Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam
hatinya terdapat seberat zarah kesombongan."
Maka seseorang berkata:
"Bagaimana dengan seseorang yang suka memakai baju
dan selipar yang cantik?"
Maka berkata Rasulullah:
"Sesungguhnya Allah itu maha indah dan cinta pada
keindahan (maksudnya, pakaian indah tidak selalu bererti kesombongan). Alkibr (kesombongan)
itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah remeh orang lain."
(Hadis riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tiga
golongan yang tidak ditegur Allah, tidak disucikan, dah tidak diperhatikanNya
kelak di hari kiamat, dan mendapat seksa yang pedih iaitu: orang tua
yang tetap berzina, penguasa (pemimpin) yang dusta, dan fakir yang
sombong." -
(Hadis riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya bersabda yang
bermaksud:
"Barangsiapa merasa dirinya besar, atau angkuh dalam
berjalan, dia akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan Allah murka
kepadanya."
(Hadis riwayat Muslim)
Imam Al Ghazali berkata ;
"Orang yang takabur itu ialah orang yang apabila
ditegur, ia marah dan benci, sedangkan kalau ia menegur orang lain ditegurnya
dengan keras dan kasar."
Orang yang sombong atau takabur ini mudah menghina orang
lain dan akan marah jika ada yang mengatasinya ia akan dengki apabila orang
lain mendapat nikmat dan akan berdendam dengan orang yang menandingnya.
AlSurah al-Qashash; ayat 83; Allah S.W.T berfirman yang
bermaksud:
"Negeri Akhirat itu (kebahagiannya dan
keni'matannya) Kami jadikan untuk
orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak
berbuat kerosakan di
muka bumi."
Surah Luqman; ayat 18; Allah S.W.T berfirman yang
bermaksud:
"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia
(kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh.
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri."
Hati-hati dengan sifat sombong ini kerana segala nikmat dan kelebihan di dunia ini tidak ada apa-apa nilai di sisi Allah swt melainkan iman dan taqwa sahaja yang membezakan antara kita. Sifat sombong adalah sifat yang keji dan kotor.
Imam Al Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk
mengelakkan sikap takabur atau sombong ini.
- Apabila kita berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia dari kita. Kerana kanak-kanak itu belum diberati dosa, sedangkan kita sudah berlarut-larut hampir setiap langkah berbuat dosa.
- Apabila kita berhadapan dengan orang tua, anggaplah orang tua itu lebih mulia, kerana ia lebih lama beribadah daripada kita.
- Ketika kita berjumpa dengan orang alim, anggaplah beliau lebih mulia dari kita kerana banyak ilmu-ilmu yang tidak kita ketahui tetapi beliau mengetahuinya.
- Kalau kita melihat orang yang jahil, anggaplah dia lebih mulia dari kita , kerana dia berbuat sesuatu kesalahan atau dosa kerana kejahilannya sedang kita berbuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.
- Kalau kita berjumpa dengan orang jahat, jangan lah anggap kita mulia atau lebih baik daripadanya, tetapi katakanlah bahawa orang jahat itu mungkin di masa tuanya ia bertaubat, memohon ampun dari perbuatannya. Sedangkan kita sendiri belum tahu lagi bagaimana kita akhirnya.
- Apabila berjumpa dengan orang kafir, katakanlah dalam hati, bahawa si kafir itu belum tentu kafir selamanya, mungkin di suatu hari datang keinsafan padanya, dia memeluk Islam dan semua dosanya di dalam kekafiran dulu diampuni Tuhan, sedangkan kita ini sejak lahir sudah islam, tetapi dosa terus dikerjakan juga dan balasan pahala belum tentu lagi.
Lawan
daripada sifat sombong ialah sifat tawadhuk atau rendah diri. Sekiranya
seseorang telah berjaya mengikis sifat sombongnya akan datanglah sifat tawadhuk
padanya, sifat terpuji yang disukai Allah dan makhluk seluruhnya.
Dari Ibnu Abbas, bersabda Rasulullah;
"Tidak seorang pun kecuali di kepalanya terdapat dua
rantai, satu rantai sampai ke langit ke tujuh dan satu rantai yang lain sampai
ke bumi yang ketujuh. Apabila seseorang itu merendahkan diri, Allah
mengangkatnya dengan rantai yang di langit ketujuh dan apabila ia sombong,
Allah merendahkannya dengan rantai yang di bumi ke tujuh."
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA~~
No comments:
Post a Comment