Text bergerak

Untuk Pelawat Baru, Sila ke Facebook Ustazah Ani untuk membincang sekiranya tiada maklumbalas di ruangan Blog ini Terima Kasih.

Tuesday 26 February 2013

KETENANGAN HATI

USTAZAH ANI~~


Assalamualaikum sahabat blog semua, rasa terlalu lama ustazah tak post kan apa-apa dalam blog tersayang nie. Alhamdulillah ada sedikit kesempatan malam ni baru dapat kembali menulis. Biarlah sedikit tetapi sekurang-kurangnya dapat merawat hati sendiri dan jugak semoga memberi manfaat kepada sesiapa yang sudi membaca artikel ini , Insya Allah.

Sebenarnya ramai orang yang telah diberikan Allah kepintaran, kemasyhuran, kesihatan, kelapangan yang baik dan harta yang banyak, namun hatinya dilamun resah gelisah dan hidupnya terasa sangat kosong, hambar dan gelisah. Makanan yang terhidang di jamahnya dalam keadaan yang tidak menyelerakan dan tawar. Anak-anak yang cantik, sihat, pintar dan ramai, juga sahabat-sahabat yang mengelilinginya jugak ramai namun dirasakan sangat membosankan. Kehidupannya seperti tiada penghujung dan hanya bertujuan mengahbiskan saki baki umur sementara menunggu saat-saat terakhir dalam hidupnya (kematian).



Namun begitu ramai pula orang yang hidupnya kelihatan miskin, susah, tiada kemahsyuran serta tidak dikenali ramai, tiada pangkat, rumahnya kecil, makanannya amat sederhana, namun pada hakikatnya dia adalah seorang yang sangat bahagia, sentiasa tersenyum, hidupnya tenang, hatinya berbunga-bunga. Walaupun dia sendiri berdepan dengan kemelut hidup yang sangat mencabar.

APAKAH RAHSIANYA????????????

Jawapannya:  TIDAK ADA KETENAGAN HATI JIKA TIADA IMAN

Tidak diragui lagi bahawa ketenangan hati adalah sebab utama untuk hidup bahagia. Tetapi ketenangan hati tidak dapat dicapai dan dihasilkan oleh kekayaan, kemasyhuran dan kekuatan fizikal. Ketenagan hati hanya akan diperolehi dengan satu sumber iaitu IMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT.

Ketenangan hati adalah nikmat Allah yang Allah anugerahkan kepada hamba-hambaNya yang terpilih sahaja, supaya mereka berhati teguh dikala orang lain goyah. Yakin dikala orang lain ragu. Sabar dikala orang lain keluh kesah dan berlapang dada semasa orang lain panik. 

Firman Allah yang bermaksud:

Dialah (Allah) yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman. Supaya keimanan mereka makin bertambah dari keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentera langit dan bumi. Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. (Al-Fath : 4)

Firman Allah lagi: yang bermaksud:

" Dan siapa yang hendak dibiarkan sesat oleh Allah, dijadikan Allah dadanya sesak dan sempit seperti orang yang naik ke tempat yang tinggi" (al An'am : 125)

Mengapa ketenangan hati hanya diperolehi dengan keimanan???

Jawapannya ialah:

1. Hanya orang beriman sahaja yang akan menikmati ketenangan hati disebabkan Orang beriman menyahut panggilan fitrah.

Hidupnya sesuai dengan fitrahnya. Fitrah manusia yang tidak dapat dipenuhi dengan ilmu peradaban dan falsafah. Tetapi hanya dapat dipenuhi dengan keimanan kepada Allah. Fitrah manusia yang sentiasa lapar dan dahaga hanya akan dapat dipuaskan dengan mengenali Allah dan menghadapkan hidup kepadaNya. Apabila fitrah itu telah dipenuhi dengan keimanan dan rasa puas maka manusia akan hidup gembira, riang dan aman daripada ketakutan.

Orang yang tidak mahu belajar mengenali Allah dan lupa diri sendiri maka Allah akan membiarkannya hidup menderita. 

2. Orang beriman mengetahui rahsia penciptaan alam dan dirinya. 

Hati manusia selalu berbisik " Siapakah Pencipta alam serba teratur dan dirinya yang banyak misteri? Apakah tujuan penciptaan kedua-duanya ?"Ada yang telah menghabiskan masa berpuluh-puluh tahun hanya untuk mencari jawapannya. 
Orang beriman hatinya tenang dan puas kerana soalan ini telah pun dijawab oleh Allah.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

" Allahlah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahawa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu dan sesungguhnya Allah ilmuNya meliputi segala sesuatu. " (At- Thalaq: 12)

3. Orang beriman jelas matlamat hidupnya yang hendak dituju.

Mereka tidak teraba-raba. Mereka bebas daripada semua kebimbangan kerana hidupnya terus ditujukan kepada matlamat mencapai redha Allah.

Firman Allah yang bermaksud:

" Dialah (Allah) yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang yang beriman."
(Al-Fath : 4)

4. Orang beriman berasa dirinya dekat dengan Allah.

Mereka tidak merasa bersendirian atau kesepian dalam hidup ini. Mereka berasa sangat dekat dan erat hubungan dengan Allah SWT.

Orang beriman juga selalu berbisik dan berdoa kepada Allah dalam solat dan ibadahnya. Oleh itu dia berasa tenang dan gembira kerana tidak keseorangan.

Alhamdulillah~~~

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca..