Text bergerak

Untuk Pelawat Baru, Sila ke Facebook Ustazah Ani untuk membincang sekiranya tiada maklumbalas di ruangan Blog ini Terima Kasih.

Friday, 2 November 2012

BAHAYA ZINA




By Ustazah Ani

KELAS USTAZAH DI MASJID TAMAN TUN SARDON( setiap 2 minggu)
Bersama jemaah masjid

Wajah-wajah yang dahagakan ilmu
Semanis wajah selembut hati
Sessi kelas Feqah bersama Ustazah Ani
Sebahagian jemaah muslimat
Bertanya soalan itu besar pahalanya
Ustazah Ani


Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dimuliakan oleh Allah sekalian, semoga semuanya berada di dalam keadaan yang sihat dan dipelihara Allah s.w.t, Insya Allah. Akhir-akhir ini kita gejala maksiat dan kemungkaran terjadi berleluasa sekali. Kadang-kadang apa yang berlaku pada hari ini seolah-olah menjadi perkara biasa dan langsung tidak merunsingkan masyarakat Islam. Adakah kerana bila sudah terlalu banyak maksiat yang berlaku akan menyebabkan ianya sudah menjadi ‘adat’ yang diterima oleh semua masyarakat Islam kita.
Apa yang hendak ustazah dibincangkan di sini ialah  berkenaan dengan gejala zina dan maksiat yang berlaku samada pada pasangan berlainan jenis ataupun yang sama jenis. Na’uzubillah minta kita semua dijauhkan oleh Allah swt. ZINA adalah termasuk dosa besar. Ada dosa besar itu lebih berat dari dosa sebahagian yang lain. Antaranya dosa zina ini. Allah swt telah berfirman:

Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk” (Al Isra’ : 32)

 Allah berfirman lagi : “ Dan mereka yang tidak menyembah Tuhan yang lain beserta Allah, dan membunuh jiwa yang diharamkan Allah, kecuali dengan alasan yang benar (iaitu berdasarkan hukum Allah) dan tidak berzina. Barangsiapa yang melakukan yang demikian, nescaya dia akan mendapatkan balasan dosanya, iaitu akan dilipatgandakan siksaan pada hari kiamat, dan dia akan kekal dalam siksaan itu dalam keadaan terhina. Kecuali orang yang mahu bertaubat (kepada Allah). Al Furqan: 68-69
Melihat kepada kerosakkan masyarakat kita pada hari ini yang mana gejala zina dan melakukan dosa menjadi mainan kita semua sehingga tidak pernah memikirkan apa yang akan berlaku kepada diri kita serta keluarga kita samada di dunia atau pun di akhirat. Sekiranya ada sesiapa yang masih melakukan maksiat, bertaubatlah sebelum terlambat. Selagi kita masih hidup pintu taubat terbuka luas untuk kita. Allah SWT itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Sedarlah betapa sukarnya kita berada di dunia apatah lagi ketika kita berada di dalah alam Barzakh. Belum lagi melangkah ke alam Barzakh kita sudah berhadapan dengan malaikat pengcabut nyawa. Sanggupkah kita??? Ramai yang berkata aku tidak berzina, Cuma chat di fb sahaja, calling-calling je, message-message je.Sedarkah kita menghampiri itu hukumnya menyamai melakukan???..Allahu Akbar!!! Jangan sekali-kali kamu menghampiri zina.
 Pada peringkat mulanya memang kita calling-calling, messaging, chatting, pandang-pandang namun akhirnya syaitan (makhluk yang sangat dengki dengan manusia sejak dari zaman Nabi Adam a.s lagi tidak akan membiarkan kita terus-terusan begitu. Perbuatan muqadimah tadi akan dilebarkan kepada perjanjian untuk berjumpa dan ahirnya,,,Na’uzubillah. Tiada manusia yang sempurna. Maka setiap kesalahan ada jalan penyelesaiannya. Jauhkanlah gejala ‘couple’. Ini lagi satu bencana yang melanda umat Islam. Setiap seorang pasti ada couple. Anggapan mereka kalau tak couple susah hendak kahwin. Wahai anak-anakku marilah kita lihat pesanan Rasulullah s.a.w. dan firman Allah Taala agar kita sedar apa yang sedang melanda hidup kita hari ini.
Oppsss!!!!!!!!!!
Di dalam Al Quran pada Surah Al Isra':32
Maksud: " Dan jangan lah engkau menghampiri zina kerana bahawasanya ia adalah kejahatan yang sangat keji dan sejahat-jahat jalan."

Sekarang ini pun bukan hanya remaja dan anak-anak muda sahaja boleh terjebak dengan dosa zina. Malah ada juga yang terlibat adalah dari kalangan suami orang, isteri orang  dan jugak orang-orang yang berusia (orang tua). Ingatlah bahawa mati kita ini akan membawa kita ke alam Barzakh yang mana alam ini (malam pertama di sana) akan menentukan nasib kita samada baik atau pun buruk. Di kala itu tidak ada lagi ucapan “ aku menyesal”, “ampunkan aku Ya Allah”, “ aku banyak dosa Ya Allah”, “ kembalikan aku ke dunia kembali walau pun sekejap untuk aku tunaikan apa-apa yang aku pernah tinggalkan”. Tiada gunanya lagi. Ustazah jugak pernah dapat aduan dari si isteri yang mana suaminya suka melayari gambar-gambar wanita seksi, menonton video-video lucah dan menjalinkan hubungan dengan wanita lain. Hal ini jugak berlaku pada si isteri. Marilah kita bertaubat dan takutlah pada Allah Taala, kerana samada kita mahu atau tidak, sedar atau tidak, sakit atau sihat kita pasti akan kembali bertemu denganNya. Mana lagi kita nak lari?? Tak kan nak bawa diri yang penuh dengan dosa dan noda ini?? Semua manusia itu tidak akan terlepas dari dosa dan salah, maka inilah hebatnya ‘insan’ yang mana Allah Taala sediakan bagi mereka jalan untuk bertaubat. Perkara ini sangat dicemburui oleh SYAITAN. Kerana tidak lagi ada peluang bertaubat.
Di sini ustzah nak kongsikan sedikit ilmu berkenaan dengan bahaya zina dan seksanya:

Enam kecelakaan disebabkan Zina:
 Di dunia:-
1. Menyempitkan rezeki.
2. Menghilangkan berkat.
3. Apabila keluar rohnya, di halang dia dari pandangan Allah Taala dan di akan melihat neraka dan juga Malaikat Zabaniyyah.

 Di akhirat:-
1. Allah akan melihat dia dengan pandangan murka, maka mukanya menjadi hitam.
2. Hisabnya sangatlah sukar dan payah.
3. Dihelakan dia dengan rantai belenggu ke neraka.
 Dan sabda Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: " Barangsiapa berzina dengan perempuan yang bersuami, maka adalah keduanya mendapat seksa yang amat pedih pada hari qiamat. Maka Allah akan menghukum suaminya dan menyuruh suaminya mengambil segala kebajikkan nya dan ditanggungkannya padanya segala dosa suaminya serta dihalau nya ke Neraka." Ini jika suaminya tidak mengetahui perbuatan isterinya yang berzina.

Sesungguhnya jika suaminya mengetahui perbuatan isterinya berzina dan dia diam, maka diharamkan Allah pada suaminya memasuki syurga, kerana sudah tersurat pada pintu syurga: 'Engkau orang dayus", iitu yang mana telah merdhai kejahatan atas isi keluarga nya. Dan tiada masuk syurga orang tersebut, dan tujuh petala langit dan bumi dan segala bukit melaknatkan orang yang berzina dan orang dayus.

Sabda Nabi s.a.w. :
Tiga golongan manusia, Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada hari kiamat, tidak akan memandang kepada mereka, dan tidak akan mensucikan mereka, sedang mereka akan ditimpa azab yang pedih, iaitu:
1.    Orang tua yang berzina
2.    Seorang raja yang pendusta
3.    Orang melarat yang sombong.
(Riwayat Muslim dan Nasa’i)
Sabda Nabi s.a.w.:
Wahai Kaum Muslimin! Jauhilah perbuatan zina, kerana padanya ada enam macam bahaya, tiga macamnya di dunia, dan tiga macamnya di Akhirat. Bahaya yang akan menimpa di dunia :
1.    Lenyapnya cahaya dari mukanya (wajahnya)
2.    Memendekkan umur
3.    Mengekalkan kemiskinan

Adapun di akhirat:
1.    Kemurkaan Allah Taala
2.    Hisab yang buruk (perhitungan)
3.    Siksaan di neraka

Fenomina biasa yang berlaku pada hari ini ialah kalau dah bertunang seolah-olah ‘separuh berkahwin’. Mereka boleh bergambar berdua-duaan, berjalan sana sini, naik kereta sana-sini. Malah kad kahwin pun dah macam dah nikah. Apa yang merisaukan ibu bapa sendiri memberi kebenaran.  Masyarakat Islam kita hari ini kembali seperti zaman jahiliah dahulu malah lebih buruk lagi kerana kita sudah pun dibekalkan dengan secukupnya wahyu, ilmu dan petunjuk dari seorang Rasul yang mulia, kekasih Allah Muhammad S.a.w.

Allahu Akbar!!!!!! bertaubat lah sebelum terlambat, sebelum nyawa sampai ke ghargharah, sebelum matahari bertukar arah. ...Ingatlah pada Allah.

No comments:

Post a Comment