Text bergerak

Untuk Pelawat Baru, Sila ke Facebook Ustazah Ani untuk membincang sekiranya tiada maklumbalas di ruangan Blog ini Terima Kasih.

Monday 29 October 2012

Faedah Belajar Imu Tajwid dan Hikmah Bersedekah

by Ustazah Ani
Ustazah Ani - klik link url untuk ke facebook   
https://www.facebook.com/hainas.ani
KELAS TAJWID (PERSENDIRIAN) TERHAD UNTUK 7 ORANG SAHAJA
KEDIAMAN DATO' MAZNAH

PELAJAR-PELAJAR
1. Dato' Maznah
2. Kak Pah
3. Kak Fadhilah
4. Kak Ani
5. Cikgu (ustzh panggil cikgu je..)
6. Kak Rogayah
7. Kak Mawan

Gambar 1
                                          Sedang menumpukan perhatian pada makhraj huruf

Kelas ini baru sahaja diwujudkan minggu lepas, atas permintaan yang bersungguh-sungguh ustazah luangkan jugak masa rehat ustazah. Semangat hendak belajar al Quran tu membuatkan ustazah sangat berbesar hati. Berdasarkan Hadis Rasulullah saw " Hadis riwayat Uthman bin Affan r.a dimana Rasulullah saw bersabda maksudnya “ Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al Quran dan mengajarkannya” Sahih Al Bukhari 4639, Maka peluang sebeginilah yang akan kita semua rebut



Gambar 2
Dalam al Quran Allah swt berfirman maksudnya “ Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau terang-terangan, mereka mengharapkan perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan mereka limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun , lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya” al Fathir 29-30.

                                                                           (Gambar 3)

Hadis riwayat Imam ‘Asim r.h dimana Rasulullah saw bersabda maksudnya “ Dikatakan kepada alhi al Quran (di akhirat), bacalah al Quran, meningkat (darjat) kamu dan elokkanlah bacaan kamu sepertimana kamu mengelokkan bacaan di dunia, sesungguhnya kedudukan kamu (di akhirat) adalah pada ayat terakhir yang kamu baca itu” Jami’ at Tirmizi 2838

Faedah Belajar Imu Tajwid

1. Memelihara daripada kesalahan-kesalahan dalam membaca al Quran. Oleh kerana membaca al Quran dengan bertajwid itu ialah suatu kewajiban bagi setiap muslim, maka melakukan kesalahan bacaan hukumnya adalah HARAM sementara mencacatkannya merupakan suatu dosa. Kesalahan dalam bacaan terbahagi kepada dua.
Ada 2 jenis kesalahan :-
i. Kesalahan  Nyata (Lahn Jaliy)
Bermaksud kesalahan yang dilakukan pada makhraj huruf,  perkataan samada kesalahan itu mencacatkan makna perkataan atau tidak. “ Jaliy ” di sini bermaksud suatu kesalahan yang dapat disedari dengan nyata dan terang-terangan. Ia dapat disedari oleh semua orang tak kira orang biasa ataupun orang yang mahir dalam tajwid.

Contoh : Kesalahan yang mengubah makna perkataan, kesalahan yang tidak mengubah makna perkataan serta kesalahan mengubah huruf.
Hukumnya : HARAM dilakukan kesalahan secara sengaja ataupun mempermudah-mudahkannya. Bagi yang tidak tahu, tiada dosa bagi mereka.

ii. Kesalahan Tersembunyi “ lahn Khofiy “
Bermaksud kesalahan atau kecacatan yang dilakukan pada sebutan, dimana kesalahan itu menyalahi cara sebutan yang telah ditetapkan bagi sesuatu perkataan atau ayat al Quran. Kesalahan ini hanya disedari oleh orang yang mahir dalam tajwid ataupun para Qurra’ sahaja, dan tidak pada orang awam.

Contoh : Meninggalkan izhar,ikhfa’, idgham, iqlab, ghunnah, kadar panjang yang sepatutnya, tafkhim, tahqiq dan sebagainya. Dengan kata lain mengabaikan hukum tajwid dalam pembacaan.

Hukumnya : HARAM dilakukan secara sengaja ataupun mempermudah-mudahkannya. Bagi yang tidak tahu, tiada dosa bagi mereka.


2. Mencapai keyakinan dalam pembacaan al Quran yang betul. Dengan mempelajari ilmu tajwid, seseorang itu akan merasa yakin dengan ketepatan bacaannya. Tidak merasa ragu dengan apa jua bentuk ayat dan hukum bacaan yang ditemui pada mana-mana tempat dalam al Quran.

3. Mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Banyak ayat al Quran dan Hadis Rasulullah saw yang menerangkan kelebihan membaca al Quran serta jaminan kebahagiaan baginya.

Gambar 4
      Lepas Belajar Ada Pula Yang Menjamu (Semuanya nak mengambil keberkatan sedekah)

Pengertian Bersedekah
Sedekah adalah satu pemberian ikhlas sama ada benda itu sesuatu yang kita sayang atau tidak. Asas penting yang perlu ada adalah keikhlasan. Maknanya kita tidak mengharapkan sebarang pembalasan apabila bersedekah. Sedekah lebih menjurus kepada barang seperti makanan dan pakaian yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain.



Gambar 5
Gambar 6
                                 
Gambar 7
                                                                 
Gambar 8
Apabila kita bersedekah hendaklah kita mendahulukan orang yang dekat dengan kita termasuk adik beradik dan juga jiran tetangga sebelum menghulur bantuan kepada orang lain. Ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Antara lain ia menyusun keutamaan bersedekah kepada diri sendiri, isteri, anak, orang gaji dan jika masih ada sedekahlah kepada sesiapa yang memerlukan. Jika masih ada golongan fakir dan miskin di negara kita, lebih baik kita bersedekah kepada mereka sebelum bersedekah kepada penduduk luar negara.


Antara Faedah Bersedekah:-

1-  Para Malaikat sentiasa berdoa supaya ditambahkan rezeki kepada pemberi sedekah.
2- Merupakan kemenangan ke atas syaitan.
3- Memadam kemurkaan Allah SWT.
4- Merupakan rawatan atau penyembuh kepada segala penyakit.
5- Mengawal kehormatan dan maruah.
6- Memperbaiki amalan anda sebelum mati.
7- Pelindung kepada api neraka.
8- Menempah tempat dibawah Bayangan Allah SWT.
9- Memberi keberkatan kepada pemilik harta.
10- Melembutkan hati yang keras.
HadisRasulullah SAW telah bersabda : 
1. ”Ubatikanlah orang sakit di antara kamu dengan sedekah”. 
Manusia yang hidup sering melakukan kesalahan dan dosa. Allah S.W.T menyediakan berbagai laluan kepada hambanya untuk penghapusan dosa, antaranya bersedekah.


2. Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api”.

Bersedekah Dengan Mengadakan Kenduri

Dari sebuah Hadith mengisahkan : Bahawa seorang membuat jamuan (kenduri) maka Allah menyuruh datang Malaikat empat puluh hari sebelum diadakan jamuan. Malaikat itu merupakan burung putih, dua sayapnya panjang di antara masyriq dan maghrib. Dia berhenti di pintu rumah, lalu menyeru ahli rumah, lalu dijawab oleh Jibril : Apa maksudmu dengan ahli rumah itu? Maka jawab Malaikat itu : Aku diutus oleh Allah kepada ahli rumah ini untuk menggembirakan mereka bahawa jamuan (kenduri) mereka pada hari…. Inilah rezeki bersamaku dari syurga dan bersama burung itu surat termetri pada mulutnya. Bertanya Jibril : Surat apakah ini? Jawabnya : Di dalamnya tertulis mereka ahli rumah itu terlepas daripada neraka. Lalu diambil oleh Jibril surat itu dan dibukanya –tertulis di dalamnya : “ Allahul Wahidul Qahhar melepaskan ahli rumah daripada api neraka . Bagaimana, adakah menggembirakan engkau? Jawab Jibril : Ya, menggembirakan aku-gembira Jibril dan bercahaya mukanya kerana umat Nabi Muhammad saw terlepas daripada api neraka. Kata Jibril : Allah utuskan aku, bahawa aku tulis bagi mereka beberapa kebajikan, aku gugurkan mereka beberapa kejahatan, aku angkatkan mereka beberapa darjat sehingga berhenti jamuan itu. Maka Allah ampunkan dosa-dosa mereka yang hidup dan yang mati dari ahli rumah itu dan yang hadir dalam jamuan itu.( dari kitab Raudhul Ulama’).

KESIMPULAN;

Setiap sedekah atau derma hendaklah dilakukan dalam keadaan senyap atau dalam erti kata lain, tanpa pengetahuan orang ramai. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda berhubung sedekah yang bermaksud: “Sesungguhnya di bawah teduhan Arasy pada hari tidak ada teduhan, melainkan teduhan Allah ialah seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya lalu disembunyikannya sedekah itu sehingga tidak diketahui tangan kirinya.”



No comments:

Post a Comment