Text bergerak

Untuk Pelawat Baru, Sila ke Facebook Ustazah Ani untuk membincang sekiranya tiada maklumbalas di ruangan Blog ini Terima Kasih.

Saturday 25 June 2016

Solat Sunat Tasbih

Assalamualaikum semua sahabat-sahabat yang ustazah kasihi sekalian. Alhamdulillah syukur terhadap Allah Taala kerana telah mengizinkan kita semua bernafas di atas muka bumi ini berserta nikmat-nikmat yang dibekali kepada kita yang sangat banyak. Tidak terhitung nikmat yang sangat banyak. 

Kali ini ustazah akan buat sedikit nota berkenaan solat sunat tasbih. Semoga catatan yang sedikit ini dapat membantu kita melakukan solat sunat ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup kita. Insya Allah.

Solat sunat tasbih ini ialah suatu sembahyang yang dilakukan pada bila-bila masa sahaja kecuali pada waktu haram. Sangat afdal dikerjakan pada malam hari apatah lagi pada bulan Ramadhan.

Cara-caranya :

A

1. Pada waktu siang hari dikerjakan 4 rakaat dengan 1 salam.

Niat :

" Aku solat sunat tasbih empat rakaat kerana Allah Taala "


2. Pada malam hari dikerjakan 4 rakaat  dengan dua salam.

Dalil hadis:

Daripada Ibn 'Umar bahawa Nabi s.a.w telah bersabda, " Solat yang dikerjakan waktu malam adalah dua rakaat."  ( HR : At Tirmizi )

Niat :

" Aku solat sunat Tasbih dua rakaat kerana Allah Taala "

Di buat dengan 2 salam.

B : Surah yang di baca

Rakaat pertama : At Takasur
Rakaat kedua     : Al Asr
Rakaat ketiga.    : Al Kafirun
Rakaat ke emlat : Al Ikhlas

ATAU

Ada pilihan surah-surah yang lain.

Mengerjakan solat Sunat Tasbih ada dua cara : 

PERTAMA

1. Selepas membaca Fatihah dan surah bacalah:

Subhanallah walhamdulillah walailaha illallah wallahu akbar ( 15x) dalam qiam. Boleh tambah 

" wala hawlawala quwwata illa billahi 'aliyil 'azim"

2. Membaca nya 10x ( tasbih ) dlm rukuk.

3. Membaca nya 10x ( tasbih) dalam 'iktidal

4. Membaca nya 10x ( tasbih) dalam sujud pertama

5. Membaca nya 10x ( tasbih ) dalam duduk antara dua sujud 

6. Membaca nya 10x ( tasbih ) dalam sujud ke dua.

6. Membacanya 10x ( tasbih ) dalam duduk istirohah atau duduk tahiyyat awal  ( jika ada tahiyyat awal ) . Maka dengan itu jumlah tasbih adalah 75x pada setiap rakaat. Maka menjadi lah 300x tasbih pada 4 rakaat. 

KEDUA

1. Sebelum membaca Fatihah dan surah bacalah tasbih 15x sesudah membaca iftitah. Kemudian membaca tasbih 10x selepas Fatihah. ( ini bermakna ada 25x tasbih pada rakaat 1 ketika qiam. 

2. Yang lain semua sama. Kecuali tiada bacaan tasbih pada duduk istirohah atau tahiyyat awal / akhir kerana sudah membaca tasbih 25x ketika qiam. 

Dalam 2 cara di atas..cara kedua adalah terlebih afdal. 

NOTA TAMBAHAN: pada setiap rakaat, hendaklah di baca tasbih itu sesudah membaca surah dan zikir yang biasa, kecuali pada tempat, yakni ketika duduk tasyahud akhir. Di  tempat ini, baca lah tasbih itu dahulu

Hadis : " jika anda tidak membuatnya  ( setahun sekali) maka buat lah sekali seumur hidup. " 

Ibnu Majah dan Tirmizi. 

Wednesday 16 December 2015

Bengkel Solat Siri (1) pd 12hb Dec 2015

Alhamdulillah dengan izin Allah Taala, maka bengkel solat dapat dilaksanakan dengan baik dn jayanya. Kali ini pihak KEDA mengambil peluang turut serta menghantar ahli-ahli KEDA seramai 80 orang peserta untuk sama-sama belajar ilmu tentang solat.

Ini adalah kali pertama ustazah masukkan peserta-peserta lelaki kerana sebelum ini bengkel solat hanya khusus untuk kaum wanita. Nampaknya mereka juga teruja untuk belajar apatah lagi tanggung jawab mereka lebih besar berbanding wanita untuk mengendalikan keluarga. Pasti mereka perlu isikan diri dengan ilmu-ilmu fardu ain terutama SOLAT.

Bengkel berlansung selama hampir 8 jam. Bermula jam 8.00 pagi sehingga 5 petang. Sessi praktikal menjadi lebih gamat dengan gelagat para peserta. Masing-masing ketawa kerana sedar kesalahan dan kesilapan sebelum ini.

Semoga bengkel-bengkel solat ustazah mendapat keberkatan dari Allah. Sekalung ucapan terima kasih jua buat suami tercinta dan anak-anak yang banyak membantu melancarkan perjalanan sepanjang bengkel berjalan. Juga terima kasih buat kak Aishah yang turut ada untuk membantu ustazah.

Thursday 19 March 2015

Bengkel Solat

Assalamualaikum semua..ustazah akan menganjurkan satu bengkel solat di  Hotel Tabung Haji, Alor Setar, Kedah pada 9/5/2015..bermula jam 8 pagi hingga 2 ptg. Yuran sebanyak rm90 termasuk 2 kali makan, fail, buku solat dan pen.
Bengkel ini juga akan ada sessi praktikal solat. Sila mendaftar awal sebelum tarikh tutup ya iaitu pada 24/4/2015. Tempat adalah terhad. Mohon hubungi no ustazah 0194179808 ( whatsapps)  atau fb Ustazah Ani bagi mendapatkan tempat di bengkel nanti.  

Cuba kita ingat balik, bila kah kali terakhir kita check dan perkemaskan solat kita dengan ilmu. Mungkin sejak dari zaman sekolah rendah dulu. Sedangkan ibadah solat adalah ibadah yang pertama yang akan di hisab oleh Allah di alam barzakh. Bila ustazah berhenti di R & R, ustazah perhatikan ramai muslimat kita yang melakukan cara solat yang salah. Nak ditegur tak berkesempatan kerana masing-masing dalam keadaan yang cepat nak bergegas keluar. Ibadah solat bukan satu ibadah yang boleh dipandang ringan. Ia bukan suka-suka hati kita. Kita belajar solat hanya dari pemerhatian kita pada ibu ayah, datuk nenek, kawan-kawan, jemaah masjid dan melihat di tv. Marilah kita perkemaskan solat kita. Lupakan sekejap urusan dunia kita, marilah kita persiapkan bekalan Akhirat kita.

Tuesday 2 December 2014

Kisah Yang Sangat Mengesankan

قصہ رائعہ جدآ
KISAH YANG SANGAT MENGESANKAN

كان هناك شيخ يعلم تلاميذه العقيدة
Ada seorang guru agama yg mengajarkan Aqidah kepada murid2nya

يعلمهم لا إله إلا الله يشرحها لهم
Dia mengajarkan "La ilaaha illallah" kepada mereka & menjelaskan maknanya

يربيهم عليها أسوة بما كان يفعل رسول الله صلى الله عليه وسلم
Mendidik mereka dengan keteladanan Rasulullah -Shallallahu alaihi wa sallam-

عندما كان يعلم أصحابه العقيدة ويغرسها في نفوسهم
Ketika mengajarkan aqidah beliau berusaha menanamkanya ke dalam jiwa murid-muridnya

وكان الشيخ يحب تربية الطيور والقطط
Sang guru itu senang memelihara burung & kucing

فأهداه أحد تلاميذه ببغاء
Lalu seorang muridnya pun menghadiahkan padanya seekor burung kakak tua

ومع الأيام أحب الشيخ الببغاء
Makin hari sang guru pun makin suka dgn burung itu

وكان يأخذه معه في دروسه
Dan sering membawanya pada saat mengajar murid-muridnya

حتى تعلم الببغاء نطق كلمة لا إله إلا الله‼
Sehingga kakak tua itu pun belajar mengucapkan kalimat tauhid "La ilaha illallah"

فكان ينطقها ليلا ونهارا…
Burung kakak tua itu pun mampu mengucakan (laa ilaaha illallah) siang & malam

وفي مرة وجد التلاميذ شيخهم يبكي?
Suatu ketika murid-murid mendapati sang guru sedang menangis

وينتحب وعندما سألوه
Ketika ditanya beliau pun menjelaskan dengan terbata- bata

قال لهم هجم القط على الببغاء وقتله
Kucing telah menerkam kakak tua dan membunuhnya

فقالوا له لهذا تبكي ‼
Mereka pun bertanya dgn hairan: kerana inikah engkau menangis!!

إن شئت أحضرنا لك غيره وأفضل منہ ..
Kalau engkau menginginkan, kami mampu datangkan burung yang lain bahkan yg jauh lebih baik

رد الشيخ وقال لا أبكي لهذا …
Sang guru berkata: bukan kerana itu aku menangis

ولكن أبكاني أنه عندما هاجم القط الببغاء
Tetapi... Yang membuat aku menangis adalah: ketika diserang kucing

أخذ يصرخ ويصرخ إلي أن مات
Burung itu hanya menjerit2 saja sampai matinya

مع أنه كان يكثر من قول لا إله إلا الله
Padahal dia sering sekali mengucapkan kalimat "laa ilaaha illallah"

إلا أنه عندما هاجمه القط نسيها
Tetapi ketika diterkam kucing ia lupa kalimat tersebut

ولم يقم إلا بالصراخ ‼
Tidak mengucapkan apapun kecuali hanya menjerit & merintih!!!

لأنه كان يقولها بلسانه
Kerana waktu hayatnya ia hanya mengucapkan "laa ilaaha illallah" dengan lisannya saja

فقط ولم يعلمها قلبه ولم يشعر بها ‼
Sementara hatinya tidak memahami dan tidak menghayatinya

ثم قال الشيخ :
Sang guru pun berkata

أخاف أن نكون مثل هذا الببغاء
Aku khawatir kalau nanti kita seperti kakak tua itu

نعيش حياتنا نردد لا إله إلا الله
Saat kita hidup mengulang-ulang kalimat "laa ilaaha illallah"

بألسنتنا وعندما يحضرنا الموت ننساها
Dengan lisan kita, tapi ketika maut datang kita pun lupa

ولا نتذكرها؛ لأن قلوبنا لم تعرفها
Tidak mampu mengingatnya, kerana hati kita belum menghayatinya

فأخذ الطلبة يبكون؛ خوفا من عدم الصدق في لا إله إلا الله
Kemudian para muridnya pun menangis, khawatir tidak jujur terhadap kalimat tauhid ini

ونحن.... هل تعلمنا لا إله إلا الله بقلوبنا !!!!
Dan kita sendiri... adakah kita telah menanamkan kalimat "laa ilaaha illallah" ini ke dalam hati sanubari kita?

ما ارتفع شيء إلى السماء أعظم من الإخلاص ،
Tidak ada sesuatu pun yg naik ke langit yang lebih agung berbanding keikhlasan

و لا نزل شيء إلى الأرض أعظم من التوفيق
Dan tidak ada sesuatu pun yang turun ke bumi yang lebih agung dari taufiq Allah

..و بقدرالإخلاص يكون التوفيق
Sesuai kadar keikhlasan kita taufiq Allah kita dapatkan

من روائع ما وصلني ..
Ini termasuk hal-hal menarik yang sampai kepadaku

Monday 17 November 2014

TELEKUNG LYCRA

Isu telekung lycra.. Perbaiki mana yang mampu 

Semenjak isu telekung lycra ini di post oleh PenMerah.Com, berbagai komen yang ustazah terima. Ada yang setuju ada yang mengencam dan tidak setuju. Maklumlah adat manusia, baru baca tajuk dan komen padahal tak baca habis lagi dah macam faham. Sebenarnya bukan ustazah yang edit foto model telekung lycra tu dengan membulatkan pada bahu dan dada model. Ustazah hanya terpanggil untuk menjawab soalan-soalan yang dilontarkan pada ustazah. Ini kerana ada pandangan dari saudara Fadli Yusof yang mengatakan memakai telekung lycra tidak sah solat. Jadi ustazah rasa tanggung jawab ustazah untuk memberi jawapannya. ( boleh lihat kupasan di bawah). 

Macam biasa orang kita malas membaca tapi suka komen. Namun isu telekung lycra ini sedikit sebanyak dapat buka mata kita semua tentang isu aurat yang memang ada bezanya. Sukar nak jelaskan disini melainkan keluar mengaji dan belajar dari guru-guru secara talaqqi. 


Telekung Lycra ( USTAZAH ANI)


Assalamualaikum sahabat-sahabat ustazah yang dikasihi sekalian. Sebagaimana yang kita tahu kebelakangan ini terlalu banyak post-post tentang telekung lycra, samada si pemakai sah atau batal bersolat dengan memakai telekung lycra? Ramai yang call, wattapp, we chat ustazah dan bertanya tentang hukum menggunakan telekung lycra di dalam solat.Ustazah sendiri tak perasan tentang hal ini sehingga ustazah menerima berbagai-bagai persoalan tentangnya. Jadi ustazah tergerak untuk membantu setakat yang ustazah mampu bagi mengeluarkan segala kekusutan yang dihadapi oleh ramai kaum wanita tentang telekung lycra. Ustazah mohon maaf jika ini sahaja kemampuan yang ada.
Lycra adalah sejenis kain yang agak berat dan mempunyai pelbagai jenis ketebalan dan warna. Ada yang jenis tebal dan ada yang jenis nipis. Dan kain jenis lycra agak sejuk dan sedap di pakai. Lycra bukan sahaja dijadikan telekung malah jugak dijadikan tudung, kain, blouse dan jubah. Keadaan kain yang agak berat akan menjadikan sipemakai boleh menonjolkan susuk tubuh dan bunjulan-bunjulan rahsia di tubuhnya. Untuk menjadikan ia sebagai pakaian luar yang dipakai di hadapan lelaki ajnabi ( bukan mahram) kaum wanita wajib berhati-hati kerana boleh menggundang kepada hukum haram dan berdosa kerana ciri-ciri menutup aurat yakni tidak menampakkan bentuk tubuh mungkin tidak dapat dipenuhi . Jadi hati-hati dalam memilih jenis kain untuk dijadikan tudung atau pakaian luaran. Pastikan tudung itu bukan jenis yang melekap pada tubuh dan orang boleh meneka saiz badan kita.
Berbalik pada telekung, ini yang menjadikan isu hangat sekarang ini. Pertamanya, Kita harus tahu di mana kita hendak mendirikan solat??Kalau kita solat hanya di rumah dimana hanya ada semua mahram-mahram kita, maka ianya tidaklah menjadi satu kesalahan yang mana tidak memenuhi syarat sah sembahyang.


Misalnya kita solat di rumah atau di ruang solat wanita maka tidak lah sampai membawa kepada hukum batal solat jika menggunakan telekung lycra. Ini kerana 'menutup aurat' di dalam salah satu syarat sah sembahyang membawa maksud


:1. Menutup aurat antara pusat dan lutut bagi lelaki.
2. Menutup keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan DENGAN SUATU YANG MENUTUP DAN MENEGAH DARIPADA DILIHAT WARNA KULITNYA PADA PIHAK ATAS DAN KELILINGNYA WALAUPUN DILUMUR LUMPUR SEKALIPUN.


Mengikut syarat kedua itu sudah jelas solat kita sudah sah walaupun dilumur lumpur sekalipun. Apa yang kita faham kalau lumur lumpur pastinya bentuk tubuh boleh kelihatan. Ada pulak yang kata kalau macam tu boleh lah pakai legging dan baju ketat. Masya Allah! Ini cerita bab solat ya bukan pakaian luar solat yang ketika kita keluar jumpa manusia. Jadi belajar dulu bukan terus melatah. Cuma warna kulit sahaja yang tidak kelihatan.
Ringkasnya di sini jika kita bersama ( lelaki bukan mahram). Sabar dulu ya. Ilmu ni bukan setakat baca sahaja, kena belajar dan berguru. 

Sembahyang di ruang solat wanita atau di hadapan mahram kita , tidak jadi isu atau soal tentang menampakkan bentuk tubuh. Boleh sahaja bersolat dengan pakai seluar panjang, baju kurung atau TELEKUNG LYCRA yang mana kita tahu telekung lycra tidak jarang hanya nampak bentuk sahaja. Ustazah kira sahabat semua dah faham tentang ' bentuk tubuh' atas penerangan sebelum ini kan. Sebenarnya bukan lycra sahaja malah apa-apa jenis kain pun yang jarang atau nampak kulit memang tak sah solat. Sebab isunya ialah " nampak kulit". 


.TETAPI!!!!!!!!! Awas jika solatnya di ruang terbuka atau di hadapan lelaki ajnabi ( bukan mahram) maka anda semua kena jaga ciri-ciri menutup aurat. Hati-hati dengan telekung lycra yang nipis ya..cari kain yang lebih tebal untuk dijadikan telekung atau boleh sahaja solat tanpa telekung dengan jubah dan baju kurung yang longgar.Solat seorang itu tetap sah walau pun ketat tetapi HARAM jika ada lelaki bukan mahram dikeliling kita. Itu saja yang ustazah nak terangkan. Warna apa pun boleh cuma jaga bentuk badan ketika solat di hadapan lelaki bukan mahram sebab takut jatuh HARAM. Kalau ada yang tak nak pakai lycra ke nak pakai putih ke, silakan tapi kena faham syarat-syarat sah solat yakni aurat seperti keterangan di atas ya.

 Marilah kita cuba tinggalkan sebentar telekung kita dirumah. Jadikan amalan untuk sentiasa menutup aurat di luar solat sehingga pakaian tersebut boleh bawa kepada solat kita bila-bila masa.
Terlanjur ustazah cakap pasal telekung lycra sehingga menjadi keresahan kepada kita semua, ustazah nak mengajak sahabat-sahabat tengok ke bawah iaitu kaki saudari-saudari atau para suami check kaki-kaki para isteri ADAKAH SUDAH MENUTUP AURAT sepenuhnya. Berstokin atau tidak???? Alang-alang risau tentang telekung marilah kita ubah penampilan kita, jangan isu telekung lycra sahaja nak dirisaukan.
Tudung kita semasa keluar rumah adakah sudah menutup sehingga ke bawah dada, tangan baju yang labuh, kaki berstokin. Marilah kita bertaubat dan kembali kepada Allah.Insya Allah di bawah sini ustazah copy nota dari sahabat fb ustazah Akhie Sharulzaman Mohd Zahar Tentang ciri-ciri menutup aurat mengikut pandangan Islam. Jazakallah atas perkongsian ilmuBEBERAPA KUTIPAN:
1. Telekung berwarna adalah harus digunakan kerana syarat mendirikan solat adalah menutup aurat tidak nipis sehingga menampakkan kulit (aurat)
2. Hukum wanita yang bersolat tanpa memakai telekung adalah sah, tetapi dengan syarat pakaian itu hendaklah menutupi aurat dan bersih daripada najis. Jadi apa sahaja pakaian dan apa sahaja warnanya, baik baju kurung, seluar, jubah atau apa sahaja, yang penting menutup aurat dan bersih daripada najis. "
3. Jika nampak warna kulit dari luar telekung/pakaian wanita, tidak sah solatnya. wajib diulang semula solat yg telah dilakukan. tapi jika nampak bayang sahaja, makruh hukumnya, tapi solatnya sah.
4. Kalau telekung jarang, adalah perlu untuk DI cover sepenuhnya dulu sebelum menyarung telekung. tak kiralah dengan memakai inner, berlengan panjang atau apa juga, asalkan dapat menutup aurat.
4. Marilah sama2 kita perbaiki. sebelum solat check dulu aurat. bimbang nanti yang dapat hanyalah penat. biar susah didunia jangan susah diakhirat.
5. "Andainya seorang wanita memakai baju kurung atau pakaian yang menepati syarat aurat, walaupun ia berwarna-warni, solatnya tetap sah. Menurut Jumhur Ulama, diwajibkan wanita dalam solat adalah memakai baju dan tudung kepala. Maka Ibnu Munzir berpendapat: “Jika kain dipakai cukup luas lalu ia menutupi kepalanya dengan kelebihan kain itu, maka ia dibolehkan.”
6. Aurat wanita ketika solat sama seperti aurat wanita di luar solat. Seperti batasan aurat wanita yang diguna pakai masyarakat di Malaysia dengan merujuk kepada pandangan Mazhab Syafie iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Berasaskan pandangan ini, tidak semestinya telekung saja boleh dijadikan pakaian solat. Baju kurung, jubah dan blaus juga boleh dijadikan pakaian solat walaupun ia bukan berwarna putih.
"BACAAN BUAT MENAMBAH ILMU....WALLAHU A'LAM..

Monday 22 September 2014

Kuliah Ustaz Zulkarnain

Hasil perkongsian dari Haji Farhan

Kuliah Dhuha Ustaz Zulkarnain Ibrahim Di Masjid Daerah Selama Perak..21/9/2014 Ahad..Kitab Al Qaulut Taam Fi Ahkam Al Makmum Wal Imam..

Isi2 kuliah:
Pagi ini kita berpeluang lagi untuk mencari hidayah Allah,dengan hidayah itulah kita dapat meneruskan hidup dengan betul..Kita tidak boleh ikut kehendak manusia,mestilah kita ikut kehendak Allah SWT..Kita manusia tidak boleh memikirkan cara hidup yang Allah redho,dengan akal sendiri,melainkan kita duduk dalam majlis ilmu..Ilmulah sumber segala2nya dalam Islam..

Wajib ialah diberi pahala jika lakukan,berdosa jika tidak lakukan..

Wajib makmum mendahului imam
Apabila imam duduk tidak kena pada tempatnya..Jika tidak dahului dalam keadaan ia tahu maka hukumnya haram dan batal solat jika ikut imam..Hendak menegur imam dengan Subhanallah mesti niat berzikir untuk beritahu imam(makmum lelaki)..Makmum perempuan bukan mahram maka tepuk tangan kanan atas tangan kiri..Hukum tasbih Subhanallah sunat 3x..

Jika jemaah semua perempuan dan imam juga perempuan maka sama seperti kaedah orang lelaki yang disunatkan,cuma sofnya sahaja berbeza yakni jarak antara imam dan makmum perempuan,jarak dalam satu sof..

Orang yang belakang imam wajib tegur..Hendak tasbih(tegur) mesti yang tegur berada di tempat yang betul..

As Syahid As Syed Qutub berkata
"Orang yang tidak ada sesuatu tidak akan dapat memberi sesuatu kepada orang lain"
Maksudnya
Orang yang tidak harta tidak boleh bagi harta,begitu juga orang yang tiada ilmu tidak akan dapat beri ilmu pada orang lain

Kisah Nabi Saw dalam melakukan ibadah haji,Nabi Saw menyuruh sahabat2 lain tahalul,sahabat2 lain tidak menghiraukan kerana Nabi Saw belum lakukan tahalul lagi,apabila Nabi Saw lakukan tahalul barulah sahabat2 lain turut tahalul..

Benda yang kita hendak seru mesti kita amalkan dulu..Kepimpinan melalui tauladan..Jika tidak Allah murka,berdasarkan dalil Quran surah ke61 As Soff ayat 2-3

"Wahai orang2 yang beriman,mengapa kamu mengatakan apa2 yang kamu tidak perbuat?..Amat besar kebencian disisi Allah bahawa kamu mengatakan apa2 yang kamu tidak kerjakan"..

Dalam solat ada 3 anggota
1.Anggota yang berat digerakkan bukan pada tempatnya walau sekali maka batal..Contoh gerakkan kepala turun naik..
2.Anggota sederhana,batal jika digerakkan 3x kali berturut2 hukumnya haram dan batal,jika lebih 3x dan tidak berturut2 tidak masalah( dengan syarat gerak yang diharuskan) contoh garu ditempat yang gatal..
3.Anggota yang ringan,gerak lebih satu jari tidak mengapa sekiranya perlu,jika tidak ada sebab maka batal(contoh dibolehkan garu tempat gatal hanya satu jari sahaja)

Satu jalan khusyuk ialah terjemah dan fahamkan apa yang dibaca

Sebab tiada iktidal
1.Gerak yang lebih(contoh tangan berhayun ketika bangun dari rukuk)
2.Tidak ada tokmaninah(yakni tidak berhenti berdiri betul seketika,sebelum turun sujud)

Kaedah angkat tangan(takbir)ketika sebelum rukuk dan bangun dari sujud
Gerak turun ke rukuk angkat tangan dulu ketika berdiri betul,gerak naik dari rukuk sehingga badan betul2 lurus baru angkat tangan..

Disunatkan untuk dipanjangkan takbir itu mula daripada pergerakan hingga akhirnya  kerana ikut Sunnah Nabi dan akan dapat pahala zikir..

Bacaan solat mesti 100% bacaan solat tidak boleh campur dengan bacaan lain

Islam menganggap suara lebih menarik dan perlu jaga auratnya lebih dari rupa..

Ada satu kisah suatu ketika dulu,semasa majlis Musabaqoh Al Quran di Malaysia,disiarkan melalui radio2 di sekitar Asia Tenggara..Seorang orang kaya dari Jawa Indonesia telah datang ke Malaysia untuk mencari Qariah Pulau Pinang Hajjah Rodziah Abdur Rahman untuk memberi hadiah wang,kerana tertarik dengan suaranya,sedangkan wajah tidak tengok dan tidak kenal..Sebab itu suara perlu dijaga oleh wanita jangan terlampau mencantikkan suara ketika berbual,kerana orang akan tertarik,walaupun muka tidak nampak..

Syirik paling besar kata Syeikh Yusuf Qordawi ialah orang yang redho dengan pimpinan yang tidak ikut Islam

Islam ada 5
1.Akidah
2.Ibadah
3.Syariat
4.Akhlak
5.Jihad

Solat itu tiang agama,tiang itu adalah tonggak hidup..

Takbirratul Ihram
Bertakbir selepas imam kata bar,,barulah makmum bertakbir..

Tidak boleh 3 perkara
1.Tidak boleh dahului atau sama takbir dengan imam hukum haram dan batal
2.Mendahului imam pada pergerakan sekali haram,dua kali haram dan batal
3.Serentak dengan imam(makmum bergerak semasa imam bergerak)
4.Ketinggalan terlalu jauh dengan imam
Ia bertakbir semasa imam masih bertakbir haram dan batal,jika takbir lain hilang pahala jemaah..

Imam seru masuk sof,makmum kena respon segerakan masuk sof..

Sifat sof tiga
1.Lurus
2.Rapat
3.Penuh semoga kita dapat rahmat Allah jemaah ini

Sof penghubung 3hala hubungan
1.Penghubung imam dengan makmum
2.Menghubungkan makmum dengan imam
3.Hubungan makmum dengan makmum

Konsep sof satu untuk semua,semua untuk satu(kaedah perang)

Satu peristiwa sekumpulan tentera Islam menyeberangi sungai untuk berperang satu sahabat ada barang yang dibawa jatuh ke bawah ketika berenang,maka ia pun menyelam,apabila ia menyelam semua sahabat yang lain turut menyelam juga..Musuh nampak akan perbuatan itu,setelah sampai ke seberang sungai,musuh bertanya kepada sahabat yang menyelam itu,tadi aku nampak bila kamu menyelam yang lain turut ikut kenapa? Jawab sahabat,itulah yang diajar kepada kami dalam Islam kaedah sof dalam solat "Satu untuk semua,semua untuk satu"..Selepas itu musuh itu menceritakan hal itu kepada ketuanya,dan ketuanya berkata janganlah ganggu tentera islam(Allah campakkan rasa gerun itu kepada tentera musuh)

Satu rukun solat ketinggalan makhruh hilang pahala jemaah,jika lebih dari 2 rukun solat tanpa sebarang uzur maka haram dan batal..

Makmum baca doa iftitah dengan bacaan sederhana jangan lambat,kerana hendak dengar bacaan imam itu yang diutamakan,kerana itu matlamat baca kuat dalam solat..Imam pula sunat tunggu beberapa saat setelah habis doa iftitah(agak2 makmum dah habis baca juga doa iftitah) barulah imam mula baca Fatihah,begitu juga selepas imam selesai baca Fatihah"sunat bagi imam(ulangi Fatihah dalam hati) untuk sukat bacaan makmum yang sedang baca Fatihah sehingga selesai,barulah imam membaca surah,kecuali semua makmum pekak(bolehlah imam terus baca surah selepas baca Fatihah) kerana mendengar bacaan Quran itu disuruh,berdasarkan dalil Quran surah ke7 Al A'raf ayat 204

"Dan apabila dibacakan Al Quran ,maka dengarkanlah baik2(diam) dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat"

Mazhab Hanafi mendengar bacaan Quran itu wajib,bagi Mazhab Syafie sunat didalam kaedah kata suruh..

Sunat Imam tunggu makmum berdiri betul semuanya ketika bangun dari sujud/tahiyat awal dalam beberapa saat,barulah  baca Fatihah kerana untuk mendengarkan makmum akan bacaan ayat Quran itu..

Sunat tegur imam jika salah dalam bacaan lebih dahulu,kemudian sambung bacaan Fatihah kita..

Hakikat manusia terima yang baik walaupun ia jahat..Hendak tegur orang gunakan cara terbaik..Menyampaikan yang benar tetap wajib,cuma caranya mesti berhemah..

Friday 11 July 2014

KEK GULA HANGUS NOXXA USTAZAH ANI

Assalamualaikum sahabat-sahabat blog yang dikasihi semuga Allah sentiasa memelihara kita semua dari segala keburukkan dunia dan akhirat. Insya Allah aamiin.

Hari ini ustazah hendak kongsikan resepi Kek Gula Hangus dengan menggunakan pc Noxxa. Resepi ini ustazah dapatkan dr Zai Sofea dan ustazah copy paste dari Farah Aina yang telah mencuba terlebih dahulu dari ustazah. Mudah dan cepat. Biasanya kalau bakar dengan oven akan mengambil masa selama 60 minig tetapi dengan pc Noxxa, masa boleh disingkatkan kepada hanya 30 minit menggunakan mode STEAM.

Resepi bahan 1 : 1cawan gula, 1 cawan air panas, 1 sudu makan planta.

Cairkan gula atas api, kemudian masukkan air pan as sedikit demi sedikit, kemudian tutup api, masukkan planta kacau hingga sebati.

Bahan 2 : 4 bj telur, 1 cawan susu pekat, 1 cawan tepung gandum, 2 sudu soda bikabonat, 1 sudu esen vanilla,

Cara : pukul telur sehingga kembang, kemudian masukkan susu pekat Dan esen vanilla, kemudian masukkan tepung gandum Dan soda bikarbonat yang telah diayak ( putar perlahan), kemudian masukkan bahan 1 (yg tlh disejukkan).

Biarkan selama 2-3jam

Last skali baru boh DLM periuk noxxa dalam mode steam selama 30 minit.

**bunyi beep beep akan berbunyi semasa proses steam, abaikan kerana proses steam berlaku:-)

selamat mencuba ya..