Text bergerak

Untuk Pelawat Baru, Sila ke Facebook Ustazah Ani untuk membincang sekiranya tiada maklumbalas di ruangan Blog ini Terima Kasih.

Saturday 3 November 2012

Apa Khabar Iman Anda?


BY Ustazah Ani
Assalamualaikum sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah. 
Amin


Aqidah yang benar dan sah adalah menjadi syarat pertama kepada pengakuan seseorang yang telah menerima Islam sebagai agama yang mengatur hidupnya. Aqidah mestilah sejajar dengan apa yang diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada Rasulullah s.a.w iaitu al-Quran dan As-Sunnah. Seseorang mestilah beriman dan meyakini perkara yang telah diimani dan dipercayai oleh para salafussoleh dan para imam yang telah terbukti  kebajikkan, kebaikkan, ketaqwaan dan kefahaman mereka yang tepat dan benar terhadap Islam.

Semasa sessi kelas fardu ain (AQIDAH) ustazah bersama para pelajar ustazah yang ustazah boleh cedok pengalaman dengan mereka dalam bab-bab khurafat dan syirik, ustazah berhajat pula hendak kongsikan dengan sahabat-sahabat ustazah disini.

Antara kepercayaan-kepercayaan yang karut-karut yang mana ianya langsung tidak ada kena mengena dengan AQIDAH ISLAMIYAH yang diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. ialah:
  • Menanam uri bayi bersama dengan alatan tulis. Malah lebih dahsyat lagi ada yang tanam bersama computer (ini benar-benar berlaku satu negeri di tanah air). Tujuannya ialah untuk menjadikan anak itu cerdik computer.
  • Mendengar suara cicak. Bermaksud ada anak muda yang akan meninggal.
  • Tanam Uri Bayi selepasnya diletakkan lilin untuk menerang masa depan
  • Bulu mata jatuh. Ada orang yang rindu.
  • Anak dara menyanyi di dapur. dapat suami tua?????
  • Menuang air atas pinggan selepas makan. Untuk memurahkan rezeki.
  • Isi beras semula separuh dalam tin beras selepas mencedok beras. Agar nanti rezeki tidak putus.
  • Keluar pergi mengerjakan haji tidak boleh berpatah balik. Takut nanti tidak balik semula ke tanah air.
  • Bunyi burung waktu malam. Ada orang yang hendak meninggal
  • Mata berkenyit-kenyit. Tanda ada orang hendak datang jumpa.
  • Jatuh bulu mata. Ada orang rindu.
  • Bayi dipakaikan dengan benang hitam di tangan, perut dan kaki. Untuk elakkan dari syaitan.
  • Letak paku bawah bantal. Ibu-ibu baru bersalin
  • Lenggang perut.
Insya Allah baik...
Masya Allah ini hanya sebahagian sahaja yang mampu ustazah bincangkan di sini. Sungguh rapuh iman dan sungguh nipis ilmu masyarakat islam kita. Bagaimana bisa rezeki, ajal, nasib baik dan buruk serta ketentuan boleh kita letakkan hanya kepada kepercayaan-kepercayaan karut ini????
Sedar atau tidak dosa yang paling besar adalah menyekutukan Allah s.w.t. dengan sesuatu. Allah s.w.t. berfirman :

Sesunggunya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik, dan Dia akan mengampuni segala dosa selain syirik itu dan bagi siapa yang dikehendakiNya”.
(An-Nisa’:48)

Awal-awal agama ialah mengenal Allah. Maka kenallah Allah di sudut nama-namaNya, sifat-sifatNya dan perbuatan-perbuatan Allah dengan sebenar-benarnya untuk mengelakkan dari terjerumus dalam kesyirikkan dan kekufuran. Na'uzubillah. Janganlah malas belajar, carilah guru-guru disekitar anda perdalamkan ilmu agama (fardu ain). Kerana ini akan mengesahkan ibadah yang kita lakukan malah yang lebih utama ialah mengesahkan AQIDAH kita.

Sebenarnya penjelasan bab syirik ini terlalu banyak. Ustazah hanya membincangkan sedikit sahaja untuk kali ini. Insya Allah sekiranya diberikan kesempatan oleh Allah dapatlah kita sama-sama kupas bab aqidah dan menjauhkan syirik kepada Allah. Sebelum hendak kita meneruskan ilmu tauhid, adalah terlebih baik kita faham betul-betul bab syirik dan bahaya syirik sedalam-dalam yang mampu. Dalam pada kita ghairah hendak mengerjakan amal ibadah janganlah kita abaikan aqidah kita, takut-takut terjebak dalam dosa yang besar malah paling besar ini. Ini kerana syirik boleh berlaku kepada orang yang kuat ibadahnya, puasanya, mengerjakan haji dan lain-lain. Ia masih tidak terlepas dari melakukan syirik dan berdusta dalam ucapan “Lailaha Ilallah Muhammadarrusulullah”.

Firman Allah Taala yg bermaksud " Maka ketahui lah olehmu, bahawasanya tiada Tuhan yang wajar disembah melainkan Allah dan pohonkanlah keampunan kepada dosamu dan dosa orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, dan Allah tahu tempat kamu bergerak dan tempat kamu menetap" ( Surah Muhammad:19)

Hadis: Barang siapa yang berkata La ilaha Ilallah Muhammadur Rasulullah 100x, ia datang pd hari qiamat dan mukanya seperti bulan purnama.
" Barangsiapa berkata Lailaha Illallah dan dia dimatikan , nescaya dihapuskan baginya 4000 dosa daripada dosa besar. Kata sahabat " Ya Rasulullah jika tiada dosa besar?, maka sabda Rasulullah saw " Diampunkan bagi ahlinya dan juga jirannya"   (Riwayat Bukhari)

Hebat sungguh kalimah  " LAILAHA ILALLAH"..
seringlah kita menyebutnya dan memohon agar mati kita nanti diakhiri dengan kalimah ini
AMINA

2 comments:

  1. ASSLAMUALAIKUM,SALAM RINDU,SALAM SAYANG,SALAM SEJAHTERA.SEBELUM SAYA MELIHAT BLOG ANDA SAYA MEMPUNYAI JALAN HIDUP YANG HITAM TAPI APABILA KAWAN SAYA MENYURUH SAYA MEMBACA BLOG ANDA SAYA BERASA TENANG DAN APABILA SAYA TIDUR SAYA BERMIMPI BULAN JATUH KE RIBA SEMENJAK ITU SAYA DIBERI HIDAYAH OLEH ALLAH SAW...SAYA MAHU MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KERANA ANDA MENUNJUKKAN JALAN YANG BENARR.<3

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam adik, ustzh sgt gembira dan berterima kasih atas kesudian adik membc blog ustzh. ustzh doakan semuga adik sentiasa d rahmati Allah Taala ...jgn lupa teruskan ikuti blog ustzh dan blh bertanya soalan pd ustzh jk ada yg adk x fhm ya,,tq so much and alhamdulillah

    ReplyDelete