Text bergerak

Untuk Pelawat Baru, Sila ke Facebook Ustazah Ani untuk membincang sekiranya tiada maklumbalas di ruangan Blog ini Terima Kasih.

Wednesday 30 October 2013

SUJUD TILAWAH

Fb: USTAZAH ANI ~~~

30/10/2013

Assalamualaikum sahabat2 ustzh yg dikasihi sekalian, ustzh doakan semoga semuanya berada di dalam keadaan sihat dan sentiasa dilindungi Allah s.w.t. selalu hendaknya. Alhamdulillah setinggi-tinggi pujian ke atas Allah, Rabb yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, yang sentiasa mencurahkan segala nikmat kepada kita. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w. keluarga Baginda, sahabat-sahabat yang sentiasa sanggup berkorban sama-sama berjuang untuk Islam dan juga semua muslimin dan muslimat yang mengikuti jalan Baginda yakni yang benar sehingga hari Qiamat.

Sujud

Dengan izin Allah Taala, hari ini ustazah nak perkatakan tentang SUJUD TILAWAH atau HUKUM SUJUD TILAWAH. Semoga Allah Taala memberi kemudahan dan membantu ustazah bagi menerangkan tentang hukum yang dimaksudkan Insya Allah....

Sujud Tilawah ertinya Sujud Bacaan, iaitu sujud yang disunatkan bagi orang yang membaca sampai ke ayat-ayat sajdah (sujud). Dengan kata lain sujud yang dilakukan dengan sebab membaca al-Quran atau mendengarnya. Bermakna jika orang yang membaca ayat sajdah itu sujud, maka orang yang mendengarnya disunatkan sujud jika tidak sujud orang yang membacanya maka tidak lah disunatkan orang yang mendengarnya sujud. 

Hukum melakukan sujud tilawah ini adalah SUNAT MUAKKAD. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

" Apabila anak Adam (manusia) membaca Ayat Sajdah lalu iapun sujud maka tersingkirlah syaitan sambil berkata : Celakalah aku ! Ia diperintahkan sujud lalu ia pun sujud maka baginya syurga, sedangkan aku diperintahkan sujud tetapi aku menolaknya maka bagiku neraka" (Riwayat Muslim)

Namun sungguh malang sekali!! ramai yang tidak sujud apabila sampai pada membaca Ayat Sajdah. Apatah lagi mereka membacanya ketika Tadarus (Bulan Ramadhan). Ambiklah peluang ini kerana pahala melalukannya juga berganda kerana melakukannya pada bulan yang mulia Bulan Ramadhan. Tahukah anda, dengan melakukan sujud Allah akan menghapuskan satu dosa dan menaikkan satu darjat. SubhanaLLah!!!! peluang sudah didepan mata tetapi disebabkan jahil dan malas maka kita sanggup meninggalkannya. 

Rasulullah s.a.w. pernah ditanya oleh seorang sahabat berkenaan dengan nasibnya di Syurga samada dia boleh bersama Rasulullah s.a.w. ataupun tidak. Rasulullah s.a.w. memintanya agar perbanyakkan sujud untuk membolehkan dia dimasukkan ke syurga. Nah!! nak tak masuk syurga? Jom! kita banyakkan sujud ye kawan2..

Didalam al-Quran terdapat 15 ayat yang disunatkan bagi orang yang membacanya dan mendengarnya sujud. 

Syarat-syarat Sujud Tilawah ada tiga iaitu:

1. Suci dari hadas kecil, hadas besar dan najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat sujud. Ini bermakna perlu suci dengan wuduk (hadas kecil) dan mandi wajib (hadas besar).

2. Menutup aurat.

3. Mengadap Qiblat.

Cara melakukannya:

1. Dalam sembahyang: Sunat takbir ketika hendak turun dan naik dari sujud tanpa mengangkat kedua tangan serta tiada duduk istirahah. Iaitu selalu dilakukan ketika solat berjemaah pada pagi hari Jumaat. Biasanya imam akan baca ayat Sajdah dan terus turun sujud (sambil bertakbir) tanpa rukuk kemudian naik semula.

2. Luar Sembahyang. Iaitu ketika kita baca al-Quran dan jumpa pula ayat Sajdah: Niat, takbir (seperti Takbiratul Ihram) serta mengangkat tangan kemudian takbir lalu sujud kemudian takbir lalu duduk untuk beri salam. 

Bacaan ketika sujud:

سَجَدَ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ، فَتَبَارَكَ اللهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِيْن

 Maksudnya: "Sujudlah mukaku kepada Tuhan yang telah menciptakannya dan juga telah menciptakan pendengarannya dan penglihatannya dengan kekuasaanNya. Maka Maha Berkat Allah sebaik-baik Penciptanya".

contoh Ayat Sajdah:


 Nampak tak tanda masjid tu? bila kita dah baca sampai tanda masjid tu, boleh terus sujud samada sambil berdiri atau sambil duduk ye.
Ada 15 tempat antaranya:

1.Surah Al-A'raf         ayat 206
2. Surah Ar-Ra'd        ayat 15
3. Surah An-Nahl       ayat 49
4. Surah Al-Isra'         ayat 107
5. Surah Maryam        ayat 58
6. Surah Al-Haj          ayat 18
7. Surah Al-Haj          ayat 77
8. Surah Al-Furqan     ayat 60
9. Surah An-Naml       ayat 25
10. Surah As-Sajdah   ayat 15
11. Surah Sad             ayat 24
12. Surah Fussilat        ayat 37
13. Surah An-Najm     ayat 62
14. Surah Al-Insyiqaq  ayat 21
15. Surah Al-'Alaq       ayat 19

Kesemua ayat ini hendaklah berhenti pada akhir ayat yang bertanda masjid dan terus sujud mengikut tatacara di atas. 

Sila sharekan pada rakan-rakan ya. Mudah2an kita semua mendapat manfaat oleh Allah Taala, Insya Allah.