Text bergerak

Untuk Pelawat Baru, Sila ke Facebook Ustazah Ani untuk membincang sekiranya tiada maklumbalas di ruangan Blog ini Terima Kasih.

Saturday 25 June 2016

Solat Sunat Tasbih

Assalamualaikum semua sahabat-sahabat yang ustazah kasihi sekalian. Alhamdulillah syukur terhadap Allah Taala kerana telah mengizinkan kita semua bernafas di atas muka bumi ini berserta nikmat-nikmat yang dibekali kepada kita yang sangat banyak. Tidak terhitung nikmat yang sangat banyak. 

Kali ini ustazah akan buat sedikit nota berkenaan solat sunat tasbih. Semoga catatan yang sedikit ini dapat membantu kita melakukan solat sunat ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup kita. Insya Allah.

Solat sunat tasbih ini ialah suatu sembahyang yang dilakukan pada bila-bila masa sahaja kecuali pada waktu haram. Sangat afdal dikerjakan pada malam hari apatah lagi pada bulan Ramadhan.

Cara-caranya :

A

1. Pada waktu siang hari dikerjakan 4 rakaat dengan 1 salam.

Niat :

" Aku solat sunat tasbih empat rakaat kerana Allah Taala "


2. Pada malam hari dikerjakan 4 rakaat  dengan dua salam.

Dalil hadis:

Daripada Ibn 'Umar bahawa Nabi s.a.w telah bersabda, " Solat yang dikerjakan waktu malam adalah dua rakaat."  ( HR : At Tirmizi )

Niat :

" Aku solat sunat Tasbih dua rakaat kerana Allah Taala "

Di buat dengan 2 salam.

B : Surah yang di baca

Rakaat pertama : At Takasur
Rakaat kedua     : Al Asr
Rakaat ketiga.    : Al Kafirun
Rakaat ke emlat : Al Ikhlas

ATAU

Ada pilihan surah-surah yang lain.

Mengerjakan solat Sunat Tasbih ada dua cara : 

PERTAMA

1. Selepas membaca Fatihah dan surah bacalah:

Subhanallah walhamdulillah walailaha illallah wallahu akbar ( 15x) dalam qiam. Boleh tambah 

" wala hawlawala quwwata illa billahi 'aliyil 'azim"

2. Membaca nya 10x ( tasbih ) dlm rukuk.

3. Membaca nya 10x ( tasbih) dalam 'iktidal

4. Membaca nya 10x ( tasbih) dalam sujud pertama

5. Membaca nya 10x ( tasbih ) dalam duduk antara dua sujud 

6. Membaca nya 10x ( tasbih ) dalam sujud ke dua.

6. Membacanya 10x ( tasbih ) dalam duduk istirohah atau duduk tahiyyat awal  ( jika ada tahiyyat awal ) . Maka dengan itu jumlah tasbih adalah 75x pada setiap rakaat. Maka menjadi lah 300x tasbih pada 4 rakaat. 

KEDUA

1. Sebelum membaca Fatihah dan surah bacalah tasbih 15x sesudah membaca iftitah. Kemudian membaca tasbih 10x selepas Fatihah. ( ini bermakna ada 25x tasbih pada rakaat 1 ketika qiam. 

2. Yang lain semua sama. Kecuali tiada bacaan tasbih pada duduk istirohah atau tahiyyat awal / akhir kerana sudah membaca tasbih 25x ketika qiam. 

Dalam 2 cara di atas..cara kedua adalah terlebih afdal. 

NOTA TAMBAHAN: pada setiap rakaat, hendaklah di baca tasbih itu sesudah membaca surah dan zikir yang biasa, kecuali pada tempat, yakni ketika duduk tasyahud akhir. Di  tempat ini, baca lah tasbih itu dahulu

Hadis : " jika anda tidak membuatnya  ( setahun sekali) maka buat lah sekali seumur hidup. " 

Ibnu Majah dan Tirmizi. 

No comments:

Post a Comment