Text bergerak

Untuk Pelawat Baru, Sila ke Facebook Ustazah Ani untuk membincang sekiranya tiada maklumbalas di ruangan Blog ini Terima Kasih.

Tuesday 6 November 2012

BERSANGKA BAIK (teladan)

BY USTAZAH ANI
gambar hiasan
Pada suatu hari, Ibnu Abbas pergi mengembara di padang pasir. Di tengah perjalanan  beliau ternampak seorang lelaki. Lelaki itu berkaki ayam dan tidak menutup kepalanya, tidak sebagaimana kebiasaannya pakaian orang-orang Arab. Dia juga tidak membawa sebarang beg. Ibnu Abbas berasa hairan dan timbul perasaan kurang senang pada lelaki itu. "Bagaimana dia ini, tidakkah dia sembahyang?" bisik Ibnu Abbas dalam hatinya.

"Tiba-tiba lelaki itu memandang kepadanya dengan tajam. Lalu lelaki itu membaca sepotong ayat al Quran, "Tuhan mnegetahui apa yang kamu katakan dalam hati kamu, oleh itu takutlah kepada Tuhanmu."


Mendengarkan ayat itu, Ibnu Abbas terus pengsan. Apabila dia tersedar, dia menadah tangan dan memohon ampun kepada Tuhan sebab memandang rendah kepada lelaki itu. Kemudian Ibnu Abbas meneruskan perjalanannya. Lelaki itu datang lagi. Ibnu Abbas memandangnya dengan perasaan takut. Lelaki itu seolah-olah dapat membaca perasaannya. Kali ini lelaki itu memandangnya dengan manis sambil membaca sepotong ayat al-Quran lagi, "Tuhanlah yang menerima taubat dan penyesalan setiap hambanya dan mengampuni segala dosa mereka."


Selepas itu tiba-tiba lelaki itu hilang daripada pandangan Ibnu Abbas. Semenjak itu, Ibnu Abbas tidak pernah berjumpa lagi dengannya. Nabi Muhammad s.a.w. berkata, " BERSANGKA BAIK ITU SEBAIK-BAIK IBADAT KEPADA TUHAN".


Sebarkan dakwah dan ilmu~~~

No comments:

Post a Comment