Text bergerak

Untuk Pelawat Baru, Sila ke Facebook Ustazah Ani untuk membincang sekiranya tiada maklumbalas di ruangan Blog ini Terima Kasih.

Monday 5 November 2012

Amalan Rahsia~ ~~

BY USTAZAH ANI
Bersedekahlah kerana Allah
Assalamualaikum sahabat-sahabat ustazah yang tersayang dan dikasihi kerana Allah Taala. Hari ini ustazah sangat berminat untuk membicarakan satu bab yang boleh menghapuskan kesedihan, menyembuhkan kesakitan, menambah rezeki, menolak bala, memanjangkan umur serta seribu lagi kelebihan iaitu amalan BERSEDEKAH.

Ermm mungkin ramai antara kita yang kata " ah! apalah sangat bersedekah" nampak macam bukan menambah tetapi mengurang ada la"..Ini lah rahsia yang kita tidak tahu. Jangan guna aqal kita yang cetek ini untuk menafsirkan hikmah amalan di dalam syariat yang diturunkan pada kita, Pastinya engkau tidak mencarinya.

Ali bin Abu Talib pernah berkata, " Pancinglah rezeki dengan bersedekah." Nabi Muhammad pula pernah berkata, " Segeralah bersedekah kerana bala tidak pernah mendahului sedekah". Wah ! hebatnya keberkatan dan hikmah bersedekah. dalam sebuah hadis yang direkodkan oleh Anas bin Malik, Nabi Muhammad berkata, " Allah menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang diberikan kepadanya, ternyata bumi terdiam. Para malaikat kehairanan dengan penciptaan gunung itu. Mereka bertanya kepada Allah Taala, ' Wahai Allah, adakah sesuatu yang kamu ciptakan yang lebih kuat daripada gunung?' Allah menjawab, 'Ada, iaitu besi.' Para malaikat bertanya lagi, ' Wahai Allah, adakah sesuatu yang kamu cipta yang lebih kuat daripada besi?' Allah menjawab, ' Ada, iaitu air'. Para malaikat terus bertanya, ' Wahai Allah, adakah sesuatu yang kamu ciptakan lebih kuat daripada air?' Allah menjawab, 'Ada, iaitu angin'. Akhirnya, para malaikat bertanya, 'Wahai Allah, adakah sesuatu yang kamu ciptakan yang lebih kuat daripada semua itu?' Allah yang Maha Perkasa menjawab, 'Ada, iaitu amalan anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahui.'''

Wah! hebatnya kekuatan sedekah yang diberikan kepada orang yang mengeluarkannya.

Tidak menggunakan modal yang mahal
Jangan menunjuk-nunjuk dan jangan sombong. Sebaik mungkin, jangan menunjukkan kepada orang lain amalan sedekah kita, Sekiranya boleh, rahsiakan juga daripada orang yang menerima sedekah tersebut. Inilah cara orang-orang soleh memberikan sedekah dan inilah cara yang perlu kita ikut/contohi.

Berikah yang terbaik. Simpankan yang buruk untuk kita dan berikan yang baik kepada orang lain sebagai sedekah. Jangan lakukan sebaliknya.
Contohnya: jangan sedekahkan barang terpakai kerana itu adalah suatu penghinaan kepada diri kita sendiri sebagai hamba Allah. Sekira hendak memberikan barang terpakai jangan anggap ia sebagai satu sedekah kerana akan merosakkan amalan mulia sedekah. Anggaplah ianya sebagai 'sumbangan'.

Mudahkan~~
Sedikit tazkirah berkenaan sedekah semoga Allah memudahkan kita melakukan amalan mulia ini sebagai amalan yang mudah dan ringan. Agar kita tidak menjadi orang yang sayangkan harta dunia melebihi sayangkan harta akhirat. Walaupun amalan sedekah ini dilihat sebagai satu amalan yang mudah dilakukan namun pada hakikatnya amalan yang IKHLAS kerana Allah Taala ini amat sukar kecuali jiwa-jiwa yang sudah memahami hakikat sedekah yang boleh membawa keuntungan dunia dan akhirat

AMEEN..T ksh kerana sudi membaca DAN meluangkan masa.

No comments:

Post a Comment