Text bergerak

Untuk Pelawat Baru, Sila ke Facebook Ustazah Ani untuk membincang sekiranya tiada maklumbalas di ruangan Blog ini Terima Kasih.

Friday, 11 July 2014

KEK GULA HANGUS NOXXA USTAZAH ANI

Assalamualaikum sahabat-sahabat blog yang dikasihi semuga Allah sentiasa memelihara kita semua dari segala keburukkan dunia dan akhirat. Insya Allah aamiin.

Hari ini ustazah hendak kongsikan resepi Kek Gula Hangus dengan menggunakan pc Noxxa. Resepi ini ustazah dapatkan dr Zai Sofea dan ustazah copy paste dari Farah Aina yang telah mencuba terlebih dahulu dari ustazah. Mudah dan cepat. Biasanya kalau bakar dengan oven akan mengambil masa selama 60 minig tetapi dengan pc Noxxa, masa boleh disingkatkan kepada hanya 30 minit menggunakan mode STEAM.

Resepi bahan 1 : 1cawan gula, 1 cawan air panas, 1 sudu makan planta.

Cairkan gula atas api, kemudian masukkan air pan as sedikit demi sedikit, kemudian tutup api, masukkan planta kacau hingga sebati.

Bahan 2 : 4 bj telur, 1 cawan susu pekat, 1 cawan tepung gandum, 2 sudu soda bikabonat, 1 sudu esen vanilla,

Cara : pukul telur sehingga kembang, kemudian masukkan susu pekat Dan esen vanilla, kemudian masukkan tepung gandum Dan soda bikarbonat yang telah diayak ( putar perlahan), kemudian masukkan bahan 1 (yg tlh disejukkan).

Biarkan selama 2-3jam

Last skali baru boh DLM periuk noxxa dalam mode steam selama 30 minit.

**bunyi beep beep akan berbunyi semasa proses steam, abaikan kerana proses steam berlaku:-)

selamat mencuba ya..

Tuesday, 3 December 2013

IKLAN BENGKEL PEMANTAPAN SOLAT DI BUSTANI HOTEL, JLN CHANGLOON, JITRA KEDAH

USTAZAH ANI~~


SATU BENGKEL SOLAT AKAN DIADAKAN PADA 18/1/2014 DI BUSTANI HOTEL.

TARIKH TUTUP ADALAH PADA 3/1/2014

YURAN PENYERTAAN ADALAH RM65 SETIAP SEORANG TERMASUK MINUM PAGI DAN MAKAN TENGAH HARI.

BENGKEL SOLAT YANG PASTINYA (INSYA ALLAH) AKAN MEMBINCANGKAN TENTANG FALSAFAH SOLAT, DOSA MENINGGALKAN SOLAT, RUKUN-RUKUN SOLAT, SUNAT-SUNAT SOLAT DAN LAIN2.

call ustazah ya

BENGKEL PEMANTAPAN SOLAT MASJID AL JAMI' AS SOGHIR, SG DUA, PULAU PINANG

USTAZAH ANI~~

Assalamualaikum sahabat-sahabat blog yang dikasihi, ustazah doakan semuga semuanya berada didalam keadaan sihat dan sentiasa di bawah perlindungan Allah Taala. Alhamdulillah syukur yang tidak terkira dirafa'kan kepada Yang Maha Pengasih dan Penyayang yang telah menganugerahkan berbagai-bagai nikmat kepada kita walaupun kita sendiri kadang kala alpa dan lalai atas menurut perintahNya. Hanya taubat sahaja yang dapat menjadikan kita bersih dan lebih mendekatiNya.
para peserta sebelum bengkel bermula
gambar 2 
gambar 3
ustazah sedang memulakan sessi bengkel (zikir)
berhenti rehat minum pagi
Manusia itu tidak dinilai baiknya, mulianya atas sebab tidak pernah melakukan dosa namun mereka yang terbaik itu ialah manusia yang apabila melakukan kesalahan lantas cepat2 bertaubat. Taubat itu hukumnya adalah WAJIB. Setiap manusia itu tidak akan pernah lari dari melakukan kesalahan dan ubatnya ialah TAUBAT. Taubat wajib atas beberapa sebab iaitu:

1. Dosa menyebabkan kita hilang kemanisan ibadah
2. Dosa menyebabkan kita malas dan berat beribadah
3. Dosa menyebabkan amalan tidak diterima Allah Taala.

Praktikal solat
Rencana yang ustazah tulis hari ini adalah untuk membuat sedikit ringkasan berkenaan dengan BENGKEL PEMANTAPAN SOLAT yang telah pun diadakan di Sg Dua, Pulau Pinang pada 26/11/2013 baru-baru ini. Penyertaan para peserta sangat memberansangkan sehinggakan pada hari terakhir iaitu hari bengkel diadakan pun masih ada lagi penyertaan para peserta. Namun terpaksa ditolak memandangkan kapasiti yang terlalu ramai iaitu lebih kurang 230 orang tidak akan mampu menampung keluasan masjid. Bengkel bermula sejak jam 8 pagi (pendaftaran). 8.30 pagi (sarapan pagi) dan 9.00-1.00 tgh hari (ceramah berkaitan solat), 1.00-2.15 (solat dan makan tengah hari) . 2.15-3.30 (praktikal solat)

praktikal solat (qiam)
Ustazah ada membuat beberapa helai kertas penilaian untuk melihat tahap kepuasan perjalanan bengkel pada hari tersebut. Hasil dari penilaian tersebut dapat ustazah simpulkan yang 95%  sangat berpuas hati dan selebihnya berpendapat tempat tidak sesuai dan peserta yang ramai menyebabkan mereka tidak dapat melihat dengan jelas praktikal solat. Ditambah lagi sound system yang tidak begitu kuat. Bagi peserta-peserta yang duduk di belakang memang sukar melihat gerak geri praktikal yang ditunjukkan oleh rakan-rakan mereka. Untuk itu, ustazah akan cuba mencari tempat yang sesuai dan selesa bagi mengadakan bengkel-bengkel akan datang. Jutaan terima kasih ustazah ucapkan kepada mereka yang datang untuk kali ke 2 dan ke 3 bagi sama2 memeriahkan bengkel dan mencari ilmu sebanyak yang boleh. Siri-siri ke 2 dan ke 3 akan diadakan lagi tetapi kita cari tempat lain pulak ya.

Juga jutaan terima kasih kepada beberapa orang ahli jemaah yang 'sponsor' bengkel solat tersebut. Ada beberapa ribu ringgit yang diberikan kepada biro wanita masjid bagi meringankan yuran bengkel. Ini lah hebatnya sehingga para peserta hanya membayar rm10 hanya untuk bayaran makanan shj. Sungguh pemurah dan inilah saham akhirat yang semua orang inginkan.

Bengkel Pemantapan Solat seterusnya akan diadakan di Bustani hotel, Jitra, Kedah pada 18/1/2014 ini. Kali ini ustazah buat di hotel sebab ada rungutan tidak larat nak duduk lama (5-6 jam) dibawah, jemaah uzur (haid) tidak boleh masuk masjid, Sound system yang tidak kuat, Skrin kecil dan lain-lain. Tetapi kalau di hotel tentulah kosnya lebih mahal. Pada ustazah kalau nak menuntut ilmu kenapa nak berkira kan?.bayar mahal, selesa dan puas hati. Bayar murah banyak pulak komplennye kan..Begitulah lumrah manusia. Setiap sen dan penat lelah kita bayar dan luahkan  untuk menuntut ilmu, pastinya mendapat ganjaran yang berganda-ganda di akhirat kelak. aamiin...






Wednesday, 30 October 2013

SUJUD TILAWAH

Fb: USTAZAH ANI ~~~

30/10/2013

Assalamualaikum sahabat2 ustzh yg dikasihi sekalian, ustzh doakan semoga semuanya berada di dalam keadaan sihat dan sentiasa dilindungi Allah s.w.t. selalu hendaknya. Alhamdulillah setinggi-tinggi pujian ke atas Allah, Rabb yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, yang sentiasa mencurahkan segala nikmat kepada kita. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w. keluarga Baginda, sahabat-sahabat yang sentiasa sanggup berkorban sama-sama berjuang untuk Islam dan juga semua muslimin dan muslimat yang mengikuti jalan Baginda yakni yang benar sehingga hari Qiamat.

Sujud

Dengan izin Allah Taala, hari ini ustazah nak perkatakan tentang SUJUD TILAWAH atau HUKUM SUJUD TILAWAH. Semoga Allah Taala memberi kemudahan dan membantu ustazah bagi menerangkan tentang hukum yang dimaksudkan Insya Allah....

Sujud Tilawah ertinya Sujud Bacaan, iaitu sujud yang disunatkan bagi orang yang membaca sampai ke ayat-ayat sajdah (sujud). Dengan kata lain sujud yang dilakukan dengan sebab membaca al-Quran atau mendengarnya. Bermakna jika orang yang membaca ayat sajdah itu sujud, maka orang yang mendengarnya disunatkan sujud jika tidak sujud orang yang membacanya maka tidak lah disunatkan orang yang mendengarnya sujud. 

Hukum melakukan sujud tilawah ini adalah SUNAT MUAKKAD. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

" Apabila anak Adam (manusia) membaca Ayat Sajdah lalu iapun sujud maka tersingkirlah syaitan sambil berkata : Celakalah aku ! Ia diperintahkan sujud lalu ia pun sujud maka baginya syurga, sedangkan aku diperintahkan sujud tetapi aku menolaknya maka bagiku neraka" (Riwayat Muslim)

Namun sungguh malang sekali!! ramai yang tidak sujud apabila sampai pada membaca Ayat Sajdah. Apatah lagi mereka membacanya ketika Tadarus (Bulan Ramadhan). Ambiklah peluang ini kerana pahala melalukannya juga berganda kerana melakukannya pada bulan yang mulia Bulan Ramadhan. Tahukah anda, dengan melakukan sujud Allah akan menghapuskan satu dosa dan menaikkan satu darjat. SubhanaLLah!!!! peluang sudah didepan mata tetapi disebabkan jahil dan malas maka kita sanggup meninggalkannya. 

Rasulullah s.a.w. pernah ditanya oleh seorang sahabat berkenaan dengan nasibnya di Syurga samada dia boleh bersama Rasulullah s.a.w. ataupun tidak. Rasulullah s.a.w. memintanya agar perbanyakkan sujud untuk membolehkan dia dimasukkan ke syurga. Nah!! nak tak masuk syurga? Jom! kita banyakkan sujud ye kawan2..

Didalam al-Quran terdapat 15 ayat yang disunatkan bagi orang yang membacanya dan mendengarnya sujud. 

Syarat-syarat Sujud Tilawah ada tiga iaitu:

1. Suci dari hadas kecil, hadas besar dan najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat sujud. Ini bermakna perlu suci dengan wuduk (hadas kecil) dan mandi wajib (hadas besar).

2. Menutup aurat.

3. Mengadap Qiblat.

Cara melakukannya:

1. Dalam sembahyang: Sunat takbir ketika hendak turun dan naik dari sujud tanpa mengangkat kedua tangan serta tiada duduk istirahah. Iaitu selalu dilakukan ketika solat berjemaah pada pagi hari Jumaat. Biasanya imam akan baca ayat Sajdah dan terus turun sujud (sambil bertakbir) tanpa rukuk kemudian naik semula.

2. Luar Sembahyang. Iaitu ketika kita baca al-Quran dan jumpa pula ayat Sajdah: Niat, takbir (seperti Takbiratul Ihram) serta mengangkat tangan kemudian takbir lalu sujud kemudian takbir lalu duduk untuk beri salam. 

Bacaan ketika sujud:

سَجَدَ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ، فَتَبَارَكَ اللهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِيْن

 Maksudnya: "Sujudlah mukaku kepada Tuhan yang telah menciptakannya dan juga telah menciptakan pendengarannya dan penglihatannya dengan kekuasaanNya. Maka Maha Berkat Allah sebaik-baik Penciptanya".

contoh Ayat Sajdah:


 Nampak tak tanda masjid tu? bila kita dah baca sampai tanda masjid tu, boleh terus sujud samada sambil berdiri atau sambil duduk ye.
Ada 15 tempat antaranya:

1.Surah Al-A'raf         ayat 206
2. Surah Ar-Ra'd        ayat 15
3. Surah An-Nahl       ayat 49
4. Surah Al-Isra'         ayat 107
5. Surah Maryam        ayat 58
6. Surah Al-Haj          ayat 18
7. Surah Al-Haj          ayat 77
8. Surah Al-Furqan     ayat 60
9. Surah An-Naml       ayat 25
10. Surah As-Sajdah   ayat 15
11. Surah Sad             ayat 24
12. Surah Fussilat        ayat 37
13. Surah An-Najm     ayat 62
14. Surah Al-Insyiqaq  ayat 21
15. Surah Al-'Alaq       ayat 19

Kesemua ayat ini hendaklah berhenti pada akhir ayat yang bertanda masjid dan terus sujud mengikut tatacara di atas. 

Sila sharekan pada rakan-rakan ya. Mudah2an kita semua mendapat manfaat oleh Allah Taala, Insya Allah.


Friday, 4 October 2013

Bengkel Perkasa Solat Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau, Pulau Pinang

USTAZAH ANI~~ 4/10/2013
(fb)

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi dan disayangi. Sungguh lama rasanya tidak menulis di blog, terasa rindu untuk menulis semula. Hari ini ustazah terasa nak kongsikan satu tugasan yang ustazah telah selamat lakukan iaitu satu Bengkel Perkasa Solat yang diadakan di Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau, Pulau Pinang. 



                                         Banner yang di pasang di masjid dan kawasan sekitar

Rasa hati ini sangat gembira kerana bengkel ini mendapat sambutan dari penduduk-penduduk sekitar dengan jayanya. Semua ini adalah dengan izin Allah Taala. Ustazah sangat berbesar hati apabila melihat ramai masyarakat kita sudah beralih arah kepada majlis-majlis ilmu. Mereka nampaknya begitu perihatin dengan amal ibadah dan berusaha untuk  memperbaiki amal agar diterima oleh Yang Maha Esa. 


                         Para Muslimat memenuhi ruang dewan (seramai lebih kuran 140 orang)

Pada mulanya pihak masjid menjangkakan paling ramai pun 70 orang. Namun kuasa Tuhan, ramai pulak yang hadir, sehingga kerusi dan karpet terpaksa ditambah untuk memberi ruang kepada muslimat agar sama-sama berada didalam keadaan selesa ketika majlis berlangsung. Akhirnya seramai lebih kurang 140 lebih muslimat yang hadir. 




Apa yang mengembirakan hati ustazah ialah majlis ilmu sekarang sudah mengambil tempat dihati masyarakat Islam. Walaupun hari bekerja dan sibuk dengan anak sekolah, nampaknya mereka tidak mahu melepaskan peluang untuk sama-sama menuntut ilmu. 




Untuk menghebahkan maklumat tentang majlis ilmu ini, banner2 dipasang dibeberapa tempat. Terima Kasih atas usaha dari pihak masjid, ustazah seronok bersama-sama muslimat Balik Pulau tadi begitu bersemangat. Apatah lagi ada yang datang ari jauh (anak-anak murid ustazah dari Sg Dua) 


                                                                   Amali solat

Semoga dapat bertemu lagi di lain kali. Jadikan agenda menuntut ilmu satu agenda utama dalam kehidupan. Menuntut ilmu bukan lagi satu perkara yang membosankan. Kita jadikan ianya satu suasana yang santai dan menyeronokkan.. insya Allah

Disini ustazah rakamkan beberapa foto kenangan sepanjang perjalanan Bengkel Pemantapan Solat tersebut,
















SEKIAN, TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWAT BLOG USTAZAH..

Thursday, 28 March 2013

Kelebihan sifat Lemah lembut Dan Sabar

USTAZAH ANI~~




Lemah lembut dan sabar. Di antara sifat yang paling menonjol dan sepatutnya wujud dalam diri seorang muslim ialah sifat sabar dan lemah lembut, kerana amal islam penuh dengan perkara-perkara yang tidak disukai, begitu juga dengan perjalanan dakwah penuh dengan onak dan duri, penderitaan, penyeksaan, penindasan, tuduhan-tuduhan, pandang rendah, dipandang hina. Kesemua ini adalah batu penghalang yang sering menjadikan jiwa-jiwa muslim berkerja dalam bidang dakwah berhadapan dengan kesukaran dan kepudaran semangat. 

     Seterusnya mereka akan berpaling dari jalan dakwah ini dan lari darinya. Jelas disini bahawa para dai melakukan tugas yang sangat sukar. Mereka berhadapan dengan kebanyakkan manusia yang berlainan tabiat dan latar belakang. 
Namun kerja dakwah ini sangat besar dan amat dituntut oleh Allah s.w.t. 


     Kadang kala mereka berhadapan dengan orang-orang yang jahil dan alim, orang-orang yang berakal dan kurang akalnya, yang jiwanya sensitif dan kental, orang-orang yang tenang dan orang-orang yang mudah tersinggung. Ini semua memerlukan satu kesabaran yang kental, kesanggupan menanggung risiko dan yang paling penting sifat lemah lembut. Semua orang wajib berdakwah, walaupun hanya 'share' maklumat, ayat-ayat a;l-Quran atau hadis. Niatkan untuk dakwah. Namun jangan lupa segala ujian akan sampai pada anda. Maka bersabar dan berlemah lembut.


Sabda Rasulullah s.a.w. " Mahukah kamu ku beritahukan perkara yang dengannya Allah memuliakan binaan dan mengangkat darjah ketinggian. Mereka menjawab, " Bahkan ya Rasulullah. "Rasulullah s.a.w. bersabda: " Kamu berlemah lembut terhadap orang yang tidak mengetahui kamu, memaafkan orang yang menzalimi kamu, memberi kepada orang yang tidak pernah memberi kepada kamu dan kamu menghubungkan silaturahim dengan orang yang memutuskan silaturahim dengan kamu."

(Hadith riwayat at-Tabarani dan al-Bazzar)

Sabda Rasulullah s.a.w lagi " Apabila makhluk dihimpunkan (pada hari Kiamat) seorang tukang seru pun menyerukan: Dimanakah orang-orang yang mempunyai keistimewaan." Rasulullah s.a.w. pun bersabda lagi: Maka bangunlah sekumpulan manusia dan bilangan mereka amat sedikit. Mereka pun segera bergerak menuju syurga, para malaikat lantas menemui mereka dan berkata: "Apakah keistimewaan kamu?" Mereka menjawab: Di masa yang lampau (di dunia), apabila kami dizalimi kami bersabar, apabila diperlakukan sesuatu kejahatan kepada kami, kami bersifat lemah lembut. Lantas dikatakan kepada mereka: Masuklah kamu ke dalam syurga, maka nikmatilah ganjaran bagi mereka yang beramal."

(Hadith Riwayat al-Baihaqi)



Antara akhlak Rasulullah s.a.w. yang hebat ialah sifatnya yang lemah-lembut dan pemaaf. Selain daripada menunjukkan keperibadian mulia dan kesopanan seseorang, sifat lemah-lembut dan pemaaf juga sebenarnya dapat melunakkan hati yang keras, juga boleh menundukkan manusia yang kasar dan akhirnya menimbulkan rasa hormat pada diri. Sifat lemah-lembut dan pemaaf juga boleh menunjukkan dan menyatakan pendirian yang tegas demi menegakkan kebenaran tetapi pada masa yang sama tidak bertolak ansur terhadap kemungkaran dan kekufuran. Allah swt telah mengajar baginda Rasulullah untuk bersikap pemaaf dan berlembut semasa berurusan dengan orang lain