Text bergerak

Untuk Pelawat Baru, Sila ke Facebook Ustazah Ani untuk membincang sekiranya tiada maklumbalas di ruangan Blog ini Terima Kasih.

Wednesday 31 October 2012

SUNAT AB'AD DAN SUJUD SAHWI

by Ustazah Ani
Ustazah Ani - klik link url untuk ke facebook   
https://www.facebook.com/hainas.ani
Kelas Fardu Ain Di Surau Sungai Dua (Nadhatul Ummah)
Bersama jemaah surau- Setiap petang Rabu

Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Gambar 4
Gambar 5
Sungguh Ceria Wajah Murid-murid Ustazah
Sunat Ab'adh
Sunat Ab'adh merupakan perkara sunat ketika solat yang terdiri daripada 7 perkara:
  1. Membaca tahiyat awal.
  2. Selawat kepada nabi dalam tahiyat awal
  3. Duduk tahiyat awal
  4. Doa qunut waktu subuh dan pada Solat Sunat Witir.
  5. Selawat di dalam qunut
  6. Berdiri semasa qunut
  7. Membaca selawat ke atas keluarga Nabi pada Tahiyat akhir.
Mereka yang tertinggal sunat Ab'adh, maka disunatkan ia sujud sahwi, tidak seperti mereka yang tertingalkan sunat Hai'ah. Meninggalkan sunat ab'ad akan mencacatkan solat kita kerana kedudukkan sunat ab'ad adalah separuh dari rukun. Maka jika tertinggal perlulah kita melakukan sujud sahwi.
Selepas kita menyedari kita tertinggal sunat Ab'ad (check senarai sunat Ab'ad yang ada dalam nota di atas), was-was pada rukun (setelah kita menambah rukun dalam solat yang kita ragu-ragu), melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya didalam solat , umpamanya membaca fatihah didalam rukun tahiyyat / membaca tahiyyat didalam rukun qiam dan seumpamanya, maka kita disunatkan melakukan sujud sahwi bagi menampung segala kekurangan yang telah kita lakukan didalam solat tersebut. Ini kerana Allah s.w.t. hanya menerima ibadat/ solat yang sempurna sahaja. Namun Allah swt itu Maha Pengasih maka sujud sahwi adalah pengganti / penampung segala koyak dan kekurangan pada rukun-rukun yang dilakukan.
 Cara melakukannya ialah:
1. Selepas menyedari kesilapan di dalam solat maka selepas membaca tahiyyat akhir (sebelum memberi salam), kembali duduk iftirasy (duduk tahiyyat awal/ duduk antara dua sujud). Punggung di atas tapak kaki kiri dan tapak kaki kanan ditegakkan.
 2. Takbir 'Allahu akbar' sambil turun sujud.
 3. Membaca tasbih sujud " Subhana Man la Yanamu Wala Yas hu" 1/3x.
 4. Duduk antara 2 sujud.
 5. Sujud semula (sujud sahwi dilakukan 2x).
 6. Kembali duduk tawaruk (duduk tahiyyat akhir).
 7. Memberi salam ( tanpa membaca tahiyyat akhir).
 # jika terlupa utk sujud sahwi dan tersedar selepas memberi salam, dan tidak berlaku perceraian yang panjang (iaitu sebaik sahaja memberi salam). Maka boleh terus sujud dengan cara seperti di atas.

Semoga dapat dimanfaatkan oleh kita semua , Wallahualam....

No comments:

Post a Comment