Text bergerak

Untuk Pelawat Baru, Sila ke Facebook Ustazah Ani untuk membincang sekiranya tiada maklumbalas di ruangan Blog ini Terima Kasih.

Wednesday, 31 October 2012

Solat Sunat Dhuha

by Ustazah Ani

Ustazah Ani - klik link url untuk ke facebook   
https://www.facebook.com/hainas.ani


Pengajian Fardu ain
Kelas Ustazah Di Masjid Taman Pekaka, Bersama jemaah masjid ( setiap hari Rabu pagi)
Assalamualaikum Warahmatullah 
Apa khabar sahabat-sahabat tersayang, dalam kesempatan ini ustazah nak berkongsi dengan semua sahabat ustazah berkenaan solat sunat Dhuha. Ada antara kita yang dah biasa melaksanakan solat sunat Dhuha dan ada yang baru nak berjinak-jinak dengan solat sunat ini. Walau bagaimanapun marilah kita lihat serba sedikit ilmu tentang solat sunat ini ya. 
Ada beberapa hadis dari Rasulullah s.a.w. yang memperkatakan tentang solat Sunat Dhuha ini antaranya ialah 
Hadis pertama : Dari Abu Hurairah r.a berkata : Nabi Muhammad s.a.w menasihati aku untuk mengerjakan 3 perkara dan jangan ku tingalkan sehingga aku mati iaitu:
1. Puasa 3 hari pada pertengahan bulan
Antara yang terpilih oleh Allah SWT
2. Solat Dhuha
3. Solat sunat Witir sebelum tidur

Hadis kedua: Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda : Sesiapa shaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di  lautan.
Hadis ketiga:  Sabda Nabi saw : Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat.
Hadis keempat: Diriwayatkan oleh Tabrani Rasullullah bersabda: Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan “Dhuha” maka jika telah datang pada hari kiamat , berserulah (malaikat) “manakah orang2 yang selalu bersolat dhuha ? inilah pintu kamu silakan lah masukke dalamnya dgn rahmat Allah swt.

Sebahagian dari jemaah masjid
Kesimpulannya banyak sangat fadilat dan kelebihan apabila kita mengamalkan solat sunat dhuha dalam hidup kita seharian.
 A:
Cara solat dhuha:
1.Pada rakaat pertama selepas fatihah baca surah As-Syam dan rakaat kedua selepas fatihah baca surah Ad-Dhuha.
2. Pada rakaat pertama selepas fatihah baca surah Ad-Dhuha dan rakaat kedua selepas al-Fatihah baca surah al- Ikhlas

3. Yang tebaik selepas al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul kursi 10x dan pada rakaat kedua selepas fatihah baca surah alikhlas 10x juga
4. Jika masih tidak bolih menghafal surah-surah tersebut memadailah dengan membaca apa-apa surah sekali pun.
 B:
NIAT:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala
C:
Baca doa ini selesai solat
Maksudnya:
 Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Menuntut ilmu itu satu kewajipan bagi semua orang muslim
D:
1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam), blh melakukan 2 rakaat atau klu mampu blh buat sampai 12 rakaat..
2) Waktu : Pagi anggaran 7.30 pagi hingga 11.00 pagi yang terbaik atau sebelum zohor. Eloknya tidak dilakukan jam 12.30 ke atas.
 # Jadi kesimpulannya semoga Allah memberi kemampuan untuk melaksanakan solat yang begitu banyak fadhilatnya kalau dapat setiap hari, atau jika tdk mampu seminggu sekali, jika tidak mampu sebulan sekali, jika tidak mampu setahun sekali atau jika tidak juga mampu sekali seumur hidup. 

" Bahawasanya tidur dalam keadaan berilmu itu lebih baik dari solat dalam keadaan bodoh"
Hadis

"Hendaklah engkau ikhlas benar-benar kepada Allah

"Sungguh beruntunglah orang-orang yang dapat mensucikan dirinya dari sifat-sifat tercela"
(as Syams:9)

No comments:

Post a Comment