Text bergerak

Untuk Pelawat Baru, Sila ke Facebook Ustazah Ani untuk membincang sekiranya tiada maklumbalas di ruangan Blog ini Terima Kasih.

Wednesday, 7 November 2012

KESABARAN SEORANG SUAMI (teladan)

BY USTAZAH ANI



Di sebuah kampung ada seorang lelaki yang amat taat kepada suruhan dan larangan Allah Taala. Dia mempunyai seorang isteri. Isterinya mempunyai perangai yang buruk dan selalu mengganggu hidupnya. Walaupun begitu dia tetap sayang akan isterinya itu dan banyak bersabar.

Pada suatu hari, seorang sahabat lamanya datang menziarahinya di rumah. Si sahabat melihat sendiri perangai buruk isteri sahabat baiknya itu sehingga dia sendiri hilang sabar. Dia bersimpati dengan nasib sahabatnya.

"Isteri saudara ini selalu mengganggu ketenangan jiwa saudara. Ceraikan sahaja dia," saran sahabatnya.

Lelaki itu menggelengkan kepalanya mendengar nasihat itu. "Tidak saudara. Saya tidak akan menceraikan isteri saya. Saya risau kalau dia saya ceraikan, nanti dia berkahwin dengan lelaki lain. Nanti dia ganggu pula suami barunya. Saya pula dipersalahkan sebagai penyebab gangguan itu."

"Kalau begitu keadaannya, apa tindakkan saudara?" tanya sahabatnya lagi.

" Saya akan terus bersabar menghadapi perangai buruknya. Nabi Muhammad .s.a.w pernah berkata, "Mana-mana suami yang bersabar dengan perangai buruk isterinya, Tuhan akan beri kepadanya pahala seperti pahala yang diberikan kepada Nabi Ayub sewaktu beliau sakit. Begitu kugak isteri yang sabar dengan perangai buruk suaminya, dia diberi pahala seperti pahala yang diberikan kepada Asiah, isteri Firaun."

Maka terdiamlah si sahabat ini.

Inilah kisah teladan yang dapat kita contohi dalam menghadapi pasangan yang buruk perangai. 
T.Kasih kerana sudi membaca~~

No comments:

Post a Comment