Text bergerak

Untuk Pelawat Baru, Sila ke Facebook Ustazah Ani untuk membincang sekiranya tiada maklumbalas di ruangan Blog ini Terima Kasih.

Tuesday 6 November 2012

SYARAT MEMBACA SURAH AL fATIHAH DI LUAR SEMBAHYANG


BY USTAZAH ANI


Assalamualaikum sahabat-sahabat yang di kasihi dan dimuliakan Allah s.w.t. Semoga hari ini kita di beri tambahan iman dan taqwa serta banyak amal soleh. Kita juga mendoakan agar kita di pertemukan dengan orang-orang yang beriman dalam hidup kita insyaAllah. Semoga Allah Taala menambahkan rasa syukur kita atas nikmat yang mencurah-curah serta mempertingkatkan zikir kita padaNya. Amin.


Sekali lagi kita memperkatakan tentang surah  Al Fatihah. Kelas kita kali ini ialah, syarat-syarat kita membaca surah Al- Fatihah di luar sembahyang. Ada ketikanya kita membaca surah al-Fatihah ketika memulakan majlis ilmu, atau pembukaan majlis-majlis  rasmi atau ketika kita nak hadiahkan surah al-Fatihah kepada seseorang. Maka kita perlu tahu syarat-syaratnya..
1. Di baca dengan betul
Bacaan surah al-Fatihah itu mestilah menepati hukum-hukum tajwid. Jangan di baca dengan laju / cepat sehingga melanggar hukum-hukum tajwid.
2. Dibaca dengan ikhlas
Niat dengan betul-betul dan setiap kali kita nak membaca surah al-Fatihah d luar sembahyang, hendaklah kita berniat untuk orang-orang tersayang dan dihadiahkan kepadanya. Seperti yang kita tahu, orang-orang yang berada di alam barzakh ada yang mendapat siksaan, maka ada kalanya mereka direhatkan dengan sebab hadiah dan doa dari seseorang. Maka jangan lupa ya berniat jugak untuk mereka. Insya Allah
SURAH AL FATIHAH
3. Dibaca sesuai dengan keadaan tempat (sesuai dengan tempat kemuliaan).
Kadang-kadang kita lihat di tv2 bila berlaku kematian, ada artis-artis yang hendak sedekahkan surah Al-Fatihah d dalam majlis-majlis maksiat. Adalah tidak bersesuaian langsung meletakkan taraf surah al- Fatihah di dalam majlis-majlis yang di benci Allah...Ketika itu janganlah kita samakan  membaca surah al Fatihah DENGAN nilai bacaan-bacaan murahan yang lain kerana menghormati surah al- Fatihah.
4. Di baca dengan kuat ( kadar mendengar di telinga dan bukan di baca di dalam hati kecuali bagi orang-orang perempuan yang uzur adalah dibenarkan)  untuk memastikan makhrajnya. Jangan menggunakan bisikkan atau suara angin jika membaca surah al Fatihah di luar solat apatah lagi di dalam solat. Tak sah solat jika membaca menggunakan bisikkan atau suara angin. Ini kerana dalam solat surah al Fatihah ada termasuk rukun Qauli. Rukun qauli adalah menggunakan lafaz dan keluar suara. Ada orang yang solat dengan membacanya dalam hati. Hati-hati!!! Solat akan batal...
 .
5. Datangkan khusyuk ketika membaca surah al -Fatihah
Didalam surah al-Fatihah ada 25 kalimah(perkataan) , jumlah hurufnya sebanyak 156 huruf dan tidak ada huruf tha, jim, kha, zai, shin, dan fa..huruf2 tersebut ialah nama2 neraka. Jadi sebutlah dengan sebutan yang betul.Jangan sampai nak dapat pahala, malah mendapat dosa.. dan satu lg yg kita perlu ambil perhatian apabila ada berita kematian dimuatkn dalam status fb, terdpt ramai shbt2 kita akan komen 'al Fatihah'. Ini sgt tidak bertepatan apabila kita mndengar berita kematian. Yang sebaiknya kita menulis 'inna lillahi wa inna ilaihi rojiun'
Wallahualam.
SEMOGA DAPAT KITA BERKONGSI ILMU ALLAH..DAN PELIHARA SURAH YANG CUKUP MULIA INI.
AMEEEN

No comments:

Post a Comment