Assalamualaikum sahabat-sahabat ustazah yang dimuliakan oleh
Allah s.w.t. Semoga semuanya berada didalam keadaan yang sihat dan sentiasa
mendapat keberkatan dari Allah Taala selalu. Sentiasa bersyukur diatas segala
yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. walau pun nikmat yang sedikit. InsyaAllah
Allah akan menambah segala kurniaannya kepada hamba-hambaNya yang bersyukur. Ini kerana nikmat yang dikurniakan oleh Allah Taala tidak boleh dinilai dengan nilai yang boleh dihitung. Ada nikmat yang berupa sesuatu yang tidak dapat dilihat namun boleh dirasa. Nikmat yang terbesar ialah nikmat Islam dan iman, selain itu nikmat kesihatan, nikmat masa, nikmat pancaindera, nikmat keluarga, nikmat pangkat, nikmat harta dan lain-lain. Layakkah kita yang bergelar hamba ini boleh mengenepikan Allah Taala didalam hal-hal perintah dan larangan dari Allah Taala.
Dalam pada kita sihat-sihat kadang-kadang kita akan ditimpa dengan sedikit ujian iaitu sakit. Maka feqah Islam menerangkan kepada kita bagaimana kita perlu melaksanakan solat dalam keadaan kita tidak mampu berdiri.
Dalam pada kita sihat-sihat kadang-kadang kita akan ditimpa dengan sedikit ujian iaitu sakit. Maka feqah Islam menerangkan kepada kita bagaimana kita perlu melaksanakan solat dalam keadaan kita tidak mampu berdiri.
Berdiri dalam solat-solat fardhu yang lima adalah wajib dan
kewajipan ini merupakan salah satu dari rukun solat yang tidak diperselisihkan
lagi di kalangan mana-mana ulamak sepanjang zaman. Dalam kita bersolat
adakalanya kita tidak mampu melakukan solat dalam keadaan biasa. Contohnya kita
kemungkinan diuji Allah dengan keadaan sakit seperti demam, pening, sakit kaki
dan sebagainya...Jadi pilihan yang diberi oleh Allah Taala kepada kita sama ada
melakukan solat dalam keadaan duduk ataupun berbaring. Pilihan pertama selepas
berdiri ialah duduk dan jika masih tidak mampu kita boleh mengiring dan juga
boleh berbaring. Sedikit ilmu tentang cara-cara melakukan solat dlm keadaan
uzur.
Hadis Rasulullah s.a.w “Solatlah
dengan berdiri, kalau tidak kuat maka duduklah , kalau (masih) tidak kuat maka
berbaringlah dengan posisi miring.” (Riwayat oleh Imam Bukhari, Tirmizi,
Ibnu Majah dan Abu Daud)
Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mendirikan solat ia telah menegakkan agamanya, barangsiapa yang meninggalkan solat, ia meruntuhkan agamanya sendiri.
Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mendirikan solat ia telah menegakkan agamanya, barangsiapa yang meninggalkan solat, ia meruntuhkan agamanya sendiri.
UMAT ISLAM WAJIB BERSOLAT SAMADA KETIKA SIHAT ATAU SAKIT.
SOLAT KETIKA SAKIT ITU ADALAH SOLAT TERBAIK DI DALAM HIDUP KITA. SEKIRANYA KITA MATI DI DALAM KEADAAN SOLAT MAKA ITULAH PENGAKHIRAN YANG TERBAIK, NAMUN JIKA KITA MATI DI DALAM KEADAAN TIDAK BERSOLAT ITU ADALAH PENGAKHIRAN YANG BURUK PADA KITA.
SOLAT KETIKA SAKIT ITU ADALAH SOLAT TERBAIK DI DALAM HIDUP KITA. SEKIRANYA KITA MATI DI DALAM KEADAAN SOLAT MAKA ITULAH PENGAKHIRAN YANG TERBAIK, NAMUN JIKA KITA MATI DI DALAM KEADAAN TIDAK BERSOLAT ITU ADALAH PENGAKHIRAN YANG BURUK PADA KITA.
CARA MENUNAIKAN SOLAT KETIKA SAKIT
![]() |
Duduk Iftirasy (sebaik-baik solat duduk) |
1. SOLAT SAMBIL DUDUK
- - Keadaan duduk adalah seperti duduk antara 2 sujud
- - Mengadap kiblat
- - Niat, takbir, sujud dan duduk tahiyat awal/akhir adalah sama seperti solat biasa.
- - Rukuk dilakukan dengan menundukkan kepala sehingga kedudukannya bertentangan dengan tempat sujud.
- - Iktidal pula dilakukan dgn mengangkat kepala tegak semula.
- - Sujud seperti biasa. Namun, jika tak mampu, bolehlah dengan menundukkan kepala rendah sedikit daripada tunduk ketika rukuk.
Sekiranya kita masih mampu untuk rukuk seperti biasa dalam
keadaan berdiri, kita hendaklah duduk menggunakan kerusi.. Takbiratul ihram macam
biasa sambil berdiri, rukuk, dan terus duduk untuk sujud..(atas kerusi)..kemudian
kita bangun kembali berdiri untuk membaca surah al- Fatihah, rukuk dan duduk
atas kerusi untuk sujud.
Akan tetapi jikalau
sakitnya itu ada minima dan masih membolehkan bersolat seperti biasa maka
hendaklah dia berusaha berdiri seperti biasa. Anas bin Malik radiallahu-anhu
meriwayatkan hadis berikut: Ketika Rasulullah s.a.w. memasuki kota Madinah, kota ini telah diserang
wabak dan orang-orang pun menjadi sakit. Lalu Baginda masuk ke dalam masjid dan
di saat itu orang sedang solat duduk. Melihat itu Baginda bersabda:
"Solat orang yang duduk pahalanya setengah dari solat orang yang berdiri." Mendengar itu orang-orang pun segera berdiri
untuk (meneruskan) solat.
Solat secara duduk tidak perlu diulang semula.
2. SOLAT BARING
MENGIRING (pilihan pertama )
- - mengiring di atas rusuk kanan
- - muka dan dada mengadap kiblat
- - Rukuk dan sujud dilakukan dengan cara menunjukkan isyarat kepala. Tundukkan kepala semasa rukuk, sementara sujud dilakukan dengan menundukkan kepala lebih rendah daripada ketika rukuk.
- - Jika tidak mampu, bolehlah menggunakan isyarat kelopak mata bagi rukuk, manakala sujud dengan isyarat menutup mata.
![]() |
Solat Mengiring (Lambung Kanan) |
3. SOLAT BARING
MELENTANG (pilihan kedua)
- - baring melentang dan kakinya diluruskan ke arah kiblat
- - tinggikan sedikit kepala dengan menggunakan bantal (atau seumpamanya) supaya muka mengadap kiblat
- - Rukuk dan sujud dengan isyarat kelopak mata seperti dalam suasana solat mengiring di atas
- - Jika tidak terdaya, bolehlah rukuk dan sujud dengan cara lintasan (niat) di hati dengan mengingati setiap perbuatan dalam solat
- - Tangan diangkat seperti biasa ketika takbir. Jika tidak berdaya, memadai dengan ucapan Allahu Akbar sahaja.
![]() |
Solat Baring |
Pilihan ketiga.(baring ke arah mana sekali pun x
mengapa)
Bersolatlah dengan hati.
Terima kasih kerana sudi membaca
SEBARKAN ILMU UNTUK BEKALAN AKHIRAT.
Terima kasih kerana sudi membaca
SEBARKAN ILMU UNTUK BEKALAN AKHIRAT.
No comments:
Post a Comment