Text bergerak

Untuk Pelawat Baru, Sila ke Facebook Ustazah Ani untuk membincang sekiranya tiada maklumbalas di ruangan Blog ini Terima Kasih.

Saturday, 10 November 2012

APA BUKTINYA TUHAN ADA?

BY USTAZAH ANI

Kekuasaan Allah Taala membuktikan kewujudanNya
Pada suatu hari, cendekiawan terkenal yang bernama Abu Hanifah dikunjungi oleh seorang pemuda. Pemikiran Abu Hanifah berpengaruh hingga hari ini. Pemuda itu datang dengan niat hendak bertanyakan soal-soal ketuhanan. Beginilah diolog antara mereka berdua:

Pemuda: Apakah tuan sendriri pernah melihat Tuhan?

Abu Hanifah: Maha suci Tuhan saya. Dia tidak dapat dilihat dengan mata manusia.

Pemuda Pernahkah tuan menyentuh, mencium, mendengar ataupun merasai kehadirannya?

  Abu Hanifah: Tuhan tidak sama dengan apa-apa pun, baik yang terfikir dan maupun terbayang oleh manusia.

  Pemuda: Kalau tuan tidak pernah melihat, mendengar dan merasa kehadiran Tuhan, bagaimana dapat dibuktikan kewujudannya?

Abu Hanifah: Pernahkah saudara melihat aqal saudara sendiri?

Pemuda: Tidak pernah.

Abu Hanifah: Pernahkah saudara mendengar suara aqal saudara sendiri?

Pemuda: Tidak pernah.

Abu Hanifah: Pernahkah saudara menyentuh ataupun merasai kehadiran aqal saudara sendiri?

Pemuda: Tidak pernah.

Abu Hanifah: Adakah saudara waras?

Pemuda: Sudah tentu, saya waras.

Abu Hanifah: Jadi, saudara mempunyai aqal?

Pemuda: Sudah tentu.

Abu Hanifah: Begitulah juga kewujudan Tuhan. Dia wujud, walaupun kita tidak dapat merasai kehadirannya menggunakan pancaindera kita.


Allahu Akbar
Berakhirlah dialog mereka berdua. Pemuda itu pun berpuas hati.

Justeru itu keimanan / tauhid / aqidah kepada Allah Taala  jangan ada sedikit pun keraguan.  Jangan ada syirik kepada Allah Taala. Tetapkan iman, Sujud hanya pada Allah SWT. Bersihkan aqidah.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MELUANGKAN MASA.

SOLAT KETIKA SAKIT

BY USTAZAH ANI





Assalamualaikum sahabat-sahabat ustazah yang dimuliakan oleh Allah s.w.t. Semoga semuanya berada didalam keadaan yang sihat dan sentiasa mendapat keberkatan dari Allah Taala selalu. Sentiasa bersyukur diatas segala yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. walau pun nikmat yang sedikit. InsyaAllah Allah akan menambah segala kurniaannya kepada hamba-hambaNya yang bersyukur. Ini kerana nikmat yang dikurniakan oleh Allah Taala tidak boleh dinilai dengan nilai yang boleh dihitung. Ada nikmat yang berupa sesuatu yang tidak dapat dilihat namun boleh dirasa. Nikmat yang terbesar ialah nikmat Islam dan iman, selain itu nikmat kesihatan, nikmat masa, nikmat pancaindera, nikmat keluarga, nikmat pangkat, nikmat harta dan lain-lain. Layakkah kita yang bergelar hamba ini boleh mengenepikan Allah Taala didalam hal-hal perintah dan larangan dari Allah Taala. 
Dalam pada kita sihat-sihat kadang-kadang kita akan ditimpa dengan sedikit ujian iaitu sakit. Maka feqah Islam menerangkan kepada kita bagaimana kita perlu melaksanakan solat dalam keadaan kita tidak mampu berdiri. 
Berdiri dalam solat-solat fardhu yang lima adalah wajib dan kewajipan ini merupakan salah satu dari rukun solat yang tidak diperselisihkan lagi di kalangan mana-mana ulamak sepanjang zaman. Dalam kita bersolat adakalanya kita tidak mampu melakukan solat dalam keadaan biasa. Contohnya kita kemungkinan diuji Allah dengan keadaan sakit seperti demam, pening, sakit kaki dan sebagainya...Jadi pilihan yang diberi oleh Allah Taala kepada kita sama ada melakukan solat dalam keadaan duduk ataupun berbaring. Pilihan pertama selepas berdiri ialah duduk dan jika masih tidak mampu kita boleh mengiring dan juga boleh berbaring. Sedikit ilmu tentang cara-cara melakukan solat dlm keadaan uzur.
Hadis Rasulullah s.a.w “Solatlah dengan berdiri, kalau tidak kuat maka duduklah , kalau (masih) tidak kuat maka berbaringlah dengan posisi miring.” (Riwayat oleh Imam Bukhari, Tirmizi, Ibnu Majah dan Abu Daud)

Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mendirikan solat ia telah menegakkan agamanya, barangsiapa yang meninggalkan solat, ia meruntuhkan agamanya sendiri.
UMAT ISLAM WAJIB BERSOLAT SAMADA KETIKA SIHAT ATAU SAKIT.
SOLAT KETIKA SAKIT ITU ADALAH SOLAT TERBAIK DI DALAM HIDUP KITA. SEKIRANYA KITA MATI DI DALAM KEADAAN SOLAT MAKA ITULAH PENGAKHIRAN YANG TERBAIK, NAMUN JIKA KITA MATI DI DALAM KEADAAN TIDAK BERSOLAT ITU ADALAH PENGAKHIRAN YANG BURUK PADA KITA. 
CARA MENUNAIKAN SOLAT KETIKA SAKIT
Duduk Iftirasy (sebaik-baik solat duduk)
1.  SOLAT SAMBIL DUDUK
  1. - Keadaan duduk adalah seperti duduk antara 2 sujud
  2. - Mengadap kiblat
  3. - Niat, takbir, sujud dan duduk tahiyat awal/akhir adalah sama seperti solat biasa.
  4. - Rukuk dilakukan dengan menundukkan kepala sehingga kedudukannya bertentangan dengan tempat sujud.
  5. - Iktidal pula dilakukan dgn mengangkat kepala tegak semula.
  6. - Sujud seperti biasa. Namun, jika tak mampu, bolehlah dengan menundukkan kepala rendah sedikit daripada tunduk ketika rukuk.
Sekiranya kita masih mampu untuk rukuk seperti biasa dalam keadaan berdiri, kita hendaklah duduk menggunakan kerusi.. Takbiratul ihram macam biasa sambil berdiri, rukuk, dan terus duduk untuk sujud..(atas kerusi)..kemudian kita bangun kembali berdiri untuk membaca surah al- Fatihah, rukuk dan duduk atas kerusi untuk sujud.
 Akan tetapi jikalau sakitnya itu ada minima dan masih membolehkan bersolat seperti biasa maka hendaklah dia berusaha berdiri seperti biasa. Anas bin Malik radiallahu-anhu meriwayatkan hadis berikut: Ketika Rasulullah s.a.w.  memasuki kota Madinah, kota ini telah diserang wabak dan orang-orang pun menjadi sakit. Lalu Baginda masuk ke dalam masjid dan di saat itu orang sedang solat duduk. Melihat itu Baginda bersabda: "Solat orang yang duduk pahalanya setengah dari solat orang yang berdiri."   Mendengar itu orang-orang pun segera berdiri untuk (meneruskan) solat.
Solat secara duduk tidak perlu diulang semula.
Pilihan seterusnya sekiranya tidak mampu duduk Iftirasy
Namun bagi solat-solat sunat boleh dilakukan dengan cara duduk walaupun mampu berdiri. Cuma pahalanya separuh dari pahala orang yang solat berdiri. (Hanya untuk solat sunat sahaja)
2. SOLAT BARING MENGIRING (pilihan pertama )
  1. - mengiring di atas rusuk kanan
  2. - muka dan dada mengadap kiblat
  3. - Rukuk dan sujud dilakukan dengan cara menunjukkan isyarat kepala. Tundukkan kepala  semasa rukuk, sementara sujud dilakukan dengan menundukkan kepala lebih rendah daripada ketika rukuk.
  4. - Jika tidak mampu, bolehlah menggunakan isyarat kelopak mata bagi rukuk, manakala sujud dengan isyarat menutup mata.

Solat Mengiring (Lambung Kanan)
3. SOLAT BARING MELENTANG (pilihan kedua)

  1. - baring melentang dan kakinya diluruskan ke arah kiblat
  2. - tinggikan sedikit kepala dengan menggunakan bantal (atau seumpamanya) supaya muka mengadap kiblat
  3. - Rukuk dan sujud dengan isyarat kelopak mata seperti dalam suasana solat mengiring di atas
  4. - Jika tidak terdaya, bolehlah rukuk dan sujud dengan cara lintasan (niat) di hati dengan mengingati setiap perbuatan dalam solat
  5. - Tangan diangkat seperti biasa ketika takbir. Jika tidak berdaya, memadai dengan ucapan Allahu Akbar sahaja.
Solat Baring
Pilihan ketiga.(baring ke arah mana sekali pun x mengapa)
Bersolatlah dengan hati.

Terima kasih kerana sudi membaca

SEBARKAN ILMU UNTUK BEKALAN AKHIRAT.

Wednesday, 7 November 2012

KASIH TUHAN

BY USTAZAH ANI

Tegur Kerana Kasih Pada Allah
Pada suatu hari, Abu Idris Khaulani, seorang cendikiawan yang hidup pada zaman sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w, memasuki sebuah masjid di kota Damsyik di Syria. Tiba-tiba, beliau ternampak seorang pemuda yang manis wajahnya dan sentiasa tersenyum. Orang ramai sentiasa ada bersamanya. Apabila ada di antara merekaa berselisihan faham, mereka merujuk kepada pemuda itu bagi mendapatkan penyelesaiannya.

Beliau pun bertanya kepada orang-orang tempatan yang di situ siapakah gerangan pemuda itu?.

"Muaz bin Jabal," jawab orang tempatan di situ.

Pada keesokkan paginya, beliau bergegas ke masjid bagi menunaikan sembahyang subuh. Apabila tiba di masjid beliau dapati pemuda berwajah manis itu lebih awal sudah tiba daripadanya. Pemuda itu sedang sembahyang.

Abu Idris ingin bertemu pemuda itu lalu ditunggunya. Apabila pemuda itu selesai sembahyang, Abu Idris segera menghampirinya dan memberi salam hormat. Pemuda itu menjawab salamnya dengan mesra. 

"Saya menyukai saudara kerana Allah," kata Abu Idris secara jujur.

"Kerana Allah?" tanya Muaz bin Jabal.

"Kerana Allah?" jawab Abu Idris.

"Kerana Allah?" Muaz bin Jabal bertanya lagi bagi memastikannya.

"Kerana Allah jualah." jawab Abu Idris menyakininya.

Mendengar itu, Muaz bin jabal memegang hujung kain serban Abu Idris dan menariknya hampir kepadanya.

"Bergembiralah!" kata Muaz bin Jabal kepada pemuda itu.

Kemudian dia menyambung, " Saya pernah mendengar Nabi Muhammad berkata, " Tuhan berkata: Setiap orang yang mengasihi orang lain kerana Aku, dia akan Aku kasihi. Begitu juga, Aku kasih kepada sesiapa yang suka duduk bersama-sama orang lain, saling menziarahi, dan membelanjakan hartanya kerana Aku."

Puasa hari Jumaat dan Sabtu


BY USTAZAH ANI


Gambar Hiasan
Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dihormaati kerana Allah Taala, semoga semuanya berada di dalam limpahan rahmat dariNya. Ameen. perbincangan kali ini adalah berkenaan dengan puasa sunat yang dilakukan pada hari Jumaat (sahaja), Sabtu (sahaja) atau Ahad (sahaja). Ada yang keliru samada boleh atau tidak melakukan puasa-puasa sunat pada hari-hari tersebut. 


Dilarang  berpuasa (puasa sunat) pada hari Jumaat jika tidak disertakan dengan berpuasa sehari sebelumnya iaitu hari Khamis atau sehari selepasnya, iaitu hari Sabtu.

Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:

40- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ يَوْمُ عِيدٍ فَلَا تَجْعَلُوا يَوْمَ عِيدِكُمْ يَوْمَ صِيَامِكُمْ إِلَّا أَنْ تَصُومُوا قَبْلَهُ أَوْ بَعْدَهُ. (رواه الإمام أحمد)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sebenarnya hari Jumaat ialah hari raya (mingguan), maka janganlah kamu jadikan hari raya kamu itu hari puasa kamu, kecuali kalau kamu berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya."
(Riwayat Imam Ahmad)

Larangan yang tersebut ialah larangan makruh.

Di dalam hadith ini diterangkan dengan jelas sebab larangan itu:
Bahawa hari Jumaat ialah hari raya mingguan dan lazimnya tidak dituntut berpuasa pada hari yang dimuliakan sebagai hari raya.
1. Al-Fath al-Rabbani (10:148). Hadith ini disahihkan oleh al-Hakim.

Puasa hari Sabtu

Makruh juga hukumnya berpuasa (puasa sunat) pada hari Sabtu jika tidak disertakan dengan berpuasa pada hari Ahad.
Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan lain-lainnya, maksudnya: "Janganlah kamu berpuasa pada hari Sabtu, kecuali puasa yang diwajibkan atas kamu .." 
Yakni kecuali puasa qadha dan puasa nazar. (Demikian juga halnya puasa sunat yang biasa dilakukan dan secara kebetulan jatuhnya pada hari Sabtu, maka ia juga dikecualikan dan larangan itu).

Puasa hari Ahad

Juga dilarang dari berpuasa pada hari Ahad semata-mata. 

Namun untuk puasa qadha atau puasa nazar dibolehkan berpuasa samada pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad tanpa dikembarkan dengan hari sebelum atau selepasnya. JANGAN LUPA PARA ISTERI WAJIB MINTA IZIN SUAMI JIKA HENDAK PUASA SUNAT YA ..

Semoga bermanfaat~~

Terima Kasih kerana sudi membaca~~

MASJID TAMAN PEKAKA, SG DUA

BY USTAZAH ANI

Assalamualaikum, 
Kelas fardu ain ustazah bersama jemaah muslimat di Masjid Taman Pekaka setiap hari rabu, 9.30 pagi.


Wajah-wajah pilihan Allah

Menuntut ilmu tanpa jemu

Datang dengan izin Allah SWT

SABAR

BY USTAZAH ANI


Assalamualaikum sahabat yang dikasihi, ustazah doakan semuanya berada di dalam keadaan yang sungguh tenang dan sentiasa bersyukur kepada Allah s.w.t. Hari ini izinkan ustazah menulis sedikit perkongsian ilmu berkenaan dengan sabar. Setiap dari kita sering kali akan berhadapan dengan pelbagai bentuk ujian. Tidak ada seorang manusia pun melainkan dia akan berhadapan dengan ujian. Ini kerana dunia ini adalah medan air mata dan ada pelbagai derita dan kesusahan. Dunia bukan target kita yang sebenar-benarnya. Ada lagi tempat yang lebih utama untuk kita targetkan dan fokuskan. Kalau derita, sedih, sakit, gagal dan kecewa di dunia itu adalah hanya sementara yang mana AKHIRAT ialah tempat tujuan utama kita. Kekadang kita tidak dapat memahami hakikat ini sehinggakan kita merasakan derita dan kesengsaran sementara ini adalah suatu bebanan yang tidak mampu kita pikul. Walhal nasib buruk yang akan dihadapi di akhirat adalah sesuatu yang tidak tertanggung oleh aqal dan jasad. Biarlah sakit, derita, kecewa, gagal dan apa saja istilah ‘kesusahan’ itu terjadi di dunia sedangkan balasan yang tidak di duga dan tidak terjangkau oleh aqal, telinga, mata dan hati dapat kita rasakan di Akhirat. Kebahagiaan yang haqiqi itulah idaman kita. Syurga itu sangat mahal maka ‘bayaran’nya juga mahal.

Bagaimana harus kita ‘bayar’ nilai syurga??? Adakah dengan amalan yang banyak?? Solat yang menyebabkan kita tidak tidur??? Sedekah yang berjuta-juta??? Mengerjakan Haji dan Umrah setiap tahun???zikir yang tidak kenal siang dan malam??? Bacaan al Quran yang bagus taranumnya , tajwidnya dan harakatnya????...Nilai syurga itu terletak kepada REDHA ALLAH SWT. Sebanyak mana pun amalan kita jika tidak mendapat redha Allah, janganlah berangan-angan menjejakki taman-tamanNya yang Mulia dan indah.
Kisah ini boleh memberi inspirasi kepada kita yang kekadang hilang arah apabila di timpa dengan ujian Allah swt yang mengkehendaki kita dinaikkan derajat disisiNya, penghapusan dosa dan di berikan pahala. Ada orang diuji dan dia tidak mendapat apa-apa dari ujian itu malah mendapat azab dan laknat Allah.
Malah ada segelintir manusia yang diuji Allah swt, namun tenang dan redha serta berSYUKUR kepada Allah Taala. Allah Taala itu sudah tahu kita siapa untuk di uji. Namun ujian ini adalah untuk menunjukkan Allah Taala itu adil kerana Allah Taala tidak menghisab kita dari ilmuNya tetapi ALLah menghisab kita dengan amalan kita sebagai bukti. Insya Allah



Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. “Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati.”

 Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, “Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini.”

 Abu Hassan bertanya, “Bagaimana hal yang merisaukanmu ?” Wanita itu menjawab, “Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, “Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?” Jawab adiknya, “Baiklah kalau begitu ?” Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua.”

 Lalu Abul Hassan bertanya, “Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?” Wanita itu menjawab, “Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka.”

 Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.
 Kerana itu Rasulullh saw bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:” Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya.”

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullh saw bersabda,:”
Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang.” Dan sabdanya pula, ” Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka.” (Riwayat oleh Imam Majah) Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Sebarkan (silakan share) , Itu DAKWAH anda dan pahala anda. Amin~~~

KESABARAN SEORANG SUAMI (teladan)

BY USTAZAH ANI



Di sebuah kampung ada seorang lelaki yang amat taat kepada suruhan dan larangan Allah Taala. Dia mempunyai seorang isteri. Isterinya mempunyai perangai yang buruk dan selalu mengganggu hidupnya. Walaupun begitu dia tetap sayang akan isterinya itu dan banyak bersabar.

Pada suatu hari, seorang sahabat lamanya datang menziarahinya di rumah. Si sahabat melihat sendiri perangai buruk isteri sahabat baiknya itu sehingga dia sendiri hilang sabar. Dia bersimpati dengan nasib sahabatnya.

"Isteri saudara ini selalu mengganggu ketenangan jiwa saudara. Ceraikan sahaja dia," saran sahabatnya.

Lelaki itu menggelengkan kepalanya mendengar nasihat itu. "Tidak saudara. Saya tidak akan menceraikan isteri saya. Saya risau kalau dia saya ceraikan, nanti dia berkahwin dengan lelaki lain. Nanti dia ganggu pula suami barunya. Saya pula dipersalahkan sebagai penyebab gangguan itu."

"Kalau begitu keadaannya, apa tindakkan saudara?" tanya sahabatnya lagi.

" Saya akan terus bersabar menghadapi perangai buruknya. Nabi Muhammad .s.a.w pernah berkata, "Mana-mana suami yang bersabar dengan perangai buruk isterinya, Tuhan akan beri kepadanya pahala seperti pahala yang diberikan kepada Nabi Ayub sewaktu beliau sakit. Begitu kugak isteri yang sabar dengan perangai buruk suaminya, dia diberi pahala seperti pahala yang diberikan kepada Asiah, isteri Firaun."

Maka terdiamlah si sahabat ini.

Inilah kisah teladan yang dapat kita contohi dalam menghadapi pasangan yang buruk perangai. 
T.Kasih kerana sudi membaca~~