Text bergerak

Untuk Pelawat Baru, Sila ke Facebook Ustazah Ani untuk membincang sekiranya tiada maklumbalas di ruangan Blog ini Terima Kasih.

Saturday 3 November 2012

Apa Khabar Iman Anda?


BY Ustazah Ani
Assalamualaikum sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah. 
Amin


Aqidah yang benar dan sah adalah menjadi syarat pertama kepada pengakuan seseorang yang telah menerima Islam sebagai agama yang mengatur hidupnya. Aqidah mestilah sejajar dengan apa yang diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada Rasulullah s.a.w iaitu al-Quran dan As-Sunnah. Seseorang mestilah beriman dan meyakini perkara yang telah diimani dan dipercayai oleh para salafussoleh dan para imam yang telah terbukti  kebajikkan, kebaikkan, ketaqwaan dan kefahaman mereka yang tepat dan benar terhadap Islam.

Semasa sessi kelas fardu ain (AQIDAH) ustazah bersama para pelajar ustazah yang ustazah boleh cedok pengalaman dengan mereka dalam bab-bab khurafat dan syirik, ustazah berhajat pula hendak kongsikan dengan sahabat-sahabat ustazah disini.

Antara kepercayaan-kepercayaan yang karut-karut yang mana ianya langsung tidak ada kena mengena dengan AQIDAH ISLAMIYAH yang diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. ialah:
  • Menanam uri bayi bersama dengan alatan tulis. Malah lebih dahsyat lagi ada yang tanam bersama computer (ini benar-benar berlaku satu negeri di tanah air). Tujuannya ialah untuk menjadikan anak itu cerdik computer.
  • Mendengar suara cicak. Bermaksud ada anak muda yang akan meninggal.
  • Tanam Uri Bayi selepasnya diletakkan lilin untuk menerang masa depan
  • Bulu mata jatuh. Ada orang yang rindu.
  • Anak dara menyanyi di dapur. dapat suami tua?????
  • Menuang air atas pinggan selepas makan. Untuk memurahkan rezeki.
  • Isi beras semula separuh dalam tin beras selepas mencedok beras. Agar nanti rezeki tidak putus.
  • Keluar pergi mengerjakan haji tidak boleh berpatah balik. Takut nanti tidak balik semula ke tanah air.
  • Bunyi burung waktu malam. Ada orang yang hendak meninggal
  • Mata berkenyit-kenyit. Tanda ada orang hendak datang jumpa.
  • Jatuh bulu mata. Ada orang rindu.
  • Bayi dipakaikan dengan benang hitam di tangan, perut dan kaki. Untuk elakkan dari syaitan.
  • Letak paku bawah bantal. Ibu-ibu baru bersalin
  • Lenggang perut.
Insya Allah baik...
Masya Allah ini hanya sebahagian sahaja yang mampu ustazah bincangkan di sini. Sungguh rapuh iman dan sungguh nipis ilmu masyarakat islam kita. Bagaimana bisa rezeki, ajal, nasib baik dan buruk serta ketentuan boleh kita letakkan hanya kepada kepercayaan-kepercayaan karut ini????
Sedar atau tidak dosa yang paling besar adalah menyekutukan Allah s.w.t. dengan sesuatu. Allah s.w.t. berfirman :

Sesunggunya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik, dan Dia akan mengampuni segala dosa selain syirik itu dan bagi siapa yang dikehendakiNya”.
(An-Nisa’:48)

Awal-awal agama ialah mengenal Allah. Maka kenallah Allah di sudut nama-namaNya, sifat-sifatNya dan perbuatan-perbuatan Allah dengan sebenar-benarnya untuk mengelakkan dari terjerumus dalam kesyirikkan dan kekufuran. Na'uzubillah. Janganlah malas belajar, carilah guru-guru disekitar anda perdalamkan ilmu agama (fardu ain). Kerana ini akan mengesahkan ibadah yang kita lakukan malah yang lebih utama ialah mengesahkan AQIDAH kita.

Sebenarnya penjelasan bab syirik ini terlalu banyak. Ustazah hanya membincangkan sedikit sahaja untuk kali ini. Insya Allah sekiranya diberikan kesempatan oleh Allah dapatlah kita sama-sama kupas bab aqidah dan menjauhkan syirik kepada Allah. Sebelum hendak kita meneruskan ilmu tauhid, adalah terlebih baik kita faham betul-betul bab syirik dan bahaya syirik sedalam-dalam yang mampu. Dalam pada kita ghairah hendak mengerjakan amal ibadah janganlah kita abaikan aqidah kita, takut-takut terjebak dalam dosa yang besar malah paling besar ini. Ini kerana syirik boleh berlaku kepada orang yang kuat ibadahnya, puasanya, mengerjakan haji dan lain-lain. Ia masih tidak terlepas dari melakukan syirik dan berdusta dalam ucapan “Lailaha Ilallah Muhammadarrusulullah”.

Firman Allah Taala yg bermaksud " Maka ketahui lah olehmu, bahawasanya tiada Tuhan yang wajar disembah melainkan Allah dan pohonkanlah keampunan kepada dosamu dan dosa orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, dan Allah tahu tempat kamu bergerak dan tempat kamu menetap" ( Surah Muhammad:19)

Hadis: Barang siapa yang berkata La ilaha Ilallah Muhammadur Rasulullah 100x, ia datang pd hari qiamat dan mukanya seperti bulan purnama.
" Barangsiapa berkata Lailaha Illallah dan dia dimatikan , nescaya dihapuskan baginya 4000 dosa daripada dosa besar. Kata sahabat " Ya Rasulullah jika tiada dosa besar?, maka sabda Rasulullah saw " Diampunkan bagi ahlinya dan juga jirannya"   (Riwayat Bukhari)

Hebat sungguh kalimah  " LAILAHA ILALLAH"..
seringlah kita menyebutnya dan memohon agar mati kita nanti diakhiri dengan kalimah ini
AMINA

Amalkan Selepas Setiap Kali Solat

BY USTAZAH ANI

Please amalkan doa ini...

Doa setiap kali lepas solat

Program Majlis Tahlil Dan Yassin Surau Sg Nibong

BY USTAZAH ANI
Assalamualaikum, Ni PROGRAM MAJLIS DOA SELAMAT, BACAAN YASSIN
(Muslimah SURAU SUNGAI NIBONG BERSAMA USTAZAH ANI PAGI TADI
3/11/2012)

Bersama Ustazah Ani
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Gambar 4
Gambar 5
Gambar 6

Friday 2 November 2012

SOLAT TAHAJJUD - PDC BAYAN BARU

Assalamualaikum 
Kelas Ustazah Di PDC Bayan Baru (Bersama staff PDC)

Gambar 1
Gambar 2

BAHAYA ZINA




By Ustazah Ani

KELAS USTAZAH DI MASJID TAMAN TUN SARDON( setiap 2 minggu)
Bersama jemaah masjid

Wajah-wajah yang dahagakan ilmu
Semanis wajah selembut hati
Sessi kelas Feqah bersama Ustazah Ani
Sebahagian jemaah muslimat
Bertanya soalan itu besar pahalanya
Ustazah Ani


Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dimuliakan oleh Allah sekalian, semoga semuanya berada di dalam keadaan yang sihat dan dipelihara Allah s.w.t, Insya Allah. Akhir-akhir ini kita gejala maksiat dan kemungkaran terjadi berleluasa sekali. Kadang-kadang apa yang berlaku pada hari ini seolah-olah menjadi perkara biasa dan langsung tidak merunsingkan masyarakat Islam. Adakah kerana bila sudah terlalu banyak maksiat yang berlaku akan menyebabkan ianya sudah menjadi ‘adat’ yang diterima oleh semua masyarakat Islam kita.
Apa yang hendak ustazah dibincangkan di sini ialah  berkenaan dengan gejala zina dan maksiat yang berlaku samada pada pasangan berlainan jenis ataupun yang sama jenis. Na’uzubillah minta kita semua dijauhkan oleh Allah swt. ZINA adalah termasuk dosa besar. Ada dosa besar itu lebih berat dari dosa sebahagian yang lain. Antaranya dosa zina ini. Allah swt telah berfirman:

Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk” (Al Isra’ : 32)

 Allah berfirman lagi : “ Dan mereka yang tidak menyembah Tuhan yang lain beserta Allah, dan membunuh jiwa yang diharamkan Allah, kecuali dengan alasan yang benar (iaitu berdasarkan hukum Allah) dan tidak berzina. Barangsiapa yang melakukan yang demikian, nescaya dia akan mendapatkan balasan dosanya, iaitu akan dilipatgandakan siksaan pada hari kiamat, dan dia akan kekal dalam siksaan itu dalam keadaan terhina. Kecuali orang yang mahu bertaubat (kepada Allah). Al Furqan: 68-69
Melihat kepada kerosakkan masyarakat kita pada hari ini yang mana gejala zina dan melakukan dosa menjadi mainan kita semua sehingga tidak pernah memikirkan apa yang akan berlaku kepada diri kita serta keluarga kita samada di dunia atau pun di akhirat. Sekiranya ada sesiapa yang masih melakukan maksiat, bertaubatlah sebelum terlambat. Selagi kita masih hidup pintu taubat terbuka luas untuk kita. Allah SWT itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Sedarlah betapa sukarnya kita berada di dunia apatah lagi ketika kita berada di dalah alam Barzakh. Belum lagi melangkah ke alam Barzakh kita sudah berhadapan dengan malaikat pengcabut nyawa. Sanggupkah kita??? Ramai yang berkata aku tidak berzina, Cuma chat di fb sahaja, calling-calling je, message-message je.Sedarkah kita menghampiri itu hukumnya menyamai melakukan???..Allahu Akbar!!! Jangan sekali-kali kamu menghampiri zina.
 Pada peringkat mulanya memang kita calling-calling, messaging, chatting, pandang-pandang namun akhirnya syaitan (makhluk yang sangat dengki dengan manusia sejak dari zaman Nabi Adam a.s lagi tidak akan membiarkan kita terus-terusan begitu. Perbuatan muqadimah tadi akan dilebarkan kepada perjanjian untuk berjumpa dan ahirnya,,,Na’uzubillah. Tiada manusia yang sempurna. Maka setiap kesalahan ada jalan penyelesaiannya. Jauhkanlah gejala ‘couple’. Ini lagi satu bencana yang melanda umat Islam. Setiap seorang pasti ada couple. Anggapan mereka kalau tak couple susah hendak kahwin. Wahai anak-anakku marilah kita lihat pesanan Rasulullah s.a.w. dan firman Allah Taala agar kita sedar apa yang sedang melanda hidup kita hari ini.
Oppsss!!!!!!!!!!
Di dalam Al Quran pada Surah Al Isra':32
Maksud: " Dan jangan lah engkau menghampiri zina kerana bahawasanya ia adalah kejahatan yang sangat keji dan sejahat-jahat jalan."

Sekarang ini pun bukan hanya remaja dan anak-anak muda sahaja boleh terjebak dengan dosa zina. Malah ada juga yang terlibat adalah dari kalangan suami orang, isteri orang  dan jugak orang-orang yang berusia (orang tua). Ingatlah bahawa mati kita ini akan membawa kita ke alam Barzakh yang mana alam ini (malam pertama di sana) akan menentukan nasib kita samada baik atau pun buruk. Di kala itu tidak ada lagi ucapan “ aku menyesal”, “ampunkan aku Ya Allah”, “ aku banyak dosa Ya Allah”, “ kembalikan aku ke dunia kembali walau pun sekejap untuk aku tunaikan apa-apa yang aku pernah tinggalkan”. Tiada gunanya lagi. Ustazah jugak pernah dapat aduan dari si isteri yang mana suaminya suka melayari gambar-gambar wanita seksi, menonton video-video lucah dan menjalinkan hubungan dengan wanita lain. Hal ini jugak berlaku pada si isteri. Marilah kita bertaubat dan takutlah pada Allah Taala, kerana samada kita mahu atau tidak, sedar atau tidak, sakit atau sihat kita pasti akan kembali bertemu denganNya. Mana lagi kita nak lari?? Tak kan nak bawa diri yang penuh dengan dosa dan noda ini?? Semua manusia itu tidak akan terlepas dari dosa dan salah, maka inilah hebatnya ‘insan’ yang mana Allah Taala sediakan bagi mereka jalan untuk bertaubat. Perkara ini sangat dicemburui oleh SYAITAN. Kerana tidak lagi ada peluang bertaubat.
Di sini ustzah nak kongsikan sedikit ilmu berkenaan dengan bahaya zina dan seksanya:

Enam kecelakaan disebabkan Zina:
 Di dunia:-
1. Menyempitkan rezeki.
2. Menghilangkan berkat.
3. Apabila keluar rohnya, di halang dia dari pandangan Allah Taala dan di akan melihat neraka dan juga Malaikat Zabaniyyah.

 Di akhirat:-
1. Allah akan melihat dia dengan pandangan murka, maka mukanya menjadi hitam.
2. Hisabnya sangatlah sukar dan payah.
3. Dihelakan dia dengan rantai belenggu ke neraka.
 Dan sabda Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: " Barangsiapa berzina dengan perempuan yang bersuami, maka adalah keduanya mendapat seksa yang amat pedih pada hari qiamat. Maka Allah akan menghukum suaminya dan menyuruh suaminya mengambil segala kebajikkan nya dan ditanggungkannya padanya segala dosa suaminya serta dihalau nya ke Neraka." Ini jika suaminya tidak mengetahui perbuatan isterinya yang berzina.

Sesungguhnya jika suaminya mengetahui perbuatan isterinya berzina dan dia diam, maka diharamkan Allah pada suaminya memasuki syurga, kerana sudah tersurat pada pintu syurga: 'Engkau orang dayus", iitu yang mana telah merdhai kejahatan atas isi keluarga nya. Dan tiada masuk syurga orang tersebut, dan tujuh petala langit dan bumi dan segala bukit melaknatkan orang yang berzina dan orang dayus.

Sabda Nabi s.a.w. :
Tiga golongan manusia, Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada hari kiamat, tidak akan memandang kepada mereka, dan tidak akan mensucikan mereka, sedang mereka akan ditimpa azab yang pedih, iaitu:
1.    Orang tua yang berzina
2.    Seorang raja yang pendusta
3.    Orang melarat yang sombong.
(Riwayat Muslim dan Nasa’i)
Sabda Nabi s.a.w.:
Wahai Kaum Muslimin! Jauhilah perbuatan zina, kerana padanya ada enam macam bahaya, tiga macamnya di dunia, dan tiga macamnya di Akhirat. Bahaya yang akan menimpa di dunia :
1.    Lenyapnya cahaya dari mukanya (wajahnya)
2.    Memendekkan umur
3.    Mengekalkan kemiskinan

Adapun di akhirat:
1.    Kemurkaan Allah Taala
2.    Hisab yang buruk (perhitungan)
3.    Siksaan di neraka

Fenomina biasa yang berlaku pada hari ini ialah kalau dah bertunang seolah-olah ‘separuh berkahwin’. Mereka boleh bergambar berdua-duaan, berjalan sana sini, naik kereta sana-sini. Malah kad kahwin pun dah macam dah nikah. Apa yang merisaukan ibu bapa sendiri memberi kebenaran.  Masyarakat Islam kita hari ini kembali seperti zaman jahiliah dahulu malah lebih buruk lagi kerana kita sudah pun dibekalkan dengan secukupnya wahyu, ilmu dan petunjuk dari seorang Rasul yang mulia, kekasih Allah Muhammad S.a.w.

Allahu Akbar!!!!!! bertaubat lah sebelum terlambat, sebelum nyawa sampai ke ghargharah, sebelum matahari bertukar arah. ...Ingatlah pada Allah.

Logo Baru Semangat Baru

Wednesday 31 October 2012

SUNAT AB'AD DAN SUJUD SAHWI

by Ustazah Ani
Ustazah Ani - klik link url untuk ke facebook   
https://www.facebook.com/hainas.ani
Kelas Fardu Ain Di Surau Sungai Dua (Nadhatul Ummah)
Bersama jemaah surau- Setiap petang Rabu

Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Gambar 4
Gambar 5
Sungguh Ceria Wajah Murid-murid Ustazah
Sunat Ab'adh
Sunat Ab'adh merupakan perkara sunat ketika solat yang terdiri daripada 7 perkara:
  1. Membaca tahiyat awal.
  2. Selawat kepada nabi dalam tahiyat awal
  3. Duduk tahiyat awal
  4. Doa qunut waktu subuh dan pada Solat Sunat Witir.
  5. Selawat di dalam qunut
  6. Berdiri semasa qunut
  7. Membaca selawat ke atas keluarga Nabi pada Tahiyat akhir.
Mereka yang tertinggal sunat Ab'adh, maka disunatkan ia sujud sahwi, tidak seperti mereka yang tertingalkan sunat Hai'ah. Meninggalkan sunat ab'ad akan mencacatkan solat kita kerana kedudukkan sunat ab'ad adalah separuh dari rukun. Maka jika tertinggal perlulah kita melakukan sujud sahwi.
Selepas kita menyedari kita tertinggal sunat Ab'ad (check senarai sunat Ab'ad yang ada dalam nota di atas), was-was pada rukun (setelah kita menambah rukun dalam solat yang kita ragu-ragu), melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya didalam solat , umpamanya membaca fatihah didalam rukun tahiyyat / membaca tahiyyat didalam rukun qiam dan seumpamanya, maka kita disunatkan melakukan sujud sahwi bagi menampung segala kekurangan yang telah kita lakukan didalam solat tersebut. Ini kerana Allah s.w.t. hanya menerima ibadat/ solat yang sempurna sahaja. Namun Allah swt itu Maha Pengasih maka sujud sahwi adalah pengganti / penampung segala koyak dan kekurangan pada rukun-rukun yang dilakukan.
 Cara melakukannya ialah:
1. Selepas menyedari kesilapan di dalam solat maka selepas membaca tahiyyat akhir (sebelum memberi salam), kembali duduk iftirasy (duduk tahiyyat awal/ duduk antara dua sujud). Punggung di atas tapak kaki kiri dan tapak kaki kanan ditegakkan.
 2. Takbir 'Allahu akbar' sambil turun sujud.
 3. Membaca tasbih sujud " Subhana Man la Yanamu Wala Yas hu" 1/3x.
 4. Duduk antara 2 sujud.
 5. Sujud semula (sujud sahwi dilakukan 2x).
 6. Kembali duduk tawaruk (duduk tahiyyat akhir).
 7. Memberi salam ( tanpa membaca tahiyyat akhir).
 # jika terlupa utk sujud sahwi dan tersedar selepas memberi salam, dan tidak berlaku perceraian yang panjang (iaitu sebaik sahaja memberi salam). Maka boleh terus sujud dengan cara seperti di atas.

Semoga dapat dimanfaatkan oleh kita semua , Wallahualam....

Solat Sunat Dhuha

by Ustazah Ani

Ustazah Ani - klik link url untuk ke facebook   
https://www.facebook.com/hainas.ani


Pengajian Fardu ain
Kelas Ustazah Di Masjid Taman Pekaka, Bersama jemaah masjid ( setiap hari Rabu pagi)
Assalamualaikum Warahmatullah 
Apa khabar sahabat-sahabat tersayang, dalam kesempatan ini ustazah nak berkongsi dengan semua sahabat ustazah berkenaan solat sunat Dhuha. Ada antara kita yang dah biasa melaksanakan solat sunat Dhuha dan ada yang baru nak berjinak-jinak dengan solat sunat ini. Walau bagaimanapun marilah kita lihat serba sedikit ilmu tentang solat sunat ini ya. 
Ada beberapa hadis dari Rasulullah s.a.w. yang memperkatakan tentang solat Sunat Dhuha ini antaranya ialah 
Hadis pertama : Dari Abu Hurairah r.a berkata : Nabi Muhammad s.a.w menasihati aku untuk mengerjakan 3 perkara dan jangan ku tingalkan sehingga aku mati iaitu:
1. Puasa 3 hari pada pertengahan bulan
Antara yang terpilih oleh Allah SWT
2. Solat Dhuha
3. Solat sunat Witir sebelum tidur

Hadis kedua: Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda : Sesiapa shaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di  lautan.
Hadis ketiga:  Sabda Nabi saw : Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat.
Hadis keempat: Diriwayatkan oleh Tabrani Rasullullah bersabda: Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan “Dhuha” maka jika telah datang pada hari kiamat , berserulah (malaikat) “manakah orang2 yang selalu bersolat dhuha ? inilah pintu kamu silakan lah masukke dalamnya dgn rahmat Allah swt.

Sebahagian dari jemaah masjid
Kesimpulannya banyak sangat fadilat dan kelebihan apabila kita mengamalkan solat sunat dhuha dalam hidup kita seharian.
 A:
Cara solat dhuha:
1.Pada rakaat pertama selepas fatihah baca surah As-Syam dan rakaat kedua selepas fatihah baca surah Ad-Dhuha.
2. Pada rakaat pertama selepas fatihah baca surah Ad-Dhuha dan rakaat kedua selepas al-Fatihah baca surah al- Ikhlas

3. Yang tebaik selepas al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul kursi 10x dan pada rakaat kedua selepas fatihah baca surah alikhlas 10x juga
4. Jika masih tidak bolih menghafal surah-surah tersebut memadailah dengan membaca apa-apa surah sekali pun.
 B:
NIAT:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala
C:
Baca doa ini selesai solat
Maksudnya:
 Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Menuntut ilmu itu satu kewajipan bagi semua orang muslim
D:
1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam), blh melakukan 2 rakaat atau klu mampu blh buat sampai 12 rakaat..
2) Waktu : Pagi anggaran 7.30 pagi hingga 11.00 pagi yang terbaik atau sebelum zohor. Eloknya tidak dilakukan jam 12.30 ke atas.
 # Jadi kesimpulannya semoga Allah memberi kemampuan untuk melaksanakan solat yang begitu banyak fadhilatnya kalau dapat setiap hari, atau jika tdk mampu seminggu sekali, jika tidak mampu sebulan sekali, jika tidak mampu setahun sekali atau jika tidak juga mampu sekali seumur hidup. 

" Bahawasanya tidur dalam keadaan berilmu itu lebih baik dari solat dalam keadaan bodoh"
Hadis

"Hendaklah engkau ikhlas benar-benar kepada Allah

"Sungguh beruntunglah orang-orang yang dapat mensucikan dirinya dari sifat-sifat tercela"
(as Syams:9)

HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG

by Ustazah Ani
Ustazah Ani - klik link url untuk ke facebook   
https://www.facebook.com/hainas.ani
Bertemu Dengan Allah SWT 5x Sehari

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar (sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahya asar sebaik sahaja masuk waktunya). 
Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatantersebut. 

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda, "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail". Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas, "Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya". 
Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim) SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan.
Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:- 
1) Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada; 
2) Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti; dan 
3) Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata,"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia-siakan sembahyang Subuh." Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulahseterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula.
Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat. 
CUAI SOLAT LIMA WAKTU Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang didalamnya adalahular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit orang-orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka.
Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya. Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu bukan kepalang sakit, pedih dan derita yang tiada hujungnya. Untuk mereka yang mahu mengambil iktibar daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu kita manusia yang kerdil ini tidak mampu menghadapinya. Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus alpa dengan dosa-dosa.
Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan murka Allah balasannya adalah seksa di neraka kelak. Selagi hayat masih dibadan, sebelum tiba masanya kita dijemput Allah,perbanyakkanlah taubat untuk dosa-dosa yang kita lakukan dan memperbanyakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan banyak mengingati Allah. Semoga mati kita di dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT, dan diampunkan dosa kita.
Jangan berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Walau sebanyak mana dosa yang kita lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh, insyaallah akandiampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun. Namun kalau dosa itu ada kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang, mengumpat,menceroboh harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang berkenaan di samping memohon keampunan Allah SWT. Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu akan mendorong kita bersungguh-sungguh menbuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran, malah berusaha mencegahnya
Silakan share

Tuesday 30 October 2012

DAHSYAT SUNGGUH TIPU HELAH IBLIS. MARILAH KITA RENUNGKAN APA YG DIA LAKUKAN PD UMMAT MUHAMMAD S.A.W

by Ustazah Ani
Ustazah Ani - klik link url untuk ke facebook   
https://www.facebook.com/hainas.ani
Iblis yang dengki kepada umat Muhammad saw
 Lihat lah bagaimana perancangan Iblis kepada umat Nabi Muhammad saw untuk menggagalkan kita dari pada mendirikan solat.
Wahai Muhammad, sesungguhnya diantara ummatmu ada orang yang menunda-nunda solatnya dari waktu ke waktu. Ketika ia hendak menjalankan solat maka saya selalu berada padanya dan mengganggu sembari berkata kepadanya, 'Masih ada waktu, teruskan engkau sibuk dengan urusan dan pekerjaan yang engkau lakukan' sehingga ia menunda solatnya, dan kemudian solat diluar waktunya.
Akibatnya dengan solat yang dikerjakan diluar waktunya itu akan dipukul di kepalanya. Kalau saya merasa kalah, maka saya mengirim kepadanya salah seorang dari setan-setan manusia yang akan menyibukkan waktunya. Kalau dengan usaha itu saya masih kalah, maka saya tinggalkan sampai ia menjalankan solat.
Ketika dalam solatnya saya berkata kepadanya, 'Lihatlah ke kanan dan ke kiri'. Akhirnya ia melihat. Maka pada saat itu wajahnya saya usap dengan tangan saya, kemudian saya menghadap didepan matanya sembari berkata, 'engkau telah melakukan apa yang tidak akan menjadi baik lamanya'.
Wahai Muhammad, engkau tahu, bahwa orang yang banyak menoleh dalam solatnya, Allah akan memukul kepalanya dengan solat tersebut. Kalau dalam solat ia sanggup mengalahkan saya, sementara ia solat sendirian, maka saya perintahkan untuk tergesa-gesa.
Maka ia mengerjakan solat seperti ayam yang mematuk2 benih-benih untuk dimakan dan segera meninggalkannya. Kalau ia sanggup mengalahkan saya, dan solat berjamaah, maka saya kalungkan rantai dilehernya. Ketika ia sedang ruku' saya tarik kepalanya keatas sebelum imam bangun dari ruku' dan saya turunkan sebelum imam turun.
Wahai Muhammad, engkau tahu, bahwa orang yang melakukan solat seperti itu, maka batal solatnya, dan di hari Kiamat nanti Allah akan menyalin kepalanya dengan kepala keledai.
Kalau dengan cara tersebut saya masih kalah, maka saya perintahkan meremas-remas jari-jemarinya sehingga bersuara, sedangkan ia sedang solat, karananya ia tidak termasuk orang-orang yang bertasbih kepadaku padahal ia sedang solat.
Kalau dengan cara tersebut masih juga tidak berjaya, maka saya tiup hidungnya sehingga ia menguap, sementara ia sedang solat. Kalau ia tidak menutupi mulutnya dengan tangannya maka setan masuk kedalam perutnya, sehingga ia semakin rakus dengan dunia dan berbagai perangkapnya. Ia akan selalu mendengar dan taat kepadaku.
Bagaimana ummatmu boleh bahagia wahai muhammad, sementara saya memerintah orang-orang miskin untuk meninggalkan solat, dan saya berkata kepadanya, 'Solat bukanlah kewajiban kamu, solat hanya kewajiban orang-orang yang diberi nikmat oleh Allah'. Saya pun berkata kepada orang yang sakit, 'Tinggalkan solat, karana solat bukanlah kewajibanmu. Solat hanyalah kewajiban orang-orang yang diberi nikmat kesihatan. Sebab Allah sudah berfirman, '...dan tidak apa-apa bagi seorang yang sedang sakit...' (QS An-Nur:61). Kalau engkau sudah sembuh baru melakukan solat. Akhirnya ia mati dalam kondisi kafir. Apabila ia mati dengan meninggalkan solat ketika sedang sakit, maka ia akan bertemu Allah dengan dimurkai.
Wahai Muhammad, jika saya menyimpang dan berdusta kepadamu, maka hendaknya engkau memohon kepada Allah agar saya dijadikan debu yang lembut. Wahai Muhammad, apakah engkau masih juga merasa gembira terhadap ummatmu, sementara saya boleh memurtadkan seperenam dari ummatmu untuk keluar dari Islam?". 

Kesimpulannya: Mohonlah kepada Allah SWT agar menjauhi kita dari segala godaan syaitan ketika hendak mendirikan solat atau berbuat segala kebajikkan. Jangan lupa syaitan tidak akan berputus asa sehingga akhirnya kita benar-benar meninggalkan solat.

Silakan share