Text bergerak

Untuk Pelawat Baru, Sila ke Facebook Ustazah Ani untuk membincang sekiranya tiada maklumbalas di ruangan Blog ini Terima Kasih.

Saturday 20 October 2012

Kuliah Bulanan - Kitab Feqah Bertempat di PERDA

Kuliah Bulanan - Kitab Feqah
Bertempat di PERDA
Tajuk - Fiqh Man Haj - ( Jilid 1)

    Pengalaman Ustazah yang tidak boleh dilupakan dengan staf-staf PERDA. Ustazah pernah menolak untuk mengajar disini. Akan tetapi semangat yang tinggi oleh staf-staf PERDA untuk mendapatkan ilmu agama yang mulia lagi suci, Ustazah pun akur disebabkan staf-staf PERDA memberikan semangat untuk menempuh jarak yang mana kediaman ustazah dengan pejabat PERDA dipisahkan oleh lautan, tetapi bukan halangan sebab ciptaan Allah S.W.T juga mendoakan kepada para pejuang agama Insyallah. 
    Dan Ustazah sangat berbesar hati untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pn. Yohana Puteh dan rakan-rakan yang tidak berputus asa untuk menyahut ilmu agama dan Ustazah mendoakan semoga menjadi dalam golongan wanita soleh....Amin,

    Gambar ini adalah untuk dijadikan kenangan ketika Ustazah menyampaikan kuliah bulanan bertajuk Dalil Sunnah..(kitab Feqah)

Salah seorang mengajukan soalan kepada Ustazah Ani

Tempat di mana Ustazah mengajar sebahagian daripada Staf-staf PERDA

Sentiasa memberi tumpuan adalah suatu adab dan tatasusila para Staf PERDA..Terima Kasih

       Ini sahaja untuk bulan ini, sila ikuti blog ini untuk mendapat isi-isi ceramah pada masa hadapan.
harap ini dapat memberi semangat kepada seluruh umat islam untuk menyintai Agama Islam dan IlmuNya...



No comments:

Post a Comment