BY USTAZAH ANI~~~
"Ampunilah dosa-dosa kami" |
Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu
api.” Saidatina Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab
Rasulullah s.a.w.:
Kerana
kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan
cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami
serta melakukan kerja-kerja rumah.
Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah
Taala yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang
mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat
Allah Taala. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang
berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
Kata-kata isteri ini akan menghilangkan pahala
70 tahun kebaikkan yang dia lakukan. Masya Allah!!!!
Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang
berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu
dan mengumpat, mengadu domba dan lain-lain)
Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam
agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu
lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.
wanita solehah"sebaik-baik perhiasan dunia" |
Pernah berlaku kisah di sebuah kampong apabila
ada kubur terpaksa dibungkarkan dan mengubah tulang-tulang mayat arwah-arwah.
Apa yang mengejutkan kebanyakkan rangka-rangka mayat wanita tidak mengadap kea
rah kiblat sedangkan semasa dikebumikan mereka dihalakan kearah kiblat.
Marilah kita renungkan nasib kita wahai wanita….
Boleh frh share ngn kawan2 frh y lain?
ReplyDeleteBoleh farah.Ustazah benarkan.Ustazah juga gembira
ReplyDeletekerana farah juga tergolong dalam jihad ke jalan Allah.