Text bergerak

Untuk Pelawat Baru, Sila ke Facebook Ustazah Ani untuk membincang sekiranya tiada maklumbalas di ruangan Blog ini Terima Kasih.

Friday 19 October 2012

Pemanis Rasa/penenang Jiwa

Ustazah Ani - klik link url untuk ke facebook   
https://www.facebook.com/hainas.ani

Pemanis Rasa/penenang Jiwa

by Ustazah Ani on Saturday, January 14, 2012 at 6:42am ·
Assalamualaikum salam pagi Sabtu yang penuh ceria dan berbahagia ini, dah lama rasanya ustazah tdk postkan apa2 tazkirah utk perkongsian bersama. Marilah kita renungkan sedikit pemanis rasa, penyeri hari dan pelengkap hidup dengan sedikit ilmu Tauhid/aqidah.

Kebahagian bkn lah dtgnya dr duit yang banyak, anak yang ramai, harta yang banyak, pangkat yang besar, kereta mewah, isteri/suami yang cantik...namun kebahagian hati yang hakiki datangnya dari hati yang kenal siapa Tuhannya dan siapa dirinya. Kedudukkan kita sebagai HAMBA dan Allah sebagai Tuan/Tuhan/Pencipta, perlu kita sedari dan fahami.

Sifat hamba adalah FAKIR. Sebut shj fakir semua orang pastinya tahu, kalau dh fakir, maka pastinya dia tahu kedudukkannya yang sangat rendah dan hina dina. Orang FAKIR akan terus meminta2 pd Tuannya utk teruskan kehidupannya. Orang FAKIR, kena memohon utk makan, pakaian, tempat tinggal sehinggakan udara yang nak disedutnya pun perlu menagih. Sifat FAKIR ini, ialah tidak memiliki apa2. Sehinggakan dirinya jugak adalah milik Tuannya. FAKIR adalah sifat makhluk/manusia. Walaupun kita kaya, ada harta bermilion2, namun pada hakikatnya itu semua adalah hak Tuannya iaitu ALLAH SWT. Baru dapat sedikit nikmat sudah lupa pada Allah. Sudah tidak solat, puasa, mengerjakan haji, tidak bersyukur, menutup aurat, malah sombong dengan pemberian belas ikhsan Allah padaNya. Tidak kah dia sedar yang itu semua adalah kepunyaan Allah SWT?????..bila2 masa shj akan ditarik oleh empunya hartanya. Kebahagian, ketenangan diri kita jugak milik Allah, kita tidak punya apa2, Maka kembalilah pdNya, phonlah, rayulah, mintalah, berdoalah dengan penuh rasa kerendahan hati dan penuh kehinaan serta berSYUKURlah jika diberi.

Teringat ustazah pada satu HADIS QUDSI.." Hai manusia, kamu semua berada didalam kesesatan, kecuali manusia yang Aku berikan Taufiq dan Hidayah, maka phonlah hidayah dariKu, Hai manusia kamu semua lapar, kecuali yang aku berikan makan, maka pohonlah rezeki dariKu, Hai manusia, kamu semua telanjang, kecuali yang aku berikan pakaian, maka mohonlah pakaian dariKu"..Subahanallah, sehinggakan pakaian, makanan, hidayah juga diberi ALLAH pada kita, tetapi kita sering sombong denga pakaian kita, makanan kita dan ilmu kita, tidakkah kita sedar yang itu semua adalah belas ihsan dr Allah??..baru dapat pakai baju baru yang cantik serta harganya mahal kita sudah sombong dn riak, malunya kita pd Allah. pakai orang punya nk belagak macam hak kita sehingga kadang kala kita rasa sangat kedekut utk sedekahkah atau berkongsi dengan orang lain. 'Ya Allah, ampunkanlah dosa kami..kami malu pdMu ya Allah, banyak sungguh nikmatMu yang kami dustakan, kami lupa, kami lalai Ya Allah".

Sifat zati Allah SWT adalah KAYA. Walaupun sekiranya seluruh umat dr Nabi Adam sehingga umat Nabi Muhammad yang terakhir tidak sujud dan memuji Allah, Allah tdk terkesan dgn semua itu ini adalah kerana Allah KAYA, dan SEMPURNA. Apa yang kita lakukan dengan menyembahNya, berdoa pdNya, memujiNya , kesan itu pulang pd kita ..semakin banyak pujian, semakin banyak doa, semakin banyak permintaan. itu semua adalah utk kebahagian kita. kita akan dikasihi, ditambah nikmat dan diberikan pahala. Serta ketenangan hati kita digandakan. Manusia tidak akan merasa tenang selagi dia tidak kenal Allah SWT,,,Wallahualam. ( Ustazah Thaniah bt. Sulaiman)

No comments:

Post a Comment