Text bergerak

Untuk Pelawat Baru, Sila ke Facebook Ustazah Ani untuk membincang sekiranya tiada maklumbalas di ruangan Blog ini Terima Kasih.

Sunday 28 October 2012

KELEBIHAN BERWUDUK



by Ustazah Ani

Ustazah Ani - klik link url untuk ke facebook   
https://www.facebook.com/hainas.ani



Dari Abu Hurairah ra, bahawa Rasulullah saw bersabda:

Yang bermaksud "Sukakah engkau semua kalau saya tunjukkan akan sesuatu amalan yang dapat melebur semua kesalahan dan dengannya dapat pula menaikkan beberapa derajat?'

Para sahabat menjawab, "Baiklah, Ya, Rasulullah,"

Beliau s.a.w. lalu bersbda:

Yang bermaksud "Yaitu menyempurnakan wudhuk sekalipun menemui beberapa hal yang tidak disenangi - seperti terlampau sejuk dan sebagainya, banyaknya melangkah kaki untuk ke masjid dan menantikan solat sesudah melakukan solat. Itulah yang disebut ribath. - perjuangan menahan nafsu untuk memperbanyakkan ketaatan pada Tuhan"

- (Riwayat Muslim)

Dari Umar bin al-Khattab ra dari nabi saw, sabdanya:

" Tiada seorangpun dari engkau semua yang berwudhuk lalu ia menyampaikan yakni menyempurnakan wudhuknya, lalu ia mengucapkan: 

'Asyhadu alla ilahailaha illaha illallah wahdahu la syarika lah, wasyhadu anna Muhammaddan 'abduhu wa rasuluh' , melainkan dibukakan untuknya pintu syurga yang delapan buah banyaknya. Ia diperbolehkan masuk dari pintu manapun juga yang dikehendaki olehnya"

- (Riwayat Muslim)

Pengajarannya:


1.Sempurnakan wudhuk apabila mengerjakan solat dengan sebaik-baiknya, sebagaimana yang disyaratkan membasuh anggota seperti muka, kedua tangan, kepala, kedua kaki.
Jik b erjubub hendaklah bemandi junub, jika ketiadaan air hendaklah bertayammum.

2. Di akhirat sesorang itu akan dipanggil dalam keadaan bercahaya wajah dan amat putih bersih tubuhnya dari sebab bekas-bekasnya berwudhuk. Ini merupakan perhiasan yakni sampai di mana air itu menyentuh tubuhnya, Oleh itu sempurnakan wudhuk sebaik-baiknya.

3. Berwudhuk dapat mengampunkan dosa-dosa yang telah lalu dan menyempurnakan pahala solat yang dilakukn berikutnya yang menjadikan solatnya diterima Allah dan ganjaran yang besar seperti menyamai pahala haji dan umrah.
Subhanallah..berwuduk lah dengan sempurna..agar kita perolehi pahala di sisi Allah. Ramai antara kita yang berwuduk dalam keadaan leka iaitu tidak mengenai air paad seluruh anggota wuduk. lebihkan basuhan agar beroleh cahaya di akhirat nnti..InsyaAllah.
Ada satu hukum bila kita rasa was2 samada wuduk kita batal atau pun tidak , maka ketika itu kita kekal pada hukum asal iaitu 'masih berwuduk' kecuali kita benar2 yakin wuduk kita sdh batal.Was2 ertinya..kita tidak pasti..dan agak2 sahaj..dan ketika itu hukumnya berbalik pada 'ada wuduk'..InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment