BY Ustazah Ani
Assalamualaikum sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah.
Amin |
Aqidah yang benar dan sah adalah menjadi syarat
pertama kepada pengakuan seseorang yang telah menerima Islam sebagai agama yang
mengatur hidupnya. Aqidah mestilah sejajar dengan apa yang diwahyukan oleh
Allah S.W.T kepada Rasulullah s.a.w iaitu al-Quran dan As-Sunnah. Seseorang
mestilah beriman dan meyakini perkara yang telah diimani dan dipercayai oleh
para salafussoleh dan para imam yang telah terbukti kebajikkan, kebaikkan, ketaqwaan dan kefahaman
mereka yang tepat dan benar terhadap Islam.
Semasa sessi kelas fardu ain (AQIDAH) ustazah
bersama para pelajar ustazah yang ustazah boleh cedok pengalaman dengan
mereka dalam bab-bab khurafat dan syirik, ustazah berhajat pula hendak
kongsikan dengan sahabat-sahabat ustazah disini.
Antara kepercayaan-kepercayaan yang karut-karut
yang mana ianya langsung tidak ada kena mengena dengan AQIDAH ISLAMIYAH yang
diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. ialah:
- Menanam uri bayi bersama dengan alatan tulis. Malah lebih dahsyat lagi ada yang tanam bersama computer (ini benar-benar berlaku satu negeri di tanah air). Tujuannya ialah untuk menjadikan anak itu cerdik computer.
- Mendengar suara cicak. Bermaksud ada anak muda yang akan meninggal.
- Tanam Uri Bayi selepasnya diletakkan lilin untuk menerang masa depan
- Bulu mata jatuh. Ada orang yang rindu.
- Anak dara menyanyi di dapur. dapat suami tua?????
- Menuang air atas pinggan selepas makan. Untuk memurahkan rezeki.
- Isi beras semula separuh dalam tin beras selepas mencedok beras. Agar nanti rezeki tidak putus.
- Keluar pergi mengerjakan haji tidak boleh berpatah balik. Takut nanti tidak balik semula ke tanah air.
- Bunyi burung waktu malam. Ada orang yang hendak meninggal
- Mata berkenyit-kenyit. Tanda ada orang hendak datang jumpa.
- Jatuh bulu mata. Ada orang rindu.
- Bayi dipakaikan dengan benang hitam di tangan, perut dan kaki. Untuk elakkan dari syaitan.
- Letak paku bawah bantal. Ibu-ibu baru bersalin
- Lenggang perut.
Insya Allah baik... |
Masya Allah ini hanya sebahagian sahaja yang
mampu ustazah bincangkan di sini. Sungguh rapuh iman dan sungguh nipis ilmu
masyarakat islam kita. Bagaimana bisa rezeki, ajal, nasib baik dan buruk serta
ketentuan boleh kita letakkan hanya kepada kepercayaan-kepercayaan karut
ini????
Sedar atau tidak dosa yang paling besar adalah
menyekutukan Allah s.w.t. dengan sesuatu. Allah s.w.t. berfirman :
“ Sesunggunya
Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik, dan Dia akan mengampuni segala dosa
selain syirik itu dan bagi siapa yang dikehendakiNya”.
(An-Nisa’:48)
Awal-awal agama ialah mengenal Allah. Maka kenallah Allah di sudut nama-namaNya, sifat-sifatNya dan perbuatan-perbuatan Allah dengan sebenar-benarnya untuk mengelakkan dari terjerumus dalam kesyirikkan dan kekufuran. Na'uzubillah. Janganlah malas belajar, carilah guru-guru disekitar anda perdalamkan ilmu agama (fardu ain). Kerana ini akan mengesahkan ibadah yang kita lakukan malah yang lebih utama ialah mengesahkan AQIDAH kita.
Sebenarnya penjelasan bab syirik ini terlalu
banyak. Ustazah hanya membincangkan sedikit sahaja untuk kali ini. Insya Allah
sekiranya diberikan kesempatan oleh Allah dapatlah kita sama-sama kupas bab
aqidah dan menjauhkan syirik kepada Allah. Sebelum hendak kita meneruskan ilmu
tauhid, adalah terlebih baik kita faham betul-betul bab syirik dan bahaya
syirik sedalam-dalam yang mampu. Dalam pada kita ghairah hendak mengerjakan
amal ibadah janganlah kita abaikan aqidah kita, takut-takut terjebak dalam dosa
yang besar malah paling besar ini. Ini kerana syirik boleh berlaku kepada orang
yang kuat ibadahnya, puasanya, mengerjakan haji dan lain-lain. Ia masih tidak
terlepas dari melakukan syirik dan berdusta dalam ucapan “Lailaha Ilallah
Muhammadarrusulullah”.
Firman Allah Taala yg bermaksud " Maka ketahui lah olehmu, bahawasanya tiada
Tuhan yang wajar disembah melainkan Allah dan pohonkanlah keampunan kepada
dosamu dan dosa orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, dan Allah tahu
tempat kamu bergerak dan tempat kamu menetap" ( Surah Muhammad:19)
Hadis: Barang
siapa yang berkata La ilaha Ilallah Muhammadur Rasulullah 100x, ia datang pd
hari qiamat dan mukanya seperti bulan purnama.
" Barangsiapa
berkata Lailaha Illallah dan dia dimatikan , nescaya dihapuskan baginya 4000
dosa daripada dosa besar. Kata sahabat " Ya Rasulullah jika tiada dosa
besar?, maka sabda Rasulullah saw " Diampunkan bagi ahlinya dan juga
jirannya" (Riwayat Bukhari)
Hebat sungguh kalimah " LAILAHA ILALLAH"..
seringlah kita menyebutnya dan memohon agar mati
kita nanti diakhiri dengan kalimah ini
AMINA
ASSLAMUALAIKUM,SALAM RINDU,SALAM SAYANG,SALAM SEJAHTERA.SEBELUM SAYA MELIHAT BLOG ANDA SAYA MEMPUNYAI JALAN HIDUP YANG HITAM TAPI APABILA KAWAN SAYA MENYURUH SAYA MEMBACA BLOG ANDA SAYA BERASA TENANG DAN APABILA SAYA TIDUR SAYA BERMIMPI BULAN JATUH KE RIBA SEMENJAK ITU SAYA DIBERI HIDAYAH OLEH ALLAH SAW...SAYA MAHU MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KERANA ANDA MENUNJUKKAN JALAN YANG BENARR.<3
ReplyDeletewaalaikumussalam adik, ustzh sgt gembira dan berterima kasih atas kesudian adik membc blog ustzh. ustzh doakan semuga adik sentiasa d rahmati Allah Taala ...jgn lupa teruskan ikuti blog ustzh dan blh bertanya soalan pd ustzh jk ada yg adk x fhm ya,,tq so much and alhamdulillah
ReplyDelete