Text bergerak

Untuk Pelawat Baru, Sila ke Facebook Ustazah Ani untuk membincang sekiranya tiada maklumbalas di ruangan Blog ini Terima Kasih.

Friday 19 October 2012

TERPEDAYA DENGAN HADIS-HADIS PALSU BERKENAAN BULAN REJAB

Ustazah Ani - klik link url untuk ke facebook   
https://www.facebook.com/hainas.ani
TERPEDAYA DENGAN HADIS-HADIS PALSU BERKENAAN BULAN REJAB

by Ustazah Ani on Tuesday, May 22, 2012 at 12:53am ·

Bulan Rejab termasuk empat bulan hurum (bulan mulia/diharamkan berperang padanya), dan berpuasa di dalam bulan-bulan hurum ini adalah maqbul (diterima) dan mustahab (dibolehkan). Tidak ada riwayat yang berasal daripada Rasulullah SAW yang menyebutkan bahawa beliau berpuasa sebulan penuh, selain dalam bulan Ramadhan.
Dalam bulan-bulan hurum itu Rasulullah SAW paling kerap/sering berpuasa di dalam bulan Sya’ban, tetapi tidak sebulan penuh. Itulah sunnah Nabi SAW. Dalam masa empat bulan itu beliau ada kalanya berpuasa dan ada kalanya tidak, sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud:
“Beliau berpuasa hingga kami katakan (sangka) bahawa beliau tidak berbuka-buka. Dan beliau berbuka sehingga kami katakan (sangka) beliau tidak berpuasa-puasa.”

Kini, ada orang yang dalam bulan Rejab berpuasa sebulan penuh, seperti yang kita lihat dahulu di beberapa tempat. Al-Syeikh Dr. Yusoff al-Qardhawi pernah menyaksikan sendiri ada sejumlah orang yang berpuasa terus-menerus selama bulan-bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadhan. Bahkan ditambah lagi dengan berpuasa enam hari pada permulaan bulan Syawal iaitu hari-hari yang mereka namai “Hari-hari Putih” (Ayyamul-Bidh). Setelah itu barulah mereka berhenti puasa. Mereka berhari raya pada tanggal 8 Syawwal, sebab pada tanggal 1 Syawal mereka tidak berpuasa.

Tegasnya ialah mereka berpuasa terus-menerus selama tiga bulan dan enam hari. Hanya satu hari saja (1 Syawal) mereka tidak berpuasa. Berpuasa secara demikian itu tidak berasal daripada Nabi SAW, tidak berasal daripada para sahabat Nabi dan tidak pula berasal daripada kaum salaf yang soleh.

Yang terbaik ialah berpuasa beberapa hari dan tidak berpuasa beberapa hari, tidak berturut-turut tanpa putus-putusnya. Sebagaiman telah diterangkan oleh sheikh (Al-Syeikh Dr. Yusoff al-Qardhawi) sebutkan pada bab terdahulu: Mengikut Jejak Salaf Adalah Kebaikan, dan Merekacpta Ibadah Adalah Keburukan. Oleh kerana itu sesiapa yang mengikuti jejak yang benar dan menginginkan pahala yang sempurna hendaklah dia mengikuti jejak Rasulullah SAW. Beliau tidak berpuasa sebulan penuh dalam bulan Rejab dan tidak pula dalam bulan Sya’ban.

Banyak hadis-hadis palsu wujud berkenaan kelebihan berpuasa pd bulan Rejab. Tidak ada satu hadis sahih yang mengatakan " barangsiapa berpuasa 3 hr dr bulan Rejab nescaya Allah menuliskan baginya puasa sebulan. Barangsiapa berpuasa 7hr dr bulan Rejab nescaya Allah menutupkan drnya 7 pintu neraka.Barangsiapa berpuasa 8hr dr bulan Rejab nescaya Allah membukakan 8 pintu syurga. Barangsiapa berpuasa pada Nisfu Rejab nescaya Allah menuliskan bgnya keredhaan Nya, dn barangsiapa yang dituliskan Allah akan keredhaanNya ia tidak akan mengazabkannya, barang siapa puasa Rejab sepanjang bulan Allah akan menghisabnya dgn hisab yg mudah"....Hadis ini adalah Hadis Mauduk...

Ringkasnya, perbanyakkan ibadah dr biasa, membaca al Quran, puasa Isnin khamis, berzikir, bersedekah, dan melakukan ibadah seperti biasa cuma pertingkatkan lagi utk persediaan memasuki Ramadhan tanpa berpegang pd bulan2 tertentu. HATI-HATI DENGAN HADIS2 PALSU...Wallahualam.

No comments:

Post a Comment