Text bergerak

Untuk Pelawat Baru, Sila ke Facebook Ustazah Ani untuk membincang sekiranya tiada maklumbalas di ruangan Blog ini Terima Kasih.

Saturday 27 October 2012

Sunat Haiah Dalam Solat



by Ustazah Ani

Ustazah Ani - klik link url untuk ke facebook   
https://www.facebook.com/hainas.ani

Agama adalah nasihat

Assalamualaikum Sahabat saya yg sgt2 sy kasihi, semoga kalian sentiasa berada didalam rahmat dan keberkatan dari Allah s.w.t. Pada ketika ini suka untuk saya memperkatakan tentang sunat-sunat di dalam solat. Perkara ini akan menyebabkan kita tahu kedudukkannya serta tahu apa yg perlu kita lakukan sekiranya kita terlupa untuk melakukannya. Dua sunat yg dimaksudkan ialah sunat2 Ab'ad dan sunat2 Haiah. Adakah solat kita akan rosak, cacat atau tidak sempurna bila kita meninggalkan sunat2 ini?..Apakah tindakkan kita jika kita terlupa?..

Sunat Hai'ah

Sunat Hai'ah merupakan perkara sunat ketika solat yang terdiri daripada 15 perkara:
  1. Mengangkat tangan ketika Takbiratul-Ihram, ketika rukuk, ketika iktidal dan ketika bangun pada rakaat kedua. (nota: bangun dari rakaat pertama dan ketiga tidak diperlukan mengangkat tangan)
  2. Meletakkan perut tangan kanan di atas tangan kiri dan memegangnya dan meletakkannya di bawah dada atau di atas pusat.
  3. Membaca doa tawujud/iftitah. Doa iftitah ialah:
    1.  :"Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan Maha Suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah, dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam."
    2.  : (Wajjahtu Wajhiya Lilladhī Faţara As-Samawāti Wa Al-’Arđa Ĥanīfāan Wa Mā ‘Anā Min Al-Mushrikīna, ‘Inna Şalātī Wa Nusukī Wa Maĥyāya Wa Mamātī Lillāhi Rabbi Al-`Ālamīna, Lā Sharīka Lahu, Wa Bidhalika ‘Umirtu Wa ‘Anā Min Al-Muslimīna)
  4. Membaca A'uzubillah
  5. Membaca Al-fatihah dan surah dengan suara yang kuat pada tempat-tempat dan masa-masa yang ditentukan
  6. Membaca amin selepas fatihah
  7. Membaca surah al-Quran
  8. Membaca tasbih ketika rukuk
  9. Membaca tasbih ketika sujud
  10. Membaca tasbih ketika bangkit dari rukuk
  11. Meletakkan kedua tangan di atas peha dengan melepaskan jari kesemuanya
  12. Duduk iftirasy pada semua duduk iaitu duduk di atas buku lali kaki kiri
  13. Duduk Tawarruk iaitu duduk tahiyat akhir
  14. Salam yang kedua
Mereka yang tertinggal sunat Hai'ah tidak diperlukan sujud sahwi tidak seperti mereka yang tertingalkan sunat Ab'adh.

Thursday 25 October 2012

SIKSAAN BAGI ORANG-ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT



by Ustazah Ani

Ustazah Ani - klik link url untuk ke facebook   
https://www.facebook.com/hainas.ani



gambar Hiasan
  Orang yang meninggalkan solat fardhu adalah amat buruk dan sangat keji sekali, malahan ianya terlebih keji daripada iblis. Ini kerana si iblis hanya enggan sujud kepada nabi Adam a.s. yang merupakan makhluk, tetapi orang yang meninggalkan solat adalah seorang yang enggan bersujud kepada Allah s.w.t yang merupakan Khaliq (pencipta). Justeru itu, dosa meninggalkan solat itu amat besar sekali. Di Akhirat nanti seseorang yang meninggalkan solat itu akan dimasukkan ke dalam neraka. Sombong yang paling besar terhadap Allah s.w.t.


SIKSAAN KETIKA HIDUP DI DUNIA

  1. Allah swt. mengurangkan keberkatan umurnya                            
  2. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah swt.
Peringatan Buat kita sebelum terlambat



3. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam
4. Hilang cahaya soleh dari wajahnya
5. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala






SIKSAAN KETIKA SAKHARATUL MAUT

1. Ia akan menghadapi sakharatul maut dalam keadaan hina
2. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan
3. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum
air sebayak tujuh lautan

SIKSAAN KETIKA DALAM KUBUR

1. Allah swt. akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya
2. Kuburnya akan digelapkan
3. Allah swt. akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat
SIKSAAN KETIKA BERADA DI AKHIRAT
1. Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mashyar oleh Malaikat
2. Allah swt. tidak akan memandangnya dengan pandangan belas
kasihan
3. Allah swt. tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa
dengan keras di dalam neraka

PENGURUSAN MASA




 by Ustazah Ani

Ustazah Ani - klik link url untuk ke facebook   
https://www.facebook.com/hainas.ani





  Masa adalah kehidupan. Masa bukan emas. Masa lebih berharga dari emas. Masa yang telah berlalu tidak akan dapat dikembalikan / diganti. Emas boleh diganti atau dibeli.

Masa yang diberikan Allah kepada semua manusia adalah sama banyak. Lima masa yang Allah anugerahkan kepada semua manusia iaitu :- masa hidup, masa sihat, masa tidak sibuk, masa muda dan masa kaya (senang). Kelima-lima masa tadi akan di tanya oleh Allah kemana digunakan dan untuk apa dipergunakan. Selalunya manusia akan berkata ' saya tidak ada masa untk beribadat kepada Allah s.w.t'..'saya terlalu sibuk, macam mana saya nk cari ilmu agama'..'saya tidak upaya meninggalkan urusan pejabat saya untuk Allah'..'saya tidak ada masa untuk solat'..'saya sibuk menguruskan anak dan suami'...di mana masa kita kepada Allah?????

  Sedangkan satu hari Allah peruntukkan 24 jam sama macam orang lain jugak. Masa perlu dijaga lebih dari harta. Kerana inilah Modal yang paling berharga yang Allah kurniakan kepada kita. Kalau kita saudagar yang bijak tentu sekali kita akan tersenyum mengutip hasil-hasil di hari akhirat nnti. Kalau kita tidak bijak menggunakan modal yang diberikan kepada kita, maka kita akan jadi seorang yang muflis di hari akhirat nnti. Ingatlah!!!! manusia itu sentiasa berada didalam kerugian, ini sumpah Allah 'Demi Masa' dalam surah Wal Asr. Allah mengatakan bahawa semua manusia berada didalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran.

Masa yang Allah berikan hendaklah dimanfaatkan untuk kerja-kerja yang boleh memberikan kesejahteraan dan kebahagian hidup di dunia dan di akhirat. Akhirat dan dunia tidak boleh dipisahkan. TIdak boleh membazirkan masa dengan pekerjaan / amalan yang tidak mendatangkan faedah kepada kehidupan di dunia dan kehidupan yang kekal abadi di Akhirat. Membazir adalah amalan syaitan dan disukai syaitan. Setiap muslim mestilah mempunyai jadual waktu seimbang dan dipatuhi. Seimbang meliputi urusan dunia dan urusan akhirat. Sebab kita akan hidup pula di akhirat.

Contoh jadual  waktu seimbang 

5.00- 7.00 pagi        solat tahajud, solat hajat, solat witir, solat subuh dan zikir
7.00- 2.00 ptg          Ke sekolah- belajar/ bekerja/ kerja rumah
2.00-3.00  ptg          Makan tengahhari, rehat , solat Zohor
3.00- 4.30 ptg          mengulang kaji pelajaran, apa2 aktiviti bg suri rumah tangga/ bekerja
4.30- 7.00 ptg          Solat Asar, Zikir Matsurat, Riyadah, 
7.00- 9.30 mlm        Makan malam, solat maghrib, solat Isyak, ceramah agaama
9.30- 11.00 mlm      Ulang kaji pelajaran, latihan membaca quran, sebelum tidur ( baca surah al Mulk)
11.00- 5.00 pg         tidur...

Ini hanya contoh shj..kita blh sesuaikan jadual harian kita yang mana timbangan dunia dan akhirat itu sama banyak..Jangan nnti bila kita dah tidur selama-lamanya(mati) baru kita menyesal yang kita langsung tidak ada atau amat sdkt masa yang kita peruntukkan utk akhirat kita. Sedangkan kita memerlukan untung / bekalan yang banyak d kahirat kelak kerana kita tidak akan mati selama2nya di SANA....Wallahualam semoga ingatan ini berguna buat diri sendiri dan sahabat2 yang  saya kasihi dan saya muliakan..janganlah kita terlalu sibuk dgn urusan dunia dan maksiat..

APAKAH MAKSUD MENCINTAI ALLAH????



by Ustazah Ani


Ustazah Ani - klik link url untuk ke facebook   
https://www.facebook.com/hainas.ani



1. Melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar

2. Melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah dengan rasa keikhlasan

3. Bertaubat kepada Allah - dengan taubat Nasuha

4. Bersyukur atas nikmatNya - terutama nikmat Iman dan Islam - dengan menjaga iman dari rosak dan terbatal

5. Menerima hukum Allah

6. Bertawakal kepada Allah sesudah berikhtiar

7. Mengharapkan rahmat Allah, mengharapkan pertolongan dan bantuan Allah.

8. Takutkan siksaan Allah - dengan meninggalkan tegahan-tegahan Allah.

Contoh-contoh Ibadah

1. mendirikan solah. Untuk mencegah perbuatan keji dan mungkar dan untuk mengingati Allah

2. Membaca al Quran. Untuk mendapat petunjuk / panduan dari Allah dan memberikan peringatan.

3. Mengeluarkan zakat. Untuk memberi pertolongan dan bantuan kepada golongan yang memerlukan (fakir dan baru masuk Islam)

4. Berdoa - pengharapan kepada Allah dan sebagai OTAK ibadah

KONSEP HAMBA - APABILA HATI TERIKAT KEPADA SESUATU DAN MENURUTI KEHENDAKNYA. 

Surau Sg. Nibong by Ustazah Ani

Assalamualaikum

Pada 24/10/2012
 
Para muslimah yg disayangi di surau Sg. Nibong, Pulau Pinang

Gelagat daripada murid-murid Ustazah Ani ketika ustazah mengambil peluang untuk mengambil gambar
Sesi mendengar dan menjawab soalan untuk dikongsikan
Berbangga ketika dapat murid yang tidak jemu dengan pengajian ilmu agama
Ada juga yang membawa anak kecil,insyallah anak kecil juga mempunyai deria ingatan apa yang dilihat dan didengarnya
Sebahagian daripada gambar yang diambil untuk memeriahkan post dari Surau Sg. Nibong, Terima kasih.



MUKJIZAT MENGGANGKAT KEDUA TANGAN KETIKA TAKBIRATUL IHRAM



 by Ustazah Ani

Ustazah Ani - klik link url untuk ke facebook   
https://www.facebook.com/hainas.ani




Wednesday 24 October 2012

PENYESALAN DI HARI AKHIRAT




Hadis ini berkaitan dengan Ilmu

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : 

"Orang yang paling menyesal pada hari Kiamat ialah lelaki yang ada peluang menuntut ilmu di dunia tetapi ia tidak mengambil kesempatan menuntutnya, dan lelaki yang mengajar ilmu kepada orang lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah dari ilmu itu sedangkan ia sendiri tidak mendapat apa-apa." 


PENJELASANNYA 

 Hadis ini menggalakkan umat Muslimin supaya menggunakan segala kesempatan hidup di dunia untuk mempelajari ilmu-ilmu
pengetahuan yang berguna kepada kehidupan keagamaan dan keduniaannya. Dengan ilmu pengetahuan yang betul, dapat dilakukan
amalan-amalan ibadah yang betul. Amalan ibadah tanpa ilmu pengetahuan yang betul boleh menjerumuskan seseorang ke dalam bida'ah dan kekeliruan yang merosakkan agamanya. 

 Disamping itu ilmu pengetahuan boleh membuka ufuk pemikiran dan mendalamkan kesedaran dan keinsafan yang menguatkan keyakinan dan tauhidnya terhadap Allah s.w.t., dan dengan demikian akan meningkatkan darjatnya disisi Allah di hari Kiamat kelak. 
Hadis ini juga menggariskan satu panduan yang penting iaitu tujuan belajar ialah beramal sama ada ia seorang pelajar atau seorang guru, kerana amalan itu merupakan nilai ilmu dan nilai seseorang yang berilmu. 

Kata pepatah Arab "Ilmu tanpa amal laksana pokok tanpa buah" alangkah ruginya seseorang guru yang tidak mandapat apa-apa guna dari ilmunya sedangkan orang yang belajar darinya memungut  keuntungan -keuntungan yang abadi ~~~

Hukum Melakukan Korban bagi orang yg Hidup/mati











 Permasalah korban masih bermain-main dalam fikiran kita. Ramai yang masih keliru untk turut sama melakukan korban bagi pihak orang lain. Marilah kita menyingkap ,maksud dn hukum melakukan korban bagi org yang hidup dan juga bagi pihak ahli keluarga yang sudah meninggal.

Korban Bagi Orang Yang Hidup 

Tidak harus melakukan korban bagi orang lain yang masih hidup dan tidak sah korban tersebut  jika dilakukan kecuali dengan ada keizinan daripada orang tersebut. Ini kerana korban itu adalah suatu ibadah dan melakukan ibadah untuk orang lain adalah ditegah kecuali jika ada dalil yang mengharuskan  untuk berbuat sedemikian. Dalam perkara ibadah korban, adanya keizinan adalah syarat yang mengharuskan seseorang itu melakukan korban bagi orang lain yang masih hidup. 

Berbeza halnya dengan beberapa keadaan berikut:

i. Wali (bapa dan datuk sahaja) boleh melakukan korban dengan kos perbelanjaan dikeluarkan daripada hartanya untuk orang-orang  yang di bawah jagaannya seperti anak atau cucunya yang masih kecil. Dalam keadaan ini, contohnya jika bapa melakukan korban untuk anaknya, maka sah korban untuk anak tersebut, sementara si bapa pula memperolehi pahala hibah (pemberian). 

Walau bagaimanapun tidak sah korban yang dilakukan untuk anak yang masih dalam kandungan. Ini kerana belum ada apa-apa tuntutan syara‘ yang dikenakan ke atasnya. 

ii. Jika salah seorang daripada ahli keluarga dalam sebuah rumah melakukan korban untuk dirinya sudah dianggap melepaskan tanggungan sunat  kifayah keluarga tersebut walaupun tanpa ada keizinan daripada ahli keluarga yang lain atau tanpa ada niat mereka untuk melakukan korban. 

iii. Harus bagi pemimpin atau  ketua melakukan korban bagi orang-orang Islam di bawahnya daripada harta Baitul Mal (jika ada kelebihan pada harta tersebut) dengan menyembelih badanah (unta atau lembu yang  gemuk). Jika tidak mampu menyembelih  badanah maka dengan seekor kambing biri-biri. Walau bagaimanapun dengan  sembelihan ini tidak menggugurkan tuntutan korban ke atas orang-orang Islam yang berkemampuan kerana apa yang diperolehi daripada sembelihan pemimpin atau ketua itu adalah perolehan pahala semata-mata bagi orang-orang Islam. 

Daging daripada sembelihan ini juga boleh dimakan oleh orang-orang Islam termasuk orang-orang kaya kerana sembelihan itu dianggap sedekah semata-mata. 

Korban Bagi Orang Yang Sudah Meninggal Dunia

 Tidak harus bagi ahli waris mahupun orang lain melakukan korban bagi orang yang sudah meninggal dunia dan tidak sah korban yang dilakukan melainkan jika orang  yang telah meninggal dunia itu pernah mewasiatkan sedemikian. 

Apabila orang yang diwasiatkan melakukan korban bagi pihak si mati, maka dia tidak boleh memakan daging tersebut dan juga tidak boleh menghadiahkannya kepada orang kaya kecuali jika ada keizinan awal daripada si mati. Oleh yang demikian daging tersebut wajib diagihkan kesemuanya kepada fakir miskin. Begitulah penjelasan mengenai hukum melakukan korban bagi orang lain, sama ada orang tersebut masih hidup ataupun sudah meninggal dunia. Apa yang jelas, seseorang yang ingin melakukan korban bagi orang lain perlu meminta keizinan terlebih dahulu daripada yang empunya diri atau dengan adanya  wasiat yang ditinggalkan untuknya. Jika dilakukannya juga tanpa ada keizinan atau wasiat, maka korban tersebut tidak sah. 

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDUL ADHA..SELAMAT MENJALANI IBADAH KORBAN~~

Tuesday 23 October 2012

Masjid Al-Qadrie, Air Itam Pulau Pinang by Ustazah Ani

Isnin, 22hb 10 2012


Sentiasa bersabar ketika hendak di uji oleh Ustazah Ani selepas ditunjuk ajar daripadanya.


 Jam 5.00 ptg hingga 6.00 ptg :-

             Beberapa muslimah mengambil kesempatan membaca Iqra' di hadapan Ustazah Ani untuk menambahbaikan bacaan Iqra' serta mengenal huruf jawi.


Beberapa muslimah sedang mengaji iqra yang dikelola ustazah sebagai kelas tambahan untuk membantu melancarkan bacaan
 Jam 6.00 ptg hingga 7.00 ptg :-

            Memulakan Kuliah Fardu Ain dan berkongsi ilmu daripada pengalaman-pengalaman mereka.


Menyemak apa saja yang diajar untuk mendapat jalan yang di persetujui oleh Allah

Sentiasa memenuhi ruang masjid dengan murid-murid yang tidak putus2 inginkan ilmu Allah

Ustazah Ani sedang menerangkan tajuk berkaitan








PENANGGUHAN HUTANG by Ustazah Ani

Ustazah Ani - klik link url untuk ke facebook   
https://www.facebook.com/hainas.ani

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Baginda s.a.w. bersabda: 


"Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah s.w.t. akan menaunginya di bawah naungan Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naunganNya."  
(Hadis riwayat Imam Tirmizi). 

Kesimpulan Hadis: 

1- Galakan supaya bertolak ansur dengan orang yang berhutang sama ada secara menangguhkan tempoh pembayaran hutang ataupun secara membebaskannya dari kesemua hutang atau sebahagiannya sahaja. 
2- Kelebihan orang yang bertolak ansur dengan orang yang berhutang di mana dia akan mendapat ganjaran yang sangat besar dan mendapat balasan yang baik di akhirat kelak. 
3- Kelebihan mempermudahkan kepentingan orang lain dan menghulurkan bantuan kepada mereka serta harus berurusan dengan cara hutang.

## Ada masanya org berhutang dengan kita tetapi tdk mampu bayar, maka ketika inilah kita yang berkemapuan menahan diri dari meminta-minta darinya. Ganjaran Allah amat besar pd org yang membuka ruang kpd org yang berhutang drnya sdgkan haknya untuk menuntut hutang berbalik pdnya.

Wallahualam

BALASAN SYURGA BAGI YANG SABAR by Ustazah Ani

Ustazah Ani - klik link url untuk ke facebook   
https://www.facebook.com/hainas.ani

HADIS

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman:


"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar).

 (Hadis riwayat Imam Bukhari). 
 Kesimpulan Hadis:

1- Tabah dan sabar menghadapi musibah adalah merupakan tanda-tanda kesempurnaan iman manakala keluh-kesah dan bimbang adalah merupakan tanda-tanda kelemahan iman. 

2- Keagungan ganjaran tabah menghadapi musibah.

ORANG MUKMIN DIUJI ALLAH by Ustazah Ani

Ustazah Ani - klik link url untuk ke facebook   
https://www.facebook.com/hainas.ani
Selamat Pagi dan Selamat Hari Eidul Adha kpd semua shabt2 group semoga sentiasa mendpt naungan rahmat Allah SWT selalu.

Pagi penuh barakah dan mulia ini mari lah kita renung hadis2 Nabi Muhammad SAW untuk santapan rohani kita..

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun." 

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Kesimpulan Hadis:
1- Sabar menghadapi cubaan boleh menghapuskan segala dosa. 
2- Cubaan yang paling dahsyat adalah cubaan yang dihadapi oleh para nabi kemudian orang-orang soleh seterusnya ke bawah secara berturut-turut

HAKIKAT IBADAH KEPADA ALLAH ? by Ustazah Ani

Ustazah Ani - klik link url untuk ke facebook   
https://www.facebook.com/hainas.ani

Gambar sebagai hiasan


1. Melaksanakan amar makruf dan mencegah kemungkaran diri - mengikut tahap kemampuan. Jika mampu dilakukan dengan tangan (kuasa) tetapi tidak dilakukan dengannya, maka ia adalah berdosa dan akan dipersoalkan nanti di Akhirat.

2. Berjihad melawan kekufuran (murtad) dan nifak dengan bersungguh-sungguh dengan harta benda dan diri. Perjuangan yang tidak bermusim - berterusan sehinggalah Islam menguasai dunia ini. Selagi kekufuran menjadi ancaman kepada Islam, maka selagi itulah jihad menjadi FARDHU AIN bukannya fardhu kifayah. Keadaan kini meletakkan jihad sebagai FARDHU AIN kerana aqidah umat Islam kini terdedah kepada bahaya kekufuran. Jihad wajib secara berterusan kerana musuh-musuh Islam bekerja secara berterusan. Tidak boleh dilakukan secara bermusim atau secara 'part time'. Berjihad pada pula mesti secara berjemaah bukan berkeseorangan. Ini kerana musuh-musuh Islam bergerak secara berjemaah (gerakan). MENINGGALKAN JIHAD  adalah BERDOSA BESAR.

Sebelum memulakan pengajian, Ustazah sempat mengajar Iqra' pada beberapa muslimah yg belum mahir dalam bacaan.


3. Berusaha memastikan syariat Allah dilaksanakan. Syariat Allah hanya akan terlaksana sepenuhnya apabila ada Daulah Islamiyah yang dipinpin olh orang-orang beriman . Selagi Daulah Islamiyah tidak wujud, selagi itulah syariat Allah tidak dilaksanakan sepenuhnya. Jika kita telah berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu - kita mengharapkan kepada Allah kita terlepas dari keadaan dosa.


4. Menjauhi Taghut. Taghut ialah sesuatu selain Allah. Contoh taghut ialah berhala, pemimpin yang zalim, dan yang tidak melaksanakan Islam. Apabila keadaan ini berlaku, kekuasaan Allah , hak mencipta dan mengubal undang-undang hidup untuk manusia bukan lagi milik Allah. Ini adalah SYIRIK. Yang mana syirik adalah dosa besar dan tidak diampunkan Allah.



Saya pernah bersembang dengan sesorang hamba Allah yang mana dia memberi komen " sekiranya hukum hudud dilaksanakan, agaknya mcm mana teruknya wanita sekarang ini kan?, mmg hudud menyusahkan kita (org perempuan)"..saya terkejut dan tersentak..Masya Allah!!! msh ramai manusia tidak mengiktiraf hukum dan undang-undang Allah. Semoga Allah mengampunkan dosa2 nya.. Jangan pertikaikan hukum Allah yg sdj sedia sempurna. siapakah kita ( hamba) yang lemah nk mengambil peranan Allah. Subhanallah

Sunday 21 October 2012

Kuliah Maghrib bertempat di Surau Raudhatul Ulum Pada 19/10/2012 by Ustazah Ani

Ustazah Ani - klik link url untuk ke facebook   
https://www.facebook.com/hainas.ani
Ustazah berterima Terima Kasih kepada :-
Pn. Rashidah ( Pengerusi Surau )
Pn. Imah Sarimah ( Jurukamera )

 
Assalamualaikum, 

Gambar 1
       Assalamualaikum shbt2 dan teman2 ustazah yang disanjungi. Kelas fardu ain di Surau Raudhatul Ulum ni adalah kelas bulanan. Kelas yang bermula selepas solat fardu Maghrib dan berlangsung selama 1 jam setengah ini adalah atas anjuran Puan Rashidah khas buat jemaah muslimah di kawasan Bukit Jambul. Surau ini lah menjadi tapak permulaan di mana penyampaian ustazah dirakamkan dan disiarkan di RTM Mutiara fm tidak berapa lama dahulu. Usaha yang tidak kenal jemu dan lelah oleh Allahyarhamah Puan Hasnah Mohamad (murid ustazah yang sangat baik hati dan banyak jasa pada ustazah) untuk mendengar suara ustazah berkumandang di udara terlaksana apabila RTM menyiarkan siri-siri rakaman pengajian ilmu Feqah ustazah bersama muslimah Surau Raudhatul Ulum

Antara si cilik yg hadir ( moga si cilik ini akan menjadi anak yang soleh )
Penduduk sekitar Surau Raudhahtul Ulum
Indahnya Islam dan keredhaan ALLAH S.W.T membawa umat Islam kepada mengenal KuasaNya

Masih lagi membahaskan tentang ilmu feqah (jilid 1) Kitab Fiqh Man Haj. Semoga semakin ramai yang mencintai majlis ilmu dan semakin ramai orang Islam celik ilmu dan tdk meredhai kejahilan..amin

Ceramah Bulanan - Pengorbanan Wanita Tiada Taranya Pada 20/8/2012 by Ustazah Ani

Ustazah Ani - klik link url untuk ke facebook   
https://www.facebook.com/hainas.ani

Anda boleh muat turun audio ceramah 

Ustazah Ani - link di bawah


Lembaran seruan untuk majlis ceramah bertajuk Pengorbanan Wanita Tiada Taranya
Ustazah Ani
     Assalamualaikum shbt2 dan teman2 tersayang. Ustazah berhajat nak kongsikan satu program ceramah ustazah di Surau An Nur baru-baru ini. Kemungkinan bagi yang tidak dapat hadir ke kuliah ini boleh mengambil sedikit sebanyak isi-isi ceramah agar dapat dijadikan satu bekalan ilmu untuk titipan kasih dr ustazah. Segala kekurangan dan kelemahan adalah datangnya dari ustazah sendiri. Ini shj yang termampu. 
Segelintir Jemaah wanita sedang menunju ke Surau An-Nur
    .
Gambar 1
     Selepas dah beberapa hari tidak dapat tidur nyenyak dan tidak berapa sihat ustazah terpaksa gagahkan diri untuk menyelesaikan satu lagi misi ceramah di Surau An Nur pada 20/10/2012 jam 2.15 petang. Ya Allah!! Mudahkan urusan dakwah ini dan mudahkan jgk urusan keluarga (suami dan anak-anak) agar dapat ustazah menyudahkan satu tugasan yang pada ustazah sangat berat dan sukar. Apabila ustazah dituntut utk memberi ceramah, otak ni x blh rehat sangat selagi x selesai masalah2 d sekeling. Hanya Allah Taala lah tempat ustazah mengadu dan memohon. Ustazah sampai lewat sedikit daripada masa yang dijanjikan. Sepatutnya jam 2.15 petang tetapi ustazah sampai lbh kurang 2.30 petang. Ustazah terpaksa ke kolej Islam pagi tu kerana ada urusan-urusan penting yang terpaksa diselesaikan.

SURAU AN-NUR DARI LUAR

          Sampai sahaja di pintu Surau, ustazah terkejut kerana pihak pengajur dh siap pasang banner Ceramah Ustazah. Tidak sempat belek-belek banner terus shj masuk ke perkarangan surau. Di sambut oleh Cikgu Fauziah dn rakan-rakan dr jemaah IKRAM. Sebenarnya cikgu Fauziah pernah menjemput ustazah dan ini adalah kali ke 3 beliau berkerjasama dengan ustazah. Nampaknya cikgu sangat berpuas hati,,,Alhamdulillah. Pada mulanya jemaah surau iaitu rata-rata adalah penduduk setempat Bukit Jambul  tidak berapa ramai, namun bla majlis dh bermula lebih kurang sejam barulah semakin ramai dan memenuhi ruang surau. Hal ini amat-amat mengembirakan hati ustazah.Segala-gala yang dirancang telah berjalan lancar dan ustazah sgt2 berpuas hati atas kurniaan Allah Taala yang memudahkan dan menghalang segala perkara buruk yang berlaku ketika itu. Hanya Allah Taala sahaja yang tahu hati ustazah sangat berbunga-bunga apabila selesai ceramah ini. Semoga kenangan bersama jemaah surau dan murid-murid ustazah di sini akan menjd sebab untuk kita terus berjumpa dan bersua di masa akan datang..amin ~~

Gambar 3
Gambar 3
Gambar 4
Gambar 5
Sessi minum petang selepas ceramah dan Solat Asar
Gambar 1
Anak Ustazah ( Amel ) Jurugambar
Sejumlah jemaah lelaki sedang menikmati juadah petang bersama Imam Surau An-Nur

         Ini adalah rakaman audio dari majlis ceramah di surau An Nur. Semoga dapat mengambil sedikit isi dr ilmu ini utk bekalan diri dan sekiranya ada apa-apa keslpan atau kekurangan blh msg pada ustzh dn membuat teguran. Maaf dipinta kerana dialek utara yang digunakan mungkin ada yang tdk dapat memahaminya. Inilah yg terdaya dan termampu ustazah sampaikan. Hanya Allah Taala lah jua tempat ustazah memohon hidayah dan bantuan. Hamba yang kerdil dan cetek ilmu..t ksh krn menyokong ustazah dan menjadi murid ustazah serta orang yang sudi memdengar ceramah ini. 


 Tekan pada tajuk untuk muat turun Audio.MP3


 Download Part 1
WANITA TIADA TARANYA - Part 1.MP3  - Mediafire


Download Part 2 
WANITA TIADA TARANYA - Part 1.MP3  - Mediafire

 
       

 Video Demo - Wanita Tiada Taranya.