Text bergerak

Untuk Pelawat Baru, Sila ke Facebook Ustazah Ani untuk membincang sekiranya tiada maklumbalas di ruangan Blog ini Terima Kasih.

Wednesday, 7 November 2012

KASIH TUHAN

BY USTAZAH ANI

Tegur Kerana Kasih Pada Allah
Pada suatu hari, Abu Idris Khaulani, seorang cendikiawan yang hidup pada zaman sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w, memasuki sebuah masjid di kota Damsyik di Syria. Tiba-tiba, beliau ternampak seorang pemuda yang manis wajahnya dan sentiasa tersenyum. Orang ramai sentiasa ada bersamanya. Apabila ada di antara merekaa berselisihan faham, mereka merujuk kepada pemuda itu bagi mendapatkan penyelesaiannya.

Beliau pun bertanya kepada orang-orang tempatan yang di situ siapakah gerangan pemuda itu?.

"Muaz bin Jabal," jawab orang tempatan di situ.

Pada keesokkan paginya, beliau bergegas ke masjid bagi menunaikan sembahyang subuh. Apabila tiba di masjid beliau dapati pemuda berwajah manis itu lebih awal sudah tiba daripadanya. Pemuda itu sedang sembahyang.

Abu Idris ingin bertemu pemuda itu lalu ditunggunya. Apabila pemuda itu selesai sembahyang, Abu Idris segera menghampirinya dan memberi salam hormat. Pemuda itu menjawab salamnya dengan mesra. 

"Saya menyukai saudara kerana Allah," kata Abu Idris secara jujur.

"Kerana Allah?" tanya Muaz bin Jabal.

"Kerana Allah?" jawab Abu Idris.

"Kerana Allah?" Muaz bin Jabal bertanya lagi bagi memastikannya.

"Kerana Allah jualah." jawab Abu Idris menyakininya.

Mendengar itu, Muaz bin jabal memegang hujung kain serban Abu Idris dan menariknya hampir kepadanya.

"Bergembiralah!" kata Muaz bin Jabal kepada pemuda itu.

Kemudian dia menyambung, " Saya pernah mendengar Nabi Muhammad berkata, " Tuhan berkata: Setiap orang yang mengasihi orang lain kerana Aku, dia akan Aku kasihi. Begitu juga, Aku kasih kepada sesiapa yang suka duduk bersama-sama orang lain, saling menziarahi, dan membelanjakan hartanya kerana Aku."

Puasa hari Jumaat dan Sabtu


BY USTAZAH ANI


Gambar Hiasan
Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dihormaati kerana Allah Taala, semoga semuanya berada di dalam limpahan rahmat dariNya. Ameen. perbincangan kali ini adalah berkenaan dengan puasa sunat yang dilakukan pada hari Jumaat (sahaja), Sabtu (sahaja) atau Ahad (sahaja). Ada yang keliru samada boleh atau tidak melakukan puasa-puasa sunat pada hari-hari tersebut. 


Dilarang  berpuasa (puasa sunat) pada hari Jumaat jika tidak disertakan dengan berpuasa sehari sebelumnya iaitu hari Khamis atau sehari selepasnya, iaitu hari Sabtu.

Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:

40- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ يَوْمُ عِيدٍ فَلَا تَجْعَلُوا يَوْمَ عِيدِكُمْ يَوْمَ صِيَامِكُمْ إِلَّا أَنْ تَصُومُوا قَبْلَهُ أَوْ بَعْدَهُ. (رواه الإمام أحمد)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sebenarnya hari Jumaat ialah hari raya (mingguan), maka janganlah kamu jadikan hari raya kamu itu hari puasa kamu, kecuali kalau kamu berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya."
(Riwayat Imam Ahmad)

Larangan yang tersebut ialah larangan makruh.

Di dalam hadith ini diterangkan dengan jelas sebab larangan itu:
Bahawa hari Jumaat ialah hari raya mingguan dan lazimnya tidak dituntut berpuasa pada hari yang dimuliakan sebagai hari raya.
1. Al-Fath al-Rabbani (10:148). Hadith ini disahihkan oleh al-Hakim.

Puasa hari Sabtu

Makruh juga hukumnya berpuasa (puasa sunat) pada hari Sabtu jika tidak disertakan dengan berpuasa pada hari Ahad.
Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan lain-lainnya, maksudnya: "Janganlah kamu berpuasa pada hari Sabtu, kecuali puasa yang diwajibkan atas kamu .." 
Yakni kecuali puasa qadha dan puasa nazar. (Demikian juga halnya puasa sunat yang biasa dilakukan dan secara kebetulan jatuhnya pada hari Sabtu, maka ia juga dikecualikan dan larangan itu).

Puasa hari Ahad

Juga dilarang dari berpuasa pada hari Ahad semata-mata. 

Namun untuk puasa qadha atau puasa nazar dibolehkan berpuasa samada pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad tanpa dikembarkan dengan hari sebelum atau selepasnya. JANGAN LUPA PARA ISTERI WAJIB MINTA IZIN SUAMI JIKA HENDAK PUASA SUNAT YA ..

Semoga bermanfaat~~

Terima Kasih kerana sudi membaca~~

MASJID TAMAN PEKAKA, SG DUA

BY USTAZAH ANI

Assalamualaikum, 
Kelas fardu ain ustazah bersama jemaah muslimat di Masjid Taman Pekaka setiap hari rabu, 9.30 pagi.


Wajah-wajah pilihan Allah

Menuntut ilmu tanpa jemu

Datang dengan izin Allah SWT

SABAR

BY USTAZAH ANI


Assalamualaikum sahabat yang dikasihi, ustazah doakan semuanya berada di dalam keadaan yang sungguh tenang dan sentiasa bersyukur kepada Allah s.w.t. Hari ini izinkan ustazah menulis sedikit perkongsian ilmu berkenaan dengan sabar. Setiap dari kita sering kali akan berhadapan dengan pelbagai bentuk ujian. Tidak ada seorang manusia pun melainkan dia akan berhadapan dengan ujian. Ini kerana dunia ini adalah medan air mata dan ada pelbagai derita dan kesusahan. Dunia bukan target kita yang sebenar-benarnya. Ada lagi tempat yang lebih utama untuk kita targetkan dan fokuskan. Kalau derita, sedih, sakit, gagal dan kecewa di dunia itu adalah hanya sementara yang mana AKHIRAT ialah tempat tujuan utama kita. Kekadang kita tidak dapat memahami hakikat ini sehinggakan kita merasakan derita dan kesengsaran sementara ini adalah suatu bebanan yang tidak mampu kita pikul. Walhal nasib buruk yang akan dihadapi di akhirat adalah sesuatu yang tidak tertanggung oleh aqal dan jasad. Biarlah sakit, derita, kecewa, gagal dan apa saja istilah ‘kesusahan’ itu terjadi di dunia sedangkan balasan yang tidak di duga dan tidak terjangkau oleh aqal, telinga, mata dan hati dapat kita rasakan di Akhirat. Kebahagiaan yang haqiqi itulah idaman kita. Syurga itu sangat mahal maka ‘bayaran’nya juga mahal.

Bagaimana harus kita ‘bayar’ nilai syurga??? Adakah dengan amalan yang banyak?? Solat yang menyebabkan kita tidak tidur??? Sedekah yang berjuta-juta??? Mengerjakan Haji dan Umrah setiap tahun???zikir yang tidak kenal siang dan malam??? Bacaan al Quran yang bagus taranumnya , tajwidnya dan harakatnya????...Nilai syurga itu terletak kepada REDHA ALLAH SWT. Sebanyak mana pun amalan kita jika tidak mendapat redha Allah, janganlah berangan-angan menjejakki taman-tamanNya yang Mulia dan indah.
Kisah ini boleh memberi inspirasi kepada kita yang kekadang hilang arah apabila di timpa dengan ujian Allah swt yang mengkehendaki kita dinaikkan derajat disisiNya, penghapusan dosa dan di berikan pahala. Ada orang diuji dan dia tidak mendapat apa-apa dari ujian itu malah mendapat azab dan laknat Allah.
Malah ada segelintir manusia yang diuji Allah swt, namun tenang dan redha serta berSYUKUR kepada Allah Taala. Allah Taala itu sudah tahu kita siapa untuk di uji. Namun ujian ini adalah untuk menunjukkan Allah Taala itu adil kerana Allah Taala tidak menghisab kita dari ilmuNya tetapi ALLah menghisab kita dengan amalan kita sebagai bukti. Insya Allah



Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. “Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati.”

 Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, “Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini.”

 Abu Hassan bertanya, “Bagaimana hal yang merisaukanmu ?” Wanita itu menjawab, “Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, “Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?” Jawab adiknya, “Baiklah kalau begitu ?” Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua.”

 Lalu Abul Hassan bertanya, “Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?” Wanita itu menjawab, “Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka.”

 Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.
 Kerana itu Rasulullh saw bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:” Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya.”

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullh saw bersabda,:”
Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang.” Dan sabdanya pula, ” Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka.” (Riwayat oleh Imam Majah) Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Sebarkan (silakan share) , Itu DAKWAH anda dan pahala anda. Amin~~~

KESABARAN SEORANG SUAMI (teladan)

BY USTAZAH ANI



Di sebuah kampung ada seorang lelaki yang amat taat kepada suruhan dan larangan Allah Taala. Dia mempunyai seorang isteri. Isterinya mempunyai perangai yang buruk dan selalu mengganggu hidupnya. Walaupun begitu dia tetap sayang akan isterinya itu dan banyak bersabar.

Pada suatu hari, seorang sahabat lamanya datang menziarahinya di rumah. Si sahabat melihat sendiri perangai buruk isteri sahabat baiknya itu sehingga dia sendiri hilang sabar. Dia bersimpati dengan nasib sahabatnya.

"Isteri saudara ini selalu mengganggu ketenangan jiwa saudara. Ceraikan sahaja dia," saran sahabatnya.

Lelaki itu menggelengkan kepalanya mendengar nasihat itu. "Tidak saudara. Saya tidak akan menceraikan isteri saya. Saya risau kalau dia saya ceraikan, nanti dia berkahwin dengan lelaki lain. Nanti dia ganggu pula suami barunya. Saya pula dipersalahkan sebagai penyebab gangguan itu."

"Kalau begitu keadaannya, apa tindakkan saudara?" tanya sahabatnya lagi.

" Saya akan terus bersabar menghadapi perangai buruknya. Nabi Muhammad .s.a.w pernah berkata, "Mana-mana suami yang bersabar dengan perangai buruk isterinya, Tuhan akan beri kepadanya pahala seperti pahala yang diberikan kepada Nabi Ayub sewaktu beliau sakit. Begitu kugak isteri yang sabar dengan perangai buruk suaminya, dia diberi pahala seperti pahala yang diberikan kepada Asiah, isteri Firaun."

Maka terdiamlah si sahabat ini.

Inilah kisah teladan yang dapat kita contohi dalam menghadapi pasangan yang buruk perangai. 
T.Kasih kerana sudi membaca~~

HAKIKAT UJUB

BY USTAZAH ANI~~

Hati yang ROSAK

Assalamualaikum sahabat-sahabat ustazah yang dihormati kerana Allah s.w.t. Ustazah doakan semoga semuanya berada di dalam rahmat dan perlindungan Allah Taala, Insya Allah~~  Pada saat ini ustazah ingin membicarakan tentang satu sifat yang ada di dalam diri manusia yang kita kategorikan sebagai sifat mazmumah iaitu sifat-sifat yang buruk. Seseorang Islam itu tidak akan dapat beribadah dengan sempurna di mata Allah Taala dan ibadahnya akan cacat sekiranya dia ada perasaan ujub didalam hatinya.

Ibadah bersuci itu sangat besar maknanya dan hakikatnya bilamana setiap kali kita 'berwuduk' dari hadas kecil itu sebenarnya ianya menyucikan luaran dan dalaman. Wuduk tidak hanya menyucikan anggota wuduk namun lebih besar hakikatnya apabila wuduk sebenarnya menyucikan hati dan rohani. Seusai kita berwuduk kita sudah suci/ 'menggugurkan' dosa-dosa yang ditanggung oleh muka, tangan, kepala, kaki serta anggota batin. Lazimkan hati apabila kita berwuduk, sewajarnya hadirkan perasaan kita sedang menyucikan dosa-dosa kecil kita.

Ibnu Mubarak berkata, "Ujub adalah engkau memandang bahwa ada sesuatu keistimewaan dalam dirimu yang tidak ada di dalam diri orang lain." Ini bermakna erti sebenarnya ujub itu ialah Anda memandang bahawa Anda memiliki sesuatu dalam diri Anda, yang tidak dimiliki oleh orang lain. Ini adalah seperti Anda memiliki harta, anak, kecerdasan, dan potensi (kelebihan) yang tidak dimiliki oleh orang lain.

Sedarkah apa yang kita miliki itu adalah milik Allah Taala?? Anda akan mengatakan semua ini adalah milik saya. Allah berfirman yang bermaksud, " Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi, dan apa yang ada didalamnya." (al-Maidah:120)

Ini bermakna, seluruh apa yang ada di dalam diri kita adalah kepunyaan Allah Taala, tidak kira ianya kecil atau besar, murah atau mahal, sikit atau banyak, adalah MILIK ALLAH TAALA. Dia (Allah Taala) hanya meminjamkan sementara kepada kita agar kita dapat memanfaatkan dalam kerja mentadbir alam ini. Serta jangan lupa!!!! setiap pemberian itu pasti ada cubaannya (ujian). Hakikat pemberian itu pastinya ada istilah 'sementara'. Suami, anak, harta, isteri, pangkat, ilmu, darjat, kemuliaan, kesihatan, masa yang lapang, kekuatan dan lain-lain adalah pinjaman semata-mata.

Allah Taala jugak berfirman: " Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya." ( al-Kahfi:7)

Daripada firman-firman Allah Taala di dalam al-Quran, maka tidak ada seorang pun selain Allah Taala memiliki sesuatu di alam ini walaupun sebesar zarah. Allah Taala berfirman : " Katakanlah,'Serulah mereka yang kamu anggap (sebagai tuhan) selain Allah. Mereka tidak memiliki (kekuasaan) seberat zarah pun di langi dan di bumi, dan mereka tidak mempunyai suatu saham pun dalam (penciptaan) langit dan bumi. Dan sesekali tidak ada di antara mereka yang menjadi pembantu bagiNya" (Sabaa: 22)

Seandainya ada seseorang yang merasakan bahwa harta yang dimilikinya adalah harta miliknya, bukan kepunyaan Allah Taala, lalu ia merasa bangga dan tenang dengan adanya harta tersebut bersamanya, maka itu adalah bentuk kekaguman terhadap harta, seperti ia berkata, " Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, kerana ilmu yang ada padaku." (al-Qashash:78)

Ujub adalah memuji diri sendiri atas apa yang ia kerjakan atau ia ketahui, dan melupakan bahwa anugerah-anugerah itu berasal dari Allah Taala. Ada perasaan yang bermain-main di dalam diri yang boleh menganggap perbuatan amalnya itu besar dan banyak. Kemudian akan timbul kata-kata dalam hatinya " Saya telah mampu, sabar, dan dapat mengerjakan ini....saya telah berusaha...Saya telah faham..Saya telah mampu berpuasa walaupun di tengah panas terik, saya mampu bersedekah sebanyak ini dan itu..." ungkapan-ungkapan kebanggaan ini terhadap kemampuan diri sendiri sehingga melupakan nikmat Allah terhadap diri kita dalam melakukan semua pekerjaan tersebut.

UJUB ADALAH PERBUATAN SYIRIK TERSEMBUNYI. Hal ini amat merisaukan Rasulullah s.a.w. apabila Baginda menggambarkan kerisauan Baginda terhadap umatnya yang suka bangga dengan apa yang mereka usahakan. Semoga Allah Taala menjauhkan kita daripada sifat keji ini iaitu 'UJUB'..Na'uzbullah

Sampaikan ilmu ini, sebarkan ilmu Allah kerana Allah Taala~~~

Terima kasih kerana sudi membaca dan meluangkan masa. Ameen











Tuesday, 6 November 2012

BERSANGKA BAIK (teladan)

BY USTAZAH ANI
gambar hiasan
Pada suatu hari, Ibnu Abbas pergi mengembara di padang pasir. Di tengah perjalanan  beliau ternampak seorang lelaki. Lelaki itu berkaki ayam dan tidak menutup kepalanya, tidak sebagaimana kebiasaannya pakaian orang-orang Arab. Dia juga tidak membawa sebarang beg. Ibnu Abbas berasa hairan dan timbul perasaan kurang senang pada lelaki itu. "Bagaimana dia ini, tidakkah dia sembahyang?" bisik Ibnu Abbas dalam hatinya.

"Tiba-tiba lelaki itu memandang kepadanya dengan tajam. Lalu lelaki itu membaca sepotong ayat al Quran, "Tuhan mnegetahui apa yang kamu katakan dalam hati kamu, oleh itu takutlah kepada Tuhanmu."


Mendengarkan ayat itu, Ibnu Abbas terus pengsan. Apabila dia tersedar, dia menadah tangan dan memohon ampun kepada Tuhan sebab memandang rendah kepada lelaki itu. Kemudian Ibnu Abbas meneruskan perjalanannya. Lelaki itu datang lagi. Ibnu Abbas memandangnya dengan perasaan takut. Lelaki itu seolah-olah dapat membaca perasaannya. Kali ini lelaki itu memandangnya dengan manis sambil membaca sepotong ayat al-Quran lagi, "Tuhanlah yang menerima taubat dan penyesalan setiap hambanya dan mengampuni segala dosa mereka."


Selepas itu tiba-tiba lelaki itu hilang daripada pandangan Ibnu Abbas. Semenjak itu, Ibnu Abbas tidak pernah berjumpa lagi dengannya. Nabi Muhammad s.a.w. berkata, " BERSANGKA BAIK ITU SEBAIK-BAIK IBADAT KEPADA TUHAN".


Sebarkan dakwah dan ilmu~~~