran itu sebagai pegangan hidup kita. Bukan hanya sekadar membacanya (bertadarus) setahun sekali. Namun tujuan utama al-Quran itu diturunkan ialah untuk mengeluarkan manusia yang dalam kegelapan kepada cahaya. Lantaran menyelamatkan manusia yang bersifat kebinatangan kepada sifat mulia yang sesuai dengan jawatan ‘Khalifah Allah’ di atas muka bumi ini. Tanyalah diri kita sudah berapa lama kita tidak belek-belek, pegang-pegang, renung-renung dan ‘bercinta’ dengan al-Quran. Lama kelamaan al-Quran yang ‘pemalu’ (melebihi hati seorang dara) akan merajuk dan meninggalkan kita sehingga hendak melafazkan hurufnya pun terasa kaku.
Belum lagi sampai tahap mendalami maksud al-Quran apatah lagi mengikuti al-Quran sebagai pedoman hidup, Hendak membaca pun ter-gagap-gagap.
Marilah kita jadi seperti GENERASI PERTAMA al-Quran dibawah pimpinan Rasulullah s.a.w. yang mulia sehingga dapat melahirkan para sahabat yang sanggup berkorban nyawa untuk Islam. Siapakah mereka????
Antara sahabat-sahabat yang dijanjikan syurga oleh Allah diatas kekentalan iman mereka ialah:
Senarai 10 Sahabat-Sahabat yang dijamin masuk Syurga.
1.      Saiyyidina Abu Bakar As Siddiq r.a. (Khalifah Pertama, Teman Setia Yang Banyak Berkorban).
2.      Saiyyidina Umar Al Khattab r.a. (Khalifah Kedua, Pintar Membezakan Antara Haq dan Batil)
3.      Saiyyidina Uthman bin Affan r.a. (Khalifah Ketiga, Keperibadian Yang Sampai Malaikat Berasa Malu)
4.      Saiyyidina Ali bin Abi Talib r.a. (Khalifah Keempat, Singa Allah Yang Dimuliakan Wajahnya Oleh Allah)
5.      Saiyyidina Talhah bin Ubaidillah r.a. (Syahid Yang Hidup)
6.      Saiyyidina Zubair bin Al Awwam r.a. (Perajurit Allah Pengiring Rasulullah)
7.      Abdul Rahman bin Auf r.a. (Orang Yang Berniaga Dengan Allah)
8.      Saiyyidina Saad bin Abi Waqas r.a. (Pelempar Panah Pertama Pada Jalan Allah)
9.      Saiyyidina Ubaidah Amir bin Al Jarrah r.a. (Orang Kepercayaan Ummat Ini)
10. Saiyyidina Said bin Zaid r.a. (Seorang Kekasih Kepada Allah Pengasih)
Janganlah kita lupakan kehebatan mereka dan bagaimana mereka menjadi sehebat itu. Ini adalah kerana mereka adalah GENERASI AL-QURAN yang UNIK. Dimanakah kedudukkan kita dan generasi muda kita yang suka merokok, berdating, merempit, sukakan hiburan, bercampur antara lelaki dan perempuan, lesbian, homoseksual, dan lain-lain. Ya Allah!!, bangkitlah wahai anak-anak muda, orang-orang tua, cintailah majlis ilmu kerana di situ kamu akan mendapat cahaya petunjuk. Tiada cahaya yang seterang hidayah Ilmu dari Allah.

Wallahualam, sampaikan ilmu ini ~~~

No comments:

Post a Comment