Text bergerak

Untuk Pelawat Baru, Sila ke Facebook Ustazah Ani untuk membincang sekiranya tiada maklumbalas di ruangan Blog ini Terima Kasih.

Thursday, 25 October 2012

MUKJIZAT MENGGANGKAT KEDUA TANGAN KETIKA TAKBIRATUL IHRAM



 by Ustazah Ani

Ustazah Ani - klik link url untuk ke facebook   
https://www.facebook.com/hainas.ani




Dari keterangan hadis2, kita dpt mengambil kesimpulan bhw seorang muslim harus mengangkat kedua tangannya sambil membuka jari-jarinya tanpa merenggangkannya. Hendaklah jari itu sama dgn kedua bahunya atau jari itu diletakkan sama dengan telinganya. Kedua-dua telapak tangannya mengahdap ke qiblat, kedua ibu jarinya sejajar dgn cuping telinga dan hujung jari2nya menghadap ke qiblat. Sambil bertakbir untuk memulakan solat.

Disini, terdapat satu soalan dalam fikiran kita yang daif ini; Apakah hikmah di sebalik mengangkat tangan ini????kenapa mesti sejajar dengan bahu??
Dalam kehidupan kita seharian, kita akan mengalami lengkungan pada daerah tulang belakang. Ini juga berlaku pd dua bahu dan menonjol pd tulang-tulang belakang. Hal ini terjadi kerana kita banyak melakukan kerja2 pejabat atau kerja2 rumah yang menyebabkn kita untuk membongkok tulang belakang dalam jangka masa yang agak lama dan juga terjadi kepada orang2 yang telah berusia. 

Diantara akibat yang ditimbulkan olh kerosakkan ini, iaitu berkurangnya ruang udara bagi kedua paru-paru (tarikkan dan hembusan nafas yang normal).

Oleh itu terdapat hubungan diantara ruang udara dan kadar oksigen. INI beerti bahawa setiap kali ruang udara berkurangan maka kadar oksigen di dalam paru2 juga berkurangan. Hal ini menyebabkan berkurangnya kuantiti darah bersih yang beroksigen. (Subhanallah)

Mengangkat kedua tangan dengan cara yang disebutkan oleh hadis2 (bukan dgn cara menekup tangan ke cuping telinga, jari tdk menghala ke qiblat, kedua-dua tapak tangan mendongak ke langit)..dgn cara yang betul itu menjadikan dua tulang belikat yang ada di tulang belakang kembali kekedudukkannya yang rata, disertai dengan keseimbangan tulang belakang. Ini berfungsi melindungi tubuh dr kerosakkan. Melakukan perbuatan ini berulang kali(sekurang2nya 5x sehari) akan dpat memperbaiki kerosakkan pd tulang tersebut.

Selain itu, mengangkat tangan dengan cara ini (cara yg betul) dpt meluaskan dada. Seterusnya kapasiti udara kedua-dua paru-paru akan bertambah dan kuantiti darah beroksigen akan bertambah, Kecepatan tubuh untuk membersihkan diri dari sisa2 proses metabolisme pd sel2 akan bertambah. Dengan demikian munculnya keletihan pd otot dan peringkat ketegangan otak dpt diperlahankan..

SUBHANALLAH..ini sedkit sbyk mukjizat (mengangkat tangan ketika takbiratul ihram)..kenapa manusia msih tdk mahu bersolat???? Ini baru mengangkat tangan..belum lagi rukuk, sujud dan lain2...

No comments:

Post a Comment