Text bergerak

Untuk Pelawat Baru, Sila ke Facebook Ustazah Ani untuk membincang sekiranya tiada maklumbalas di ruangan Blog ini Terima Kasih.

Saturday 20 October 2012

KEM PEMANTAPAN SOLAT

Ustazah Ani - klik link url untuk ke facebook   
https://www.facebook.com/hainas.ani
KEM PEMANTAPAN SOLAT
(SEK.MEN.TEKNIK TARP, PULAU PINANG)

BY : USTAZAH ANI

Program Ke-8 
RABU 17/10/2012 - 1 ZULHIJJAH 1433 
 
Assalamualaikum, kem solat ini sebenarnya diprogramkan untuk pelajar pelajar ting. 4 & 5, akan tetapi memandangkan bilangan pelajar yang ramai, akan menghilangkan fokus kepada topik perbincangan. Oleh itu, keputusan yang diambil oleh ketua panitia, ianya khas untuk ting.5 sahaja.

Gambar yang ditunjukan di bawah adalah perjalanan kem solat tersebut yang mengambil masa 3 jam.


Ketika memberi taklimat Kem Solat ( WUDHU' )

Pelajar-pelajar dari SMT. TARP, PULAU PINANG yang ceria dan bersemangat.
Ketua Panitia SMT, TARP, Ustazah Syukriah dan MC Majlis (jurugambar)
Seluruh pelajar Ting.5 khusyuk mendengar ceramah dari Ustazah Ani
Pratikal Ruku' yang dilakonkan oleh salah seorang pelajar dengan pendekatan yang lebih jelas
Praktikal Membetulkan kaki ketika solat berjemaah bagi lelaki ( budak-budak nie suka main2 dengan Ustazah )


Sekian, letihnya tidak terkira sehingga tamat kem ustazah balik terus tertidur. Penat bukan sebab pergerakan, tetapi suara lantang yang dilontarkan ketika ceramah menyebabkan keletihan yang teramat sangat ( pelajar sekolah menengah laaa katakan.... ).Walau bagaimanapun kepuasan tetap dirasai dan di doakan agar pelajar-pelajar ini dapat mengaplikasikan ilmu solat ini sehingga keakhir hayat mereka.

Assalamualaikum.

Salam Ustazah Ani

1 comment:

  1. jika saudara/saudari mempunyai komen atau penambahbaikan untuk memantapkan Kem sebegini silalah berikan komen untuk menambah baikan atau mengubah sesuatu supaya anak-anak umat islam dapat ilmu yang berguna untuk menegakkan agama Islam. Terima Kasih

    ReplyDelete