Gambar 1 |
Dakwah Islamiyah
telah melahirkan satu generasi manusia, iaitu generasi sahabat Rasulullah s.a.w.
Ridwanullahi alaihim, mereka generasi yang paling istimewa dalam sejarah Islam
dan jugak sejarah kemanusian seluruhnya.
Generasi ini tidak
pernah muncul dan tidak akan muncul lagi sesudah itu, walaupun terdapat jugak
beberapa peribadi dan tokoh tertentu di sepanjang sejarah, tetapi tidak lah
lahir satu golongan besar manusia, di satu tempat yang tertentu, seperti yang
telah muncul di zaman Rasulullah s.a.w.
Ini adalah hakikat
yang sememangnya berlaku dan di sebaliknya terkandung maksud-maksud yang
tertentu yang perlu kita perhatikan dan renungkan dengan bersungguh-sungguh,
agar dapat menyelami rahsianya.
Al Quran menjadi
sumber dakwah ini masih berada bersama-sama kita. Hadis Rasulullah s.a.w. dan
petunjuk-petunjuk daripada perjalanan hidup dan sirahnya yg mulia itu juga
masih ada di samping kita, sperti yang telah ada di zaman generasi terdahulu
iaitu generasi sahabat. Tidak terjejas
oleh perjalanan sejarah dan tidak lapuk oleh perkembangan zaman. Hanya diri
peribadi Rasulullah s.a.w. sahaja yang tiada bersama kita. adakah ini
rahsianya??
Kalaulah wujudnya
peribadi Rasulullah s.a.w itu menjadi syarat mutlak untuk kejayaan dakwah ini,
maka sudah tentu Allah swt tidak menjadikan dakwah ini meliputi seluruh umat
manusia dan tidak dijadikannya ( Nabi Muhammad s.a.w) sebagai utusanNya yang terakhir, serta tidak
diserahkan hal menegakkan Islam utk diurus oleh manusia hingga ke akhir zaman.
Tetapi Allah telah mewafatkan Rasulullah s.a.w setelah 23 tahun Baginda menjalankan
tugas dakwah. Dan Allah memberi jaminan untuk memelihara al- Quran dan
menegaskan akan memelihara agamaNya hingga ke qiamat. Ini adalah kerana Allah Taala
mengetahui bahawa dakwah boleh ditegak selepas zaman Rasulullah saw. Dengan demikian itu , ketiadaan Rasulullah
saw tiddk boleh dijadikan alasan umat Islam gagal dalam dakwah di zaman ini.
Maka, kita perlu
menyelidiki sebab lain yang menjadi punca kegagalan itu. Kemudian kita lihat pulak
kepada program dan jalan yang dilalui mereka, barangkali ada sesuatu yang
berbeza. Ya, zaman Generasi Pertama para
sahabat tidak mendekatkan diri mereka dengan al- Quran dengan tujuan mencari
pelajaran dan bahan bacaan, bukan jugak tujuan mencari hiburan dan penglipur
lara. Tiada seorang pun daripada mereka yang belajar al-Quran dengan tujuan
menambah bekal dan bahan ilmu semata-mata untuk ilmu dan bukan jugak dengan
maksud menambah bahan ilmu dan akedamik untuk mengisi dada mereka sahaja. Tidak
juga dipelajari Al QUran untuk mencari pengetahuan tambahan ataupun arahan
tambahan dalm satu majlis pengajian atau suatu majlis taklimat. TETAPI
DIPELAJARI AL QURAN ITU DENGAN MAKSUD HENDAK BELAJAR TENTANG ARAHAN DAN PERINTAH
ALLAH DALAM URUSAN HIDUP PERIBADINYA DAN HIDUP MASYARAKAT MEREKA. DAN DIA
BELAJAR UNTUK DILAKSANAKAN SERTA MERTA. Seperti seorang parajurit
mematuhi arahan.
Gambar 2 |
Kesimpulannya:
Jadikanlah al-Quran itu sebagai pegangan hidup kita. Bukan hanya sekadar
membacanya (bertadarus) setahun sekali. Namun tujuan utama al-Quran itu
diturunkan ialah untuk mengeluarkan manusia yang dalam kegelapan kepada cahaya.
Lantaran menyelamatkan manusia yang bersifat kebinatangan kepada sifat mulia
yang sesuai dengan jawatan ‘Khalifah Allah’ di atas muka bumi ini. Tanyalah
diri kita sudah berapa lama kita tidak belek-belek, pegang-pegang,
renung-renung dan ‘bercinta’ dengan al-Quran. Lama kelamaan al-Quran yang ‘pemalu’
(melebihi hati seorang dara) akan merajuk dan meninggalkan kita sehingga hendak
melafazkan hurufnya pun terasa kaku.
Belum lagi sampai
tahap mendalami maksud al-Quran apatah lagi mengikuti al-Quran sebagai pedoman
hidup, Hendak membaca pun ter-gagap-gagap.
Marilah kita jadi
seperti GENERASI PERTAMA al-Quran dibawah pimpinan Rasulullah s.a.w. yang mulia
sehingga dapat melahirkan para sahabat yang sanggup berkorban nyawa untuk
Islam. Siapakah mereka????
Antara
sahabat-sahabat yang dijanjikan syurga oleh Allah diatas kekentalan iman mereka
ialah:
Senarai 10
Sahabat-Sahabat yang dijamin masuk Syurga.
1.
Saiyyidina Abu Bakar As Siddiq r.a. (Khalifah
Pertama, Teman Setia Yang Banyak Berkorban).
2.
Saiyyidina Umar Al Khattab r.a. (Khalifah
Kedua, Pintar Membezakan Antara Haq dan Batil)
3.
Saiyyidina Uthman bin Affan r.a. (Khalifah
Ketiga, Keperibadian Yang Sampai Malaikat Berasa Malu)
4.
Saiyyidina Ali bin Abi Talib r.a. (Khalifah
Keempat, Singa Allah Yang Dimuliakan Wajahnya Oleh Allah)
5.
Saiyyidina Talhah bin Ubaidillah
r.a. (Syahid Yang Hidup)
6.
Saiyyidina Zubair bin Al Awwam r.a.
(Perajurit Allah Pengiring Rasulullah)
7.
Abdul Rahman bin Auf r.a. (Orang
Yang Berniaga Dengan Allah)
8.
Saiyyidina Saad bin Abi Waqas r.a. (Pelempar
Panah Pertama Pada Jalan Allah)
9.
Saiyyidina Ubaidah Amir bin Al
Jarrah r.a. (Orang Kepercayaan Ummat Ini)
10. Saiyyidina
Said bin Zaid r.a. (Seorang Kekasih Kepada Allah Pengasih)
Janganlah
kita lupakan kehebatan mereka dan bagaimana mereka menjadi sehebat itu. Ini
adalah kerana mereka adalah GENERASI AL-QURAN yang UNIK. Dimanakah kedudukkan
kita dan generasi muda kita yang suka merokok, berdating, merempit, sukakan
hiburan, bercampur antara lelaki dan perempuan, lesbian, homoseksual, dan
lain-lain. Ya Allah!!, bangkitlah wahai anak-anak muda, orang-orang tua,
cintailah majlis ilmu kerana di situ kamu akan mendapat cahaya petunjuk. Tiada
cahaya yang seterang hidayah Ilmu dari Allah.
Wallahualam,
sampaikan ilmu ini ~~~
No comments:
Post a Comment