Text bergerak

Untuk Pelawat Baru, Sila ke Facebook Ustazah Ani untuk membincang sekiranya tiada maklumbalas di ruangan Blog ini Terima Kasih.

Thursday 28 March 2013

Kelebihan sifat Lemah lembut Dan Sabar

USTAZAH ANI~~




Lemah lembut dan sabar. Di antara sifat yang paling menonjol dan sepatutnya wujud dalam diri seorang muslim ialah sifat sabar dan lemah lembut, kerana amal islam penuh dengan perkara-perkara yang tidak disukai, begitu juga dengan perjalanan dakwah penuh dengan onak dan duri, penderitaan, penyeksaan, penindasan, tuduhan-tuduhan, pandang rendah, dipandang hina. Kesemua ini adalah batu penghalang yang sering menjadikan jiwa-jiwa muslim berkerja dalam bidang dakwah berhadapan dengan kesukaran dan kepudaran semangat. 

     Seterusnya mereka akan berpaling dari jalan dakwah ini dan lari darinya. Jelas disini bahawa para dai melakukan tugas yang sangat sukar. Mereka berhadapan dengan kebanyakkan manusia yang berlainan tabiat dan latar belakang. 
Namun kerja dakwah ini sangat besar dan amat dituntut oleh Allah s.w.t. 


     Kadang kala mereka berhadapan dengan orang-orang yang jahil dan alim, orang-orang yang berakal dan kurang akalnya, yang jiwanya sensitif dan kental, orang-orang yang tenang dan orang-orang yang mudah tersinggung. Ini semua memerlukan satu kesabaran yang kental, kesanggupan menanggung risiko dan yang paling penting sifat lemah lembut. Semua orang wajib berdakwah, walaupun hanya 'share' maklumat, ayat-ayat a;l-Quran atau hadis. Niatkan untuk dakwah. Namun jangan lupa segala ujian akan sampai pada anda. Maka bersabar dan berlemah lembut.


Sabda Rasulullah s.a.w. " Mahukah kamu ku beritahukan perkara yang dengannya Allah memuliakan binaan dan mengangkat darjah ketinggian. Mereka menjawab, " Bahkan ya Rasulullah. "Rasulullah s.a.w. bersabda: " Kamu berlemah lembut terhadap orang yang tidak mengetahui kamu, memaafkan orang yang menzalimi kamu, memberi kepada orang yang tidak pernah memberi kepada kamu dan kamu menghubungkan silaturahim dengan orang yang memutuskan silaturahim dengan kamu."

(Hadith riwayat at-Tabarani dan al-Bazzar)

Sabda Rasulullah s.a.w lagi " Apabila makhluk dihimpunkan (pada hari Kiamat) seorang tukang seru pun menyerukan: Dimanakah orang-orang yang mempunyai keistimewaan." Rasulullah s.a.w. pun bersabda lagi: Maka bangunlah sekumpulan manusia dan bilangan mereka amat sedikit. Mereka pun segera bergerak menuju syurga, para malaikat lantas menemui mereka dan berkata: "Apakah keistimewaan kamu?" Mereka menjawab: Di masa yang lampau (di dunia), apabila kami dizalimi kami bersabar, apabila diperlakukan sesuatu kejahatan kepada kami, kami bersifat lemah lembut. Lantas dikatakan kepada mereka: Masuklah kamu ke dalam syurga, maka nikmatilah ganjaran bagi mereka yang beramal."

(Hadith Riwayat al-Baihaqi)



Antara akhlak Rasulullah s.a.w. yang hebat ialah sifatnya yang lemah-lembut dan pemaaf. Selain daripada menunjukkan keperibadian mulia dan kesopanan seseorang, sifat lemah-lembut dan pemaaf juga sebenarnya dapat melunakkan hati yang keras, juga boleh menundukkan manusia yang kasar dan akhirnya menimbulkan rasa hormat pada diri. Sifat lemah-lembut dan pemaaf juga boleh menunjukkan dan menyatakan pendirian yang tegas demi menegakkan kebenaran tetapi pada masa yang sama tidak bertolak ansur terhadap kemungkaran dan kekufuran. Allah swt telah mengajar baginda Rasulullah untuk bersikap pemaaf dan berlembut semasa berurusan dengan orang lain


No comments:

Post a Comment