Text bergerak

Untuk Pelawat Baru, Sila ke Facebook Ustazah Ani untuk membincang sekiranya tiada maklumbalas di ruangan Blog ini Terima Kasih.

Wednesday 7 November 2012

Puasa hari Jumaat dan Sabtu


BY USTAZAH ANI


Gambar Hiasan
Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dihormaati kerana Allah Taala, semoga semuanya berada di dalam limpahan rahmat dariNya. Ameen. perbincangan kali ini adalah berkenaan dengan puasa sunat yang dilakukan pada hari Jumaat (sahaja), Sabtu (sahaja) atau Ahad (sahaja). Ada yang keliru samada boleh atau tidak melakukan puasa-puasa sunat pada hari-hari tersebut. 


Dilarang  berpuasa (puasa sunat) pada hari Jumaat jika tidak disertakan dengan berpuasa sehari sebelumnya iaitu hari Khamis atau sehari selepasnya, iaitu hari Sabtu.

Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:

40- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ يَوْمُ عِيدٍ فَلَا تَجْعَلُوا يَوْمَ عِيدِكُمْ يَوْمَ صِيَامِكُمْ إِلَّا أَنْ تَصُومُوا قَبْلَهُ أَوْ بَعْدَهُ. (رواه الإمام أحمد)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sebenarnya hari Jumaat ialah hari raya (mingguan), maka janganlah kamu jadikan hari raya kamu itu hari puasa kamu, kecuali kalau kamu berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya."
(Riwayat Imam Ahmad)

Larangan yang tersebut ialah larangan makruh.

Di dalam hadith ini diterangkan dengan jelas sebab larangan itu:
Bahawa hari Jumaat ialah hari raya mingguan dan lazimnya tidak dituntut berpuasa pada hari yang dimuliakan sebagai hari raya.
1. Al-Fath al-Rabbani (10:148). Hadith ini disahihkan oleh al-Hakim.

Puasa hari Sabtu

Makruh juga hukumnya berpuasa (puasa sunat) pada hari Sabtu jika tidak disertakan dengan berpuasa pada hari Ahad.
Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan lain-lainnya, maksudnya: "Janganlah kamu berpuasa pada hari Sabtu, kecuali puasa yang diwajibkan atas kamu .." 
Yakni kecuali puasa qadha dan puasa nazar. (Demikian juga halnya puasa sunat yang biasa dilakukan dan secara kebetulan jatuhnya pada hari Sabtu, maka ia juga dikecualikan dan larangan itu).

Puasa hari Ahad

Juga dilarang dari berpuasa pada hari Ahad semata-mata. 

Namun untuk puasa qadha atau puasa nazar dibolehkan berpuasa samada pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad tanpa dikembarkan dengan hari sebelum atau selepasnya. JANGAN LUPA PARA ISTERI WAJIB MINTA IZIN SUAMI JIKA HENDAK PUASA SUNAT YA ..

Semoga bermanfaat~~

Terima Kasih kerana sudi membaca~~

No comments:

Post a Comment