Text bergerak

Untuk Pelawat Baru, Sila ke Facebook Ustazah Ani untuk membincang sekiranya tiada maklumbalas di ruangan Blog ini Terima Kasih.

Tuesday, 6 November 2012

ANTARA HIDUP DAN MATI

by USTAZAH~~


Pada suatu hari, seorang ilmuan yang bernama Abu Darda berdiri di tengah-tengah khalayak ramai bagi menerangkan kepada mereka apa yang dikatakan sebagai 'amalan baik'. Orang ramai yang sedang sibuk di bazar itu tertanya-tanya sesama sendiri apa yang hendak dikatakan oleh sahabat Nabi Muhammad s.a.w. itu.

"Mahukah saudara sekalian, kalau saya bagi tahu apakah amalan yang terbaik dan terunggul di mata Allah?"

'Mahu, " jawab mereka.

"Amalan itu lebih baik daripada perbuatan memerangi musuh, malah ia lebih baik daripada emas dan perak," kata Abu Darda kepada mereka dengan penuh semangat.

Orang ramai yang ada berasa sangat hairan dan sangat teruja untuk mengetahui isi ucapan Abu Darda. Mereka memang kenal beliau. Beliau seorang yang mempunyai ilmu dan suka menyampaikan ilmunya kepada orang ramai.

Mereka ternanti-nanti apakah jawapannya. Melihat orang berkumpul, makin lama makin ramai yang datang mengelilingi ilmuan itu, 

"Apakah dia amalan itu, katakanlah, " jerit orang ramai yang ingin tahu segera jawapannya. 

Kata Abu Darda dengan tenang " BERZIKIR, iaitu mengingati Allah. Mengingati Allah itu lebih utama dan besar ganjarannya, " jelas Abu Darda sambil tersenyum manis.

Apabila kita ingat kepada Allah, hati kita menjadi lebih tenang dan tenteram. Ketenangan dan ketenteraman inilah jenis kekuatan yang hanya dapat dimiliki dengan ingat kepada Allah.


Zikir yang boleh mengalahkan syaitan

CARANYA IALAH DENGAN BERZIKIR ( MENGHADIRI MAJLIS-MALIS ZIKIR seperti majlis ilmu atau majlis-majlis agama, SOLAT, MEMBACA QURAN, MENGINGATI KEMATIAN, MERENUNG KEBESARAN ALLAH, MELIHAT CIPTAAN ALLAH, BERSYUUR ATAS NIKMAT YANG DIKURNIAKAN DAN LAIN-LAIN KEBAIKKAN AMAL SOLEH)

Pesan Nabi Muhammad s.a.w., "Perbezaan antara orang yang mengingati Allah dengan orang yang tidak, adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati".

Zikir yang paling besar kepada Allah ialah " DIA SENTIASA INGAT PADA ALLAH SETIAP KALI DIA HENDAK MELAKUKAN APA-APA PEKERJAAN SAMADA PERKARA ITU DISUKAI ALLAH ATAU PUN TIDAK",

Sering kali diri kita merasa gelisah dan tidak tenang, maka berzikirlah apabila kita dilanda kesusahan, kesempitan, kesakitan, keresahan,atau pun ketika kita berada di dalam kesenangan. Inilah ubatnya, Carilah apa sahaja jenis ubat yang ada di atas muka bumi ini, jika tidak mengingati Allah kesembuhan hanya sementara sahaja. 

SEKADAR RENUNGAN BUAT DIRI SENDIRI DAN SAHABAT-SAHABAT

~~~Terima Kasih kerana sudi membaca~~

No comments:

Post a Comment