Text bergerak

Untuk Pelawat Baru, Sila ke Facebook Ustazah Ani untuk membincang sekiranya tiada maklumbalas di ruangan Blog ini Terima Kasih.

Monday 29 October 2012

Hukum Lelaki Pakai gelang Dan Cincin

by Ustazah Ani
Ustazah Ani - klik link url untuk ke facebook   
https://www.facebook.com/hainas.ani
Gambar Hiasan

1. Apakah hukumnye lelaki memakai cincin suasa dan platinum. 
Jawapan:
Berdasarkan keputusan mesyuarat Panel Kajian Syariah tahun 2000 hukum memakai suasa bagi lelaki adalah haram manakala Keputusan Muzakarah Fatwa kali ke 52 pada 1 julai 2002 menyatakan bahawa haram memakai platinum ke atas golongan lelaki. “

2. Apakah hukum seseorang lelaki memakai cincin yang diperbuat daripada emas putih?? 
Jawapan:
Lelaki Islam diharamkan memakai cincin yang diperbuat daripada emas putih. Ini adalah berdasarkan kepada Keputusan Muzakarah Fatwa kali ke 52 pada 1 julai 2002″

3. Apakah hukum bagi lelaki memakai gelang? 
Jawapan:
Hukum lelaki memakai gelang yang boleh menyerupai perhiasan wanita adalah haram.
Kaum lelaki haram memakai gelang sekalipun bukan diperbuat daripada emas, sama ada ianya diperbuat daripada perak, besi, tembaga, kayu atau sebagainya. Ini kerana gelang itu adalah perhiasan yang khusus bagi kaum perempuan, seperti juga rantai atau subang.

Oleh yang demikian lelaki yang memakai gelang itu adalah perbuatan menyerupai perempuan. Hukum lelaki menyerupai perempuan adalah haram dan berdosa besar. Ini kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam melaknat lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki sebagaimana hadits daripada Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘anhuma, katanya: Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki.” (Hadis riwayat al-Bukhari)



4. Adakah haram bagi seorang lelaki memakai jam tangan yang bersadur emas(gold plated)? 
Jawapan:
Hukum seorang lelaki memakai jam tangan atau sesuatu yang bersadur emas adalah haram. Ini adalah berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW bermaksud: “Janganlah kamu pakai sutera halus dan juga sutera kasar, serta jangan kamu makan / minum dengan menggunakan bekas emas dan perak, kerana sesungguhnya barang-barang itu untuk mereka (orang kafir) di dunia dan untuk kamu (kelak) di akhirat”. (Riwayat Bukhari dan Muslim) “

Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa Rasullullah Shallallahu àlaihi wasallam melaknat lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki. Laknat bermaksud jauh dari rahmat, taufiq dan hidayat Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Berdasarkan hadits tersebut, Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah berkata: “Sesungguhnya haram (orang lelaki) menyerupai mereka (orang perempuan antaranya ialah) dengan memakai perhiasan yang khusus bagi mereka lagi yang lazim menjadi hak mereka seperti memakai gelang tangan, gelang kaki dan seumpama keduanya.”

No comments:

Post a Comment