Text bergerak

Untuk Pelawat Baru, Sila ke Facebook Ustazah Ani untuk membincang sekiranya tiada maklumbalas di ruangan Blog ini Terima Kasih.

Wednesday 5 December 2012

MENOLAK DIPUJI

BY USTAZAH ANI



Pujian adalah penyembelih. Ini kerana Rasulullah saw pernah menyebut  bahawa pujian itu akan membuat seorang bangga dengan dirinya dan memuji dirinya sendiri (ujub) kerana seseorang yang bangga dengan dirinya dan memuji dirinya sendiri kerana amal ibadah atau perbuatannya tersebut, akan meletakkan dirinya ke kedudukkan mulia di sisi Allah Taala. Pujian itu akan terus terngiang di telinga dan terus difikirkan sehingga rasa senang dan kecenderungannya untuk berbaik sangka terhadap dirinya semakin bertambah. Akibatnya dia tidak akan bersungguh-sungguh dalam beramal, dan kewaspadaannya terhadap jiwanya pun berkurang. Ini kerana dia merasa dirinya telah selamat dan mencapai darjat yang tidak dicapai oleh orang lain. 



Disebabkan itu orang yang memuji amat dicela kerana dia membuat orang yang dipuji ditimpa kerugian yang sangat besar. Rasulullah saw bersabda jika kamu melihat orang-orang memuji, maka taburkan lah debu ke wajah mereka ( HR Muslim)

Oleh sebab itulah orang-orang soleh terdahulu menolak pujian sedapat mungkin. Kerana mereka sedar dan takut kepada bahayanya yang mana mereka tidak akan mampu menguasai diri mereka apabila merespon pujian serta sanjungan-sanjungan tersebut.

Al-Mirwazi berkata, "Suatu hari aku berkata kepada Ahmad bin Hanbal, 'Alangkah banyak orang yang mendoakamu'. Lalu kedua mata Ahmad bin Hanbal berkaca-kaca dan berkata, 'Aku takut jika ini adalah singgungan. Semoga Allah menjadikan kita lebih baik dari yang mereka sangka, dan mengampunkan kita dari apa yang mereka tidak ketahui'. 





Pada suatu hari seorang berkata kepada 'Abdullah bin 'Umar ra, "Wahai orang terbaik dan anak yang terbaik." 'Abulah bin 'Umar ra menjawab, "Aku bukan orang terbaik, aku hanya salah satu hamba Allah, aku memohon dan takut kepadaNya. Demi Allah jika kalian berkata begitu kepada seseorang ertinya kalian membinasakannya. 

Jauhilah dari suka memuji dan suka dipuji. Sesungguhnya perasaan itu akan menghapuskan segala amal dan menjadikan kita syirik kepadaNya. Na'uzubillah..

No comments:

Post a Comment