Text bergerak

Untuk Pelawat Baru, Sila ke Facebook Ustazah Ani untuk membincang sekiranya tiada maklumbalas di ruangan Blog ini Terima Kasih.

Thursday 6 December 2012

BERTAUBAT

BY USTAZAH ANI



Bagi tiap-tiap suatu itu ubat, dan ubat bagi dosa itu TAUBAT. TAUBAT itu meruntuhkan kesalahan. Dan kata Anas ra. Datang seorang lelaki kepada Rasulullah saw, maka dia berkata: "Ya Rasulullah, aku telah melakukan dosa. "Sabdanya: "Istighfar lah kepada Allah. Katanya lagi: "Bahawasanya aku telah bertaubat, kemudian aku melakukannya lagi (dosa). " Sabdanya: "Tiap-tiap engkau melakukan dosa, maka bertaubatlah hingga syaitan menyesal." Katanya : Ya Rasulullah banyak sekali dosaku"..Maka sabda Baginda: "Ampun Allah itu lebih banyak daripada dosa kamu".



Rasulullah saw bersabda ;" Jikalau seseorang berbuat kesalahan hingga penuh langit dan bumi sekali pun kemudian dia bertaubat, maka Allah Taala akan menerima taubatnya".

Sabda Nabi s.a.w. " Taubatlah kamu kepada Allah, bahawasanya aku bertaubat kepadaNya 100 kali setiap hari"

Syarat Taubat itu ada tiga:

1. Meninggalkan dosa
2. Menyesal
3. Azam bahawa tidak akan sekali kali kembali kepada dosa yang telah dilakukan.

Jika berdosa terhadap manusia , maka ditambah syarat ke pada KEEMPAT iaitu: mengembalikan segala mazhalim ( penganiayaan) seseorang atau minta halal daripadanya.

"Bertaubatlah sebelum sampai kepada kematian dan solatlah sebelum luput waktu" Hadis Rasulullah saw

Wednesday 5 December 2012

FORUM KEMPEN MENUTUP AURAT DI UUM, SINTOK KEDAH

BY USTAZAH ANI

Pada 27hb November ustazah dijemput oleh pelajar UUM (Erfa Shah) untuk menjadi salah seorang ahli panel forum. Antara panel yang terlibat pada malam tersebut ialah Ustaz  Mohammad Khadafi bin Haji Rofie, Aisyah Syakirah (Vlogger) dan Ustazah sendiri. Sangat berbesar hati dan ucapan ribuan terima kasih buat semua yang terlibat dalam satu kerja dakwah yang mulia disisi Allah Taala.

Ustazah rakamkan beberapa photo untuk kenangan.























Kupasan berkenaan aurat akan ustazah postkan di waktu yang lain...insya Allah

MENOLAK DIPUJI

BY USTAZAH ANI



Pujian adalah penyembelih. Ini kerana Rasulullah saw pernah menyebut  bahawa pujian itu akan membuat seorang bangga dengan dirinya dan memuji dirinya sendiri (ujub) kerana seseorang yang bangga dengan dirinya dan memuji dirinya sendiri kerana amal ibadah atau perbuatannya tersebut, akan meletakkan dirinya ke kedudukkan mulia di sisi Allah Taala. Pujian itu akan terus terngiang di telinga dan terus difikirkan sehingga rasa senang dan kecenderungannya untuk berbaik sangka terhadap dirinya semakin bertambah. Akibatnya dia tidak akan bersungguh-sungguh dalam beramal, dan kewaspadaannya terhadap jiwanya pun berkurang. Ini kerana dia merasa dirinya telah selamat dan mencapai darjat yang tidak dicapai oleh orang lain. 



Disebabkan itu orang yang memuji amat dicela kerana dia membuat orang yang dipuji ditimpa kerugian yang sangat besar. Rasulullah saw bersabda jika kamu melihat orang-orang memuji, maka taburkan lah debu ke wajah mereka ( HR Muslim)

Oleh sebab itulah orang-orang soleh terdahulu menolak pujian sedapat mungkin. Kerana mereka sedar dan takut kepada bahayanya yang mana mereka tidak akan mampu menguasai diri mereka apabila merespon pujian serta sanjungan-sanjungan tersebut.

Al-Mirwazi berkata, "Suatu hari aku berkata kepada Ahmad bin Hanbal, 'Alangkah banyak orang yang mendoakamu'. Lalu kedua mata Ahmad bin Hanbal berkaca-kaca dan berkata, 'Aku takut jika ini adalah singgungan. Semoga Allah menjadikan kita lebih baik dari yang mereka sangka, dan mengampunkan kita dari apa yang mereka tidak ketahui'. 





Pada suatu hari seorang berkata kepada 'Abdullah bin 'Umar ra, "Wahai orang terbaik dan anak yang terbaik." 'Abulah bin 'Umar ra menjawab, "Aku bukan orang terbaik, aku hanya salah satu hamba Allah, aku memohon dan takut kepadaNya. Demi Allah jika kalian berkata begitu kepada seseorang ertinya kalian membinasakannya. 

Jauhilah dari suka memuji dan suka dipuji. Sesungguhnya perasaan itu akan menghapuskan segala amal dan menjadikan kita syirik kepadaNya. Na'uzubillah..

Tuesday 4 December 2012

PUAS ATAU TIDAK PUAS HATI????

BY USTAZAH ANI


Pangkal semua maksiat, kelalaian, dan nafsu syahwat adalah merasa puas terhadap diri. 

Sedangkan pangkal semua ketaatan dan kesedaran, adalah ketidakpuasan terhadap diri sendiri.

Berteman dengan orang bodoh yang tidak puas terhadap dirinya lebih baik dari berteman dengan seorang yang puas terhadap dirinya.

Kerana ilmu apa yang dimiliki oleh seorang ulama yang puas dengan dirinya????

(Ibn 'Atha)